Ku Biarkan Pena Menulis.....

Mode Raya? Mode Exam~!!

Salam..


Haaa... yeye~ dah lepas raya dah... ekeke.. so best ke lepas raya? errmm.. best sbb dpt duit raya.. best sbb dpt jumpa member² lama.. best sbb nak exam.. ooppss? best sbb nak exam? jgn dipercaya~ wakakakakaka.. tension sbb lepas raya je exam.. aku exam nyer start 31 hb.. yakni lusa.. ngehehehe.. dimulakan ngan subjek ethic, legal and professional issues.. gahahah~

Skang ni aku tgh stadi (wakaka.. kononnye laa.. isk isk).. tp ntahlah.. slow je.. ye laa.. suasana raya x abeh lagi.. ada member2 aku 4 hb baru exam, 6 hb baru exam.. leh la depa raya lama sket tp aku sempat raya 4 hari ja.. tu pon x puaih.. bukan apa, sbb ni mungkin last time aku raya sbg student, last time gak maybe dpt duit raya.. hahaha.. thn depan rasanya dah x rasa camni dah.. tp raya kali ni lain sket la... sbb dulu2 aku ni jenih jarang pi bejalan raya rumah org, tp kali ni camna tah.. telebih jalan plak.. pi merata...

Tambah plak haritu malam raya member2 skolah aku buat gathering.. bukak posa ramai2 kat nasmeer kulim.. perghh... ada yg x jumpa 3-4 thn tgk2 jumpa plak malam tu.. syahdunya.. best tgk member2.. ada yg dok blajaq lagi.. ada yg dah gheja.. dan ada plak aku dengaq cerita yg dah kawen.. wakakaka.. gila laaa.. awainya kawen.. nnt umoq 40 lebih dah bleh timang cucu.. ehehehe.. apa bleh buat, org kata kalo dah sampai seru kan.. huhu... pastu ada la kami dok sembang macam... org malam raya dok bertakbir, kami dok gebang.. tp x dak la smp lupa diri... dlm kui 9.30 aku pon mintak diri la... hehehe nak balik.. raya wei~~ hahaha~

Raya first plak, aku smayang raya kat surau taman aku.. time tu pon aku jumpa member2 taman.. lama x jumpa, x borak.. dulu aku cam segan.. tp la ni cam dah x segan.. smua aku salam.. depa pon dah besaq2 smua.. dah gheja dah semua.. aduhh syahdunya.... bersalam2an, bermaaf2an... smua skali aku salam... cam ada tanda2 jaa.. (tanda2 dah tua kot.. hahaha).. tp tu la kan, org kata makin tua ni makin berakai.. makin kita open nak sosial ngan semua org... lps smayang raya, aku truih balik penang.. hehe... pi melawat umah makcik2 aku.. duit raya pon byk la masuk... wakakaka... duit raya last kopet nih.. heheheheheh~ thn depan x dak depa nak bagi dah~ huhuhuhu~ sempat jugak aku melawat pusara nenda2 ku yg bersemadi.. ku cucuri al-fatihah moga mereka2 tenang di alam sana....

Yang pecah rekod kali ni ialah aku pi beraya rumah nayon ngan manja.. jauh tu.. hahaha.. sampai gak aku SP.. dah dekat 3-4 thn x pi SP walaopon SP tu x la jauh sgt dr Kulim tuh.. nak buat camna, aku bukan jenih jalan SP.. asyik turun Penang ja... ropa2nya x la jauh sgt SP... dlm masa 45 minit ja sampai.. mula2 pi raya rumah nayon.. pehtu truih pi raya rumah manja.. besaq jugak Taman Ria.. ingat nak pi rumah paan ngan jamal, tapi paan raya Tg Malim, rumah jamal plak aku x tau.. lg pon aku pi ngan Aiman.. Ekceli, Aiman mai raya umah tok dia kat Kulim.. dia pon singgah la rumah aku mai beraya... alang2 tu dia ajak pi raya umah nayon, aku apa lagi, truih pi laaa.. niatnya nak pi raya ketiga sbb manja buat open house aritu, tp dah alang2 aiman nak pi, aku temankan dia laa.... guhuhu~ so sampai la aku beraya kat SP.. ptg nya plak, miji mai rumah aku beraya.. huhu~

Lepas tu, raya ketiga kot aku pi raya ngan ilias, anas ngan azrul.. byk gak umah kami singgah.. smua sampai rumah, stok makan ja.. makan, makan dan makan... dpt gak la jumpak member2 lama yg mmg lama x jumpa.. hehehehehe~ kira beraya sampai malam la tp ada satu rumah tu aku x pi.. sbb dah malam.. segan ngat aih nak pi raya malam2 rumah org.. rumah pompuan la tu.. adeh.. mmg segan laa.. seb baik member aku yg aku tumpang pon sama.. segan.. so kami raya smp maghrib ja.. wakakakakaka... keesokan harinya, hari jumaaat tu aku pi beraya rumah sepol lps smayang jumaat.. hehehe.. sepol la ni berisi.. pipi comey cam pakai botox.. ngan putih merah dia.. apa lagi, aku x melepaskan peluang picit2 sket.. hisyam pon ada skali.. mcm2 la kami sembang petang tu...

So, aku balik mai uniten ni kira malam jumaat tu la.. gahahaha~ balik cam besa la nek ketapi.. sampai sabtu, lepak tidoq, td pagi pon tidoq dan la ni tengah dok menaip plak dah.. stadinya x plak lagi.. hehehe.. ni aku tunjuk sket jadual exam aku~

ni la jadual exam aku~~ KLIK la kalo nak tgk~

Huhu.. ni jadual latest.. seb baik x dak 2 exam sehari.. hari tu tgk ada 2 exam sehari.. ni x dak plak.. Alhamdulillah... huehueh.. tp yg aku gentar adelah exam MIT ngan SPM.. dua2 tu aku kureng sket... nak kena tumpu lebih.. tp sempatkah? siapa nak memberi semangat? Kerana Allah itu sudah pasti, ditambah restu ibu dan ayah.. Namun perlukah aku suntikan semangat dari pihak ketiga.. arghh.. otromen hanya bertahan dlm masa 3 minit sahaja lagi... atmosfera bumi yg tercemar menyesakkan dada otromen.. bbibibibibip... alahai pihak ketiga~~~~ aduhhh~~~~~~ arghhhH~~~...

Hehehe.. ni je la aku nak merepek.. ok la ek, bye.. slamat ari raya~

Wassalam...


ps : terubat sudah rindu di hati.. ubat? penawarkah? atau racun panahan yg berbisa? Wallahualam~


Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1427 hijrah, 2006 Masihi

Salam...

Lama bebenor teman tak menulis di sini.. bukan ape, banyak keghoje le.. dengan projeknyer, exam nyer.. mcm2 lagi ler.. entah le cemane teman nak kabo dekat kome semue..

Tp x pe le, ateee.. nnt lepas raya, teman cube kabor satu persatu.. deme sme tggu je la yer.. ni dah lg seminggu nak ghaye.. teman rase, bior la teman mintak maap banyak2 kat deme2 yg mane teman kenei, ataupon idak, yg mane aje yg singgah kat blog teman ni... bak kate kebiasaan, Maaf Zahir dan Batin le ye...

Sape2 yg nak ngantor e-kad kat teman, buleh la ngantor kat e-mel : azos_masa@yahoo.com .. ateee.. kalo ghase maleh nak ngantor e-mel, anto la dekat testimonial teman di friendster.. page teman : www.friendster.com/tokapi .. apa lagi kome2 sme.. meh la bagi teman kad ghaye.. hehe..

Ok, sempena hari mulia yg bakal menjelma ni, ni teman ade kasi sket kad raya berlagu (konon2 nye kad ghaye laaa).. ni pon teman men cilok je org punye.. maleh nak design sendiri.. bukannye gheti pon... ateee kalo makan lemang ke, ketupat ke.. ghendang kee.. ingat le teman di sini nanti yer...



Ok leee.. ni ape yg teman maksudkan.. teman akhiri posting kali ni dengan..



SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN..

-kalo ada salah dan silap, bagi 0-0 aaaa~ :)




Sanisah Huri -Aidil Fitri

Kini tiba masanya berhari raya
Muslimin dan muslimat sembahyang bersama
Menyembahkan diri pada Yang Kuasa
Bermaaf dan maafan di antara kita

Sesudah bersembahyang di pagi hari
Menziarah pusara kaum keluarga
Bunga ditabur doa pun dibaca
Mudah-mudahan rohnya dicucuri rahmat

Selamat hari raya hari mulia
Dari hati ke hati kutujukan kata
Untuk ayah bonda dan juga keluarga
Putera puteri negara di sempadan sana


Allah Allah Allahu Akbar
Allah Allah Allahu Akbar


Kepada suaminya yang dikasihi
Maaf zahir dan batin mohon si isteri
Kalau salah terkasar bahasaku
Ampun dan maaf kekanda yang dinda harapkan

Kepada kekasihku yang baik budi
Bimbingan dan panduan selalu diberi
Kalau kusalah silap kau maafkan
Mudah-mudahan kita akan berkekalan


Allah Allah Allahu Akbar
Allah Allah Allahu Akbar




Wassalam

Yeye.. raya.. yeye.. raya~ :D

Surat Terbuka Tun Dr Mahathir (April 2006)

Assalamualaikum w.b.t

Ada ramai di kalangan kita yang masih terkial-kial mencari apa sebenarnya punca di sebalik protes Tun Dr Mahathir (TDM) ke atas Kerajaan pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah). Di kampung-kampung terutamanya, mereka tidak mendapat gambaran sebenar mengenai kemelut antara mantan Perdana Menteri dan Presiden Umno ini dengan Perdana Menteri yang juga Presiden Umno yang memegang tampuk kuasa pada masa ini.


Media arus perdana nampaknya cuba untuk menutup perkara sebenar daripada rakyat. Laporan-laporan yang disiarkan tidak menunjukkan keadaan sebenar apa yang terjadi dan kenapa TDM bangkit untuk menyatakan protes terhadap kerajaan. Mungkin mereka tahu, sebabnya adalah isu pembatalan jambatan bengkok, namun tahukah mereka luahan sebenar TDM? Di sini, diturunkan Surat Terbuka TDM, yg menjadi titik tolak terhadap gerakan TDM untuk memperbetulkan kerajaan pimpinan Pak Lah, melalui protes-protes yang biasa kita dengar…
 

—————————————————————–

SURAT TERBUKA TUN DR MAHATHIR MOHAMAD MENGENAI ISU
PEMBATALAN PROJEK JAMBATAN BAGI MENGGANTIKAN TAMBAK JOHOR


Oleh : YBhg Tun Dr. Mahathir Mohamad



Saya menulis surat terbuka ini sebagai seorang rakyat Malaysia yang cintakan negara untuk sesiapa saja yang ingin membacanya.


Fakta-fakta yang terkandung dalam surat ini perlu saya hebahkan dengan cara ini kerana pada akhir-akhir ini tidak banyak lagi kenyataan saya yang disiarkan, sama ada oleh media massa elektronik atau cetak, walaupun mereka menghantar wakil untuk menghadiri sidang akhbar saya. Mengenai isu di atas, saya telah menyatakan pandangan saya iaitu Kerajaan Malaysia telah gagal mempertahankan kedaulatan negara. Akibat daripada itu negara mengalami kerugian berbilion ringgit. Wang ini adalah wang rakyat.


