Skip to main content

Selamat Bertugas DS Najib, Selamat Kembali Tun M, Terima Kasih Pak Lah

Salam

Najib PM Malaysia ke-6

Tanggal 3 April 2009 merupakan satu detik yang bersejarah buat Rakyat Malaysia. Pada tarikh tersebut, negara yang telah 51 tahun Merdeka ini sekali lagi menyaksikan satu proses peralihan kuasa kepimpinan tertinggi negara. Pada pagi Jumaat tersebut, dengan lafaz dan kalimah suci, Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak (DS Najib) telah dizahirkan sebagai Perdana Menteri (PM) Malaysia ke-6. Sesungguhnya, dengan perlantikan beliau, kita harapkan satu dimensi baru dalam pemerintahan di Malaysia dapat dilaksanakan. Di majlis yang sama, di Istana Negara, mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) telah dikurniakan anugerah Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) dan Seri Setia Mahkota (SSM) pula telah dikurniakan kepada Tun Jeanne Abdullah, yang membawa gelaran 'Tun'.

Sungguhpun pemerintahan Pak Lah sepanjang 5 tahun ini agak singkat dan penuh isu, tetapi sebagai seorang bekas PM, kita harus menghormati beliau. Kesungguhan dan keberanian beliau meletakkan jawatan haruslah dipuji kerana langkah itu dapat dilihat sebagai satu langkah pemulihan dan pembinaan semula keyakinan kepada kerajaan yang memerintah. DS Najib, sebagai tenaga muda, walaupun penuh dengan kritikan dan tohmahan dari pihak pembangkang dilihat mampu untuk menerajui transformasi ini. Apatah lagi, beliau dilihat telah direstui oleh mantan PM ke-4, Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M). Sesungguhnya, keyakinan Tun M kepada DS Najib diperlihatkan dengan kehadiran beliau pada majlis mengangkat sumpah terima jawatan DS Najib di Istana Negara. Dan sesungguhnya, transformasi itu bermula seakan serta merta dengan pembebasan 13 tahanan ISA beserta tarikan larangan penerbitan 2 akhbar yang digantung baru-baru ini.

Yang patah tumbuh, yang hilang berganti. Itulah ibaratnya kepimpinan kita pada hari ini. Jasa-jasa pemimpin terdahulu hendaklah kita ingati, manakala kekhilafannya, kiranya boleh dimaafkan, lebih baik maafkan saja. Yang mana buruk jadikan sempadan, buat pedoman di masa hadapan. Sudah tentu kita tidak mahu pisan berbuah dua kali. Yang sudah tu, sudahlah. Kini masanya kita bekerja sebagai satu pasukan demi memakmurkan dan memajukan negara kita yang tercinta ini.

Tun M kembali ke UMNO

Satu lagi berita gembira bagi kita semua. Dikhabarkan bahawