Ku Biarkan Pena Menulis.....

Fatah & Hamas : Perang Dah Tamat?

Salam,

Hari ini terbaca dalam berita menyatakan Hamas dan Fatah telah menamatkan persengketaan :

Fatah Dan Hamas Berdamai….. Tamatkan Persengketaan

KAHERAH 29 April – Parti Fatah pimpinan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas semalam memeterai perjanjian dengan musuh ketatnya, Hamas untuk menamatkan perseteruan berlarutan antara mereka.
Kedua-dua pihak juga bersetuju membentuk sebuah kerajaan interim menjelang pilihan raya dalam tempoh setahun.

Israel yang menganggap Hamas sebagai sebuah pertubuhan pengganas tidak menyenangi perjanjian tersebut yang dirundingkan secara rahsia di Mesir.

Rejim Zionis itu berkata, perjanjian Fatah-Hamas tidak akan menjamin keamanan di Asia Barat dan Abbas perlu terus memulaukan pergerakan berhaluan Islam yang memerintah Genting Gaza sejak 2007 selepas mengusir Fatah dalam satu perang saudara.

Mencapai perpaduan Palestin dianggap penting untuk memulihkan sebarang prospek penubuhan sebuah negara Palestin merdeka, tetapi kuasa Barat enggan berurusan dengan Hamas kerana pendiriannya untuk tidak mengiktiraf Israel dan menghentikan perjuangan bersenjata.

“Kami sudah bersetuju untuk menubuhkan sebuah kerajaan terdiri daripada tokoh-tokoh bebas yang akan mula membuat persiapan bagi menghadapi pilihan raya Presiden dan Parlimen,” kata ketua pasukan perunding Fatah di Kaherah, Azzam al-Ahmad.

Katanya, pilihan raya akan diadakan dalam tempoh lapan bulan dari sekarang, sementara Liga Arab akan menyelia pelaksanaan perjanjian itu.

Di bandar Ramallah, Tebing Barat, jurucakap Abbas, Nabil Abu Rdaineh berkata, perpaduan Palestin bukan urusan Israel.

“(Benjamin) Netanyahu mesti memilih sama ada perdamaian yang adil dengan bangsa Palestin yang bersatu atau pembinaan kawasan penempatan haram Yahudi,” kata Abu Rdaineh yang merujuk kepada Perdana Menteri Israel itu.

Pada sidang media di Kaherah yang dihadiri para pemimpin Fatah dan Hamas, Ahmad mengakui rakyat Palestin telah menanggung kerugian besar disebabkan perbalahan sesama sendiri.

“Kami berbangga kerana kami kini mempunyai kemahuan untuk menghentikan perbalahan sesama sendiri supaya kami boleh menamatkan pendudukan Palestin, pendudukan terakhir dalam sejarah,” katanya.
Timbalan pemimpin Hamas, Moussa Abu Marzouk pula berkata, perbalahan itu telah membuka peluang kepada rejim pendudukan dan ‘hari ini, kami membuka lembaran baru’. – Reuters

Alhamdulillah... Aku pernah menulis berkenaan hal ini tak berapa lama dahulu (2009) dalam "Palestin : Kembalikan Kerajaan Bersatu!". Nampaknya, kerajaan Palestin yang bersatu bakal hidup kembali. Sama-sama kita mendoakan kejayaannya kali ini. Aku rasakan, lagu bawah ni mungkin sesuai untuk dijadikan tema berita ini.




Mudah-mudahan kita di Malaysia dapat mengambil iktibar akan kejadian ini.

Wassalam :)

1Melayu, 1Bumi

Dua jiwa satu hati?
Salam,
1Melayu, 1Bumi? Utusan Malaysia pada 20 April 2011 telah menerbitkan sebuah artikel bertajuk "Ayuh! Gerakkan segera 1Melayu, 1Bumi" karangan pengarang Zaini Hassan. Tulisan ini, pada pendapat aku telah disalahertikan sama sekali setelah ligat diputar oleh media-media alternatif lain seperti The Malaysian Insider dan Malaysiakini. Ini telah menyebabkan Perdana Menteri sendiri terpaksa mengeluarkan kenyataan berikut ( 1Melayu, 1Bumi pandangan peribadi penulis ), umum melihat kenyataan Utusan Malaysia ini sebagai kenyataan tersirat yang dikeluarkan UMNO sendiri. Malah, Tun Dr Mahathir yang kita kenal tidak gentar dituduh 'racist' sekalipun menyatakan "gerakan" ini tidak baik untuk negara ( Gerakan 1Melayu, 1Bumi tidak baik untuk negara: Dr Mahathir ).

Persoalannya, apakah yang dikatakan oleh pengarang ini tidak benar sama sekali?

Bagi aku, apa yang dikatakan oleh pengarang ini hanya cerminan yang telah sekian lama dimainkan oleh komuniti Cina di Malaysia. Bukan hendak iri hati atau dengki dengan kejayaan mereka, tetapi kesatuan hati mereka di dalam isu-isu yang membabitkan bangsa mereka sendiri membuatkan mereka menjadi "kuat" dan suara mereka didengari oleh semua pihak. Boleh dikatakan di dalam apa jua bidang, perniagaan, pendidikan, kewangan dan lain-lain lagi, orang-orang Cina amat mementingkan kalangan mereka sendiri. Buktinya jelas dilihat di iklan-iklan jawatan kosong yang kadangkala jelas menyatakan "Chinese pereferred" ataupun "Must have good command in Mandarin language" adalah secara jelas menunjukkan mereka mengamalkan budaya "Cina Didahulukan, Perniagaan Diutamakan".

Dalam konteks masyarakat Cina, aku tidak menganggap mereka 100% salah!

Melayu perlu saling membantu!
Malah inilah yang harus kita orang-orang Melayu cuba pelajari dan mengambil iktibar. Mungkin ini yang dimaksudkan oleh Zaini Hassan -- Ambil iktibar kejayaan orang-orang Cina untuk kepentingan bangsa Melayu! Bukanlah gerakan 1Melayu, 1Bumi itu bertujuan untuk memecahbelahkan masyarakat majmuk Malaysia, atau menidakkan bantuan Kerajaan kepada mereka yang memerlukan dari pelbagai kaum, tetapi sebaliknya gerakan yang cuba dilancar itu mungkin sekali gerakan yang bercirikan "pembangunan jatidiri" dalam mementingkan kemajuan komuniti sendiri. Adakah salah bagi orang-orang Melayu tolong menolong antara satu sama lain dalam menjalani hal kehidupan seharian? Malah persoalan yang paling penting untuk dilontarkan ialah...

Adakah dengan gerakan 1Melayu, 1Bumi ini atau penyatuan Melayu boleh menjejaskan keharmonian kaum di negara kita?

Anak Bangsa Malaysia
Jika ada di antara suara-suara sumbang mengatakan "ya", mengapa penyatuan kaum Cina atau India atau lain-lain kaum di negara ini tidak dianggap boleh menjejaskan keharmonian kaum di negara kita? Mengapa bila berbicara soal Melayu atau Bumiputera, ada yang cepat melenting? Adakah kerana mereka tidak mahu melihat orang Melayu juga berjaya seperti mereka? Adilkah layanan mereka ini seperti mana mereka telah mempersoalkan keadilan di dalam dasar Kerajaan yang mentadbir mengikut dasar afirmatif untuk membantu Bumiputera di dalam pelbagai bidang seperti mana yang termaktub di dalam perlembagaan negara? Sudah tentu sekali mereka tidak berlaku adil jika merasa risau atau terancam dengan penyatuan Melayu!

"Rampasan Kuasa" mungkin berlaku?

The Perak Crisis 2009
Ini bukan rampasan kuasa yang kita lihat di kaca-kaca tv seperti di negara-negara Arab. Apa yang dimaksudkan dengan "rampasan kuasa" ini ialah di dalam menghadapi Pilihan Raya umum ke-13 kelak, kita mungkin melihat "gelombang kuasa baru" yang sebelum ini membara bak api di dalam sekam yang kita tidak sedari kehadirannya. Oleh kerana "kita" tidak dapat melihat dan asyik berbalah sama sendiri, kita alpa dan memberi kesenangan kepada "mereka". Tuntutan "mereka" kita turuti dan dalam keadaan terdesak untuk "kita sesama kita" berkuasa, akhirnya yang mendapat keuntungan adalah mereka. Tidak mustahil, "gelombang kuasa" baru ini bakal "merampas" atau dalam bahasa enaknya "mengambil alih kuasa" samada secara jelas atau sekurang-kurangnya secara tersirat sebagaimana yang telah terjadi di Perak tidak berapa lama dahulu. Yang menjadi ketua adalah "kita" tetapi bila bab buat keputusan, "kita" ini tak ada kuasa nak kata "ya" atau "tidak", sebaliknya hanya mengikut saja. Mahukah situasi di Perak ini berulang?

1Malaysia Untuk Semua.. 1Melayu, 1Bumi untuk kemajuan Melayu dan Bumiputera!

1Malaysia dan 1Melayu, 1Bumi harus bergerak seiringan!
Sekiranya "mereka" ini berkuasa kelak, jangan haraplah GAGASAN 1MALAYSIA akan berjaya. Mereka ini seperti mana yang kita ketahui bukanlah berjuang untuk semua seperti "kita", sebaliknya berjuang untuk kepentingan diri dan komuniti sendiri. Hanya orang Melayu sahaja yang cukup baik hati untuk memimpin negara ini bersama-sama dengan semua lapisan masyarakat dan kaum kerana bagi orang-orang Melayu segala permusuhan dan ketegangan akan membawa bencana. Oleh sebab itu, PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN yang dirangka semasa kemerdekaan Tanah Melayu dan penubuhan Malaysia adalah sebenarnya KONTRAK SOSIAL yang harus dihormati semua pihak. Dalam konteks 1Melayu, 1Bumi, usaha-usaha bagi memajukan orang Melayu haruslah dihormati semua pihak kerana orang Melayu sukakan keamanan dan bencikan permusuhan!

1Melayu, 1Bumi -- Untuk mencapai GAGASAN 1MALAYSIA yang IDEAL~!

Wassalamualaikum..

P/S : Pernah bekerja dengan "mereka" dan tahu apa pandangan "mereka" terhadap "kita".

Dua Jiwa Satu Hati :)

Salam,

Seronok betul tengok petikan video ni. Mesra sungguh ;)



Mudah-mudahan perkara ini boleh menjadi kenyataan... :)

Wassalam...