Saya juga mahu rakyat faham sikap dan tindak-tanduk Kerajaan Singapura serta dakwaan Kerajaan Malaysia yang ia memberhentikan pembinaan jambatan itu kerana isu undang-undang dan kerana sentimen rakyat yang tidak sanggup menyerahkan ruang udara serta penjualan pasir kepada Singapura, dan ini disalahertikan secara sengaja bahawa rakyat tidak mahu jambatan. Rakyat mahu jambatan tetapi menolak syarat Singapura, kerana ia tidak berasas dan bukan hak Singapura. Singapura sangat gemar mencetak surat menyurat antara pemimpinnya dengan pemimpin Malaysia dengan tujuan membuktikan yang ia di pihak yang benar.


Kerajaan Malaysia sekarang percaya bahawa dengan tidak menyanggah kempen memutarbelitkan oleh Singapura, masalah yang dihadapi akan selesai dengan sendirinya. Tetapi ini angan-angan yang tidak akan jadi kenyataan.


Di dalam amalan diplomatik, surat-surat yang ditulis oleh suatu pihak dengan memetik persetujuan-persetujuan lisan yang kononnya dicapai di dalam rundingan tidak rasmi di kalangan pemimpin, adalah tidak sah.


Untuk menjadikan ianya sah, rundingan hendaklah dicatat dan dirakam dengan sempurna, disahkan dan ditandatangani oleh kedua-dua belah pihak. Kenyataan yang dibuat di dalam sidang akhbar oleh salah satu pihak tanpa pengesahan pihak satu lagi juga adalah tidak sah.

Encik Lee Kuan Yew, ketika dia menjadi Menteri Kanan Singapura, sangat gemar meminta diadakan pertemuan empat mata tanpa agenda yang sempurna dan kemudian merakamkan hasil pertemuan itu di dalam suratnya sendiri kepada pihak ketiga. (sila lihat Apendiks 1)


Berdasarkan surat-surat itu juga, dia harap rakan sejawatnya akan menyetujui kandungannya dan oleh yang demikian terikat dengan kandungan surat-surat itu. Dia tidak mengambil kira jika catatannya tidak dianggap tepat dan tidak disahkan.


Saya menganggap apa-apa pun yang tidak menepati amalan diplomatik sebagai tidak sah.
Tanggapan beliau adalah tanggapan beliau sahaja, tidak Iebih dan tidak kurang. Tindakannya mencetak surat-suratnya sebagai bukti bahawa saya telah bersetuju tidak bermakna sama sekali. Hanya jika saya membalas surat itu dan mengesahkan perkara-perkara tertentu, barulah perkaraperkara berkenaan boleh dianggap benar. Tetapi sama ada ia sah dan kita terikat dengannya,bergantung pada pengesahan dan persetujuan kedua-dua belah pihak, secara rasmi.


Berdolak-dalik mengenai apa yang disebut “pakej” dan ketidakmampuan mencapai sebarang persetujuan adalah kerana kelulusan yang berasaskan “pakej” tidak praktikal. Jika persetujuan tidak boleh dicapai mengenai mana-mana satu perkara maka persetujuan tidak boleh dicapai bagi semua perkara dalam pakej itu.


Atas sebab inilah yang saya mencadangkan dan Encik Goh Chok Tong bersetuju iaitu kita
menyelesaikan perkara demi perkara secara berasingan. Ini siperakukan dan diterima oleh Encik Goh Chok Tong selaku Perdana Menteri melalui surat bertarikh Oktober 14 2002 (sila lihat Apendiks 2) yang antara lain menyebut;
“Pada penghujung pertemuan (di Hanoi) anda berkata kita perlu mencuba menyelesaikan isu air, lagi cepat lagi baik. Saya bersetuju….”


Tetapi di dalam surat yang sama, Encik Goh Chok Tong berkata;
“Oleh yang demikian, saya tidak menjangka menerima surat anda bertarikh 7hb Oktober pada l0hb Oktober di mana anda menyatakan “Malaysia telah memutuskan untuk tidak meneruskan pendekatan pakej……”


JAMBATAN
Setelah menolak pendekatan pakej, saya membuat jangkaan yang isu pembinaan jambatan tidak akan dikaitkan dengan sebarang isu lain. Saya menaruh harapan yang sangat tinggi apabila isu pembinaan jambatan disebutkan di dalam surat-surat Menteri Kanan Lee Kuan Yew dan Perdana Menteri Goh Chok Tong.


Dalam sepucuk surat (sila rujuk Apendiks I perenggan 6) kepada Tun Daim Zainuddin, Lee berkata;
“Mengenai cadangan Mahathir membina Jambatan Tambak, Perdana Menteri saya (Goh) bersetuju dengannya tetapi mencadangkan agar kita tidak merobohkan Tambak Johor.”


Nampaknya rakyat Singapura lebih menyetujui jika kedua-dua jambatan baru dan Tambak Johor ada. Ini tentulah tidak masuk akal kerana cadangan pembinaan jambatan baru adalah bertujuan membuka laluan di antara kedua-dua belah di Selat Tebrau supaya air boleh mengalir tanpa sekatan. Ia bukan bertujuan menambah kapasiti hubungan antara Singapura dan Johor. Jika ini berlaku, ia hanyalah satu kebetulan.


Satu lagi hujah menarik Encik Lee ialah (sekiranya Singapura bersetuju dengan pembinaan
jambatan itu);
“Singapura akan menambak laut di sebelah wilayahnya hingga ke sempadan dengan Malaysia.”
(rujuk Apendiks 3, surat Menteri Kanan Lee kepada Dr Mahathir bertarikh Sept 8, 2001)


Sempadan antara Singapura dan Malaysia di Selat Tebrau adalah dasar laut yang paling dalam.Bagaimanapun, bagi Tambak Johor sempadannya adalah di tengah-tengah jambatan. Jika Singapura menambak laut di sebelah wilayahnya sehingga ke sempadan, ia bererti hanya laut di sebelah Malaysia akan kekal. Jadi apa halnya dengan konsep sempadan berasaskan dasar laut paling dalam?


Dalam surat yang sama kepada Daim (rujuk Apendiks I perenggan 12), Menteri Kanan Lee berkata;
“Saya sentiasa memaklumkan inisiatif saya kepada Perdana Menteri saya. Dia (Perdana Menteri Goh) bagaimanapun, berkata dia menyerahkan hal ini kepada saya sehingga peringkat akhir apabila dia akan mengkajinya dengan teliti sebelum memberi sebarang persetujuan.”


Menteri Kanan Lee juga menulis (Apendiks 1, perenggan 12); “semua nota atau surat yang saya hantar kepada anda dan kepada Mahathir dan sebaliknya perlulah dianggap sebagai Tanpa Prejudis (Without Prejudice) iaitu tidak akan ada sebarang perjanjian sehingga semua perkara dipersetujui dan ditandatangani oleh kedua-dua Perdana Menteri.”


Jelas bahawa Menteri Kanan Lee tidak diberi kuasa untuk memutuskan apa-apa kerana beliau perlu memaklumkannya kepada Perdana Menteri Goh untuk dikaji sebelum dipersetujui. Jika tidak, maka tidak akan ada sebarang persetujuan mengenai semua perkara sehinggalah diperakui dan ditandatangani oleh kedua-dua Perdana Menteri.


Dalam jawapan kepada cadangan saya agar terminal Keretapi Tanah Melayu dibina di Johor Baru, Menteri Kanan Lee, melalui surat bertarikh 10 Disember 2001 (sila rujuk Apendiks 4, perenggan 10), berkata;
“Saya harap anda juga akan menimbangkan kepentingan jangka panjang dan nilai perkhidmatan KTM. Sejak tahun 1923 kereta api merupakan perhubungan yang sangat berharga …….. Saya rasa mengekalkan hubungan kereta api antara Kuala Lumpur dan Singapura menguntungkan kedua-dua buah Negara……… Bagaimanapun, oleh sebab KTM milik negara anda, Singapura akan mematuhi keputusan anda”.


Dalam surat ini, Menteri Kanan Lee berikrar mematuhi keputusan saya. Namun beliau boleh juga berkata Perdana Menteri Goh tidak bersetuju dan segala surat-menyurat kami adalah tanpa prejudis.


Namun begitu, apabila beliau atau Perdana Menteri Goh Chok Tong dan saya sendiri menurunkan pandangan-pandangan kami dalam bentuk tulisan, ia menggambarkan apa yang kami fikirkan.Tetapi oleh sebab ia dilakukan tanpa prejudis, kami tidak terikat dengan apa yang kami katakan.Justeru itu, tidak timbul persoalan berdolak-dalik atau memindahkan tiang gol. Kedudukan tiang gol belum diputuskan. OIeh sebab apa yang dilakukan itu berasaskan konsep tanpa prejudis, maka ia tidak Iebih daripada cadangan sahaja.
Dalam surat bertarikh 11 April 2002 (rujuk Apendiks 5) Perdana Menteri Goh menyebut;
“Saya sekarang memutuskan untuk mengendalikan sendiri perbincangan kita mengenai pakej dua hala.”


Sekarang barulah seorang yang berkuasa bercakap (bagi pihak Singapura).
Di dalam apa yang boleh dianggap sebagai komitmen mutakhir, Perdana Menteri Goh menulis (kepada saya):



1. Bridge
“Di antara sebuah jambatan baru bagi menggantikan keseluruhan Tambak, dan yang menggantikan hanya bahagian di sebelah Malaysia, saya lebih suka kepada pilihan pertama.” “Sebaik sahaja jambatan baru siap, Tambak bolehlah dirobohkan, yang mana saya gembira jika dilakukan selepas tahun 2007.” “Tetapi sekiranya anda mahu menggantikan Tambak di sebelah negara anda dengan sebuah jambatan dengan serta-merta, saya akan menyetujuinya, walaupun pada pendapat saya ini tidaklah ideal.”


Apakah kesimpulan yang boleh kita buat kepada kenyataan ini? Tidak pun disebut mengenai pasir dari Malaysia dan pembukaan ruang udara kepada kapal terbang tentera Singapura. Juga tidak disebutkan tentang nostalgia, hanya keutamaan supaya Tambak dirobohkan selepas tahun 2007.


Sekarang dihujahkan pula bahawa jika Malaysia sentuh paip yang membawa air ke Singapura, ia adalah tindakan perang (act of war). Adakah ini perisytiharan perang?



Peruntukan “Wayleave Agreement” dengan Singapura cukup jelas. Berikut adalah apa yang
dipersetujui mengenai paip air;
“That the Licensee (Singapore) shall take full responsibility financially or otherwise for any alteration to the pipeline that may become necessary by reason of any alterations or improvements made or to be made on the Johor Causeway and on receiving not less than six months previous notice inwriting from the Licensors (Malaysia) shall thereupon carry out the alteration in accordance with such notice and shall have no claim for any compensation.”


[“Bahawa Pemegang Lesen (Singapura) akan mengambil sepenuh tanggungjawab kewangan atau sebaliknya bagi sebarang pindaan kepada saluran paip apabila ia diperlukan untuk sebarang pengubahsuaian atau pembaikan atau yang diperlukan di Tambak sebelah negeri Johor dan apabila menerima notis bertulis enam bulan sebelumnya daripada Pelesen (Malaysia) akan melakukan pengubahsuaian itu seperti yang disebutkan di dalam notis tanpa sebarang tuntutan ganti rugi.”]


Perjanjian itu tidak menyebut mengenai hak Pemegang Lesen (Singapura) mengingkarinya.
Peruntukan “akan melaksanakan pengubahsuaian” (Shall carry out the alteration) sangat jelas dan kuat. Singapura wajib melaksanakan pengubahsuaian itu. Tetapi jika Singapura ingkar, ia mungkin merupakan tindakan perang dan bukan sebaliknya.


Apabila kerja awal pembinaan jambatan dimulakan tidak ada protes dan tidak ada permintaan membeli pasir atau menggunakan ruang udara kita. Sekarang pembinaan jambatan di sebelah wilayah kita pun nampaknya tertakluk kepada syarat kita membekalkan berjuta meter padu pasir kepada Singapura untuk menambak laut dan membuka ruang udara kita kepada jet tentera udaranya. Daripada mana datang semua syarat ini? Apakah kaitan antara perluasan wilayah Singapura dengan kita membina jambatan di dalam wilayah kita sendiri?


Tindak-tanduk Singapura mengaitkan pembinaan jambatan di wilayah kita dengan tuntutan kita menjual pasir dan membuka ruang udara kepadanya tidak berasas sama sekali.


Mengapa Kerajaan Malaysia perlu bersetuju memberi pasir dan membuka ruang udara kepada Singapura, jika tidak terpaksa memberhentikan pembinaan jambatan bengkok di wilayah kita sendiri adalah di luar kemampuan saya memahaminya.


Adalah hak rakyat Malaysia tidak menjual pasir kepada Singapura atau membuka ruang udara kepadanya. Tetapi rakyat tidak pernah mengatakan yang mereka bersedia mengorbankan projek jambatan. Yang mereka tidak mahu adalah mengalah kepada tuntutan Singapura supaya kita menjual pasir dan membuka ruang udara. Mereka mahukan jambatan tetapi mereka juga mahu Kerajaan mereka menyanggah tuntutan Singapura kerana di segi undang-undang Malaysia tidak perlu melayan syarat-syarat Singapura.


Tindak-tanduk Singapura ini telah dijangkakan. Tetapi Kerajaan Malaysia gagal mempertahankan kedaulatan negara. Di samping itu, ia telah menyebabkan kerugian berbilion ringgit wang rakyat jelata.


Biarlah rakyat Malaysia, khasnya orang Melayu, Melayu Johor terutamanya, ingat bahawa lnggeris telah menipu Sultan untuk menyerahkan Singapura dengan percuma kepada mereka (Inggeris). Seperti Pulau Pinang, Lumut dan Melaka, Singapura sepatutnya dikembalikan kepada kita apabila lnggeris melepaskan hak mereka. Tetapi Singapura telah menjadi begitu asing keadaannya sehingga ia tidak boleh lagi menjadi sebahagian daripada Malaysia.


Apakah Malaysia sekarang akan memberi lebih banyak tanah kepada Singapura supaya ia boleh memperluaskan wilayahnya dan menambah bilangan penduduknya? Menyerahkan dasar laut kita kepada Singapura tidak ada bezanya dengan memberikan bumi kita kepada Singapura.Kesudahannya ialah perluasan wilayah Singapura. Ia tidak ada bezanya dengan menyerahkan sebahagian daripada Johor untuk tujuan ini. Apakah kita begitu miskin sehingga kita perlu menjual sekeping bumi kita kepada orang lain?


Generasi rakyat Malaysia yang akan datang, sama ada Melayu atau Johor, akan menyumpah kita jika kita melakukan semua ini sedangkan kita berhak membina jambatan di atas bumi dan laut kita sendiri sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.


Cukuplah kita menyerahkan Singapura (kepada Inggeris). Tidak perlulah kita menyerahkan lagi tanah kita kepada Singapura walaupun ada orang yang berpendapat kita hanya boleh membina jambatan di negara kita jika Singapura bersetuju.


Rakyat Malaysia tidak pernah mengatakan demikian. Janganlah ada sesiapa yang menyumbat hujah ke dalam mulut mereka semata-mata kerana orang itu takut untuk mempertahankan hak dan kedaulatan negara serta rakyat Malaysia.


Dr. Mahathir bin Mohamad


-------------------------------------------------------------------------


Surat Asal telah disiarkan di laman www.kmu.net (sekarang : www.mykmu.net) pada 22 April 2006


Inilah surat yg menjadi titik tolak pendedahan TDM mengenai perkara sebenar yang terjadi. Rakyat harus diberitahu mengenai kewujudan surat ini yg telah menceritakan segala-galanya apa yang terjadi di sebalik perjanjian-perjanjian dengan Singapura.


Mudah-mudahan, TDM akan sentiasa dirahmati Allah.


Wassalam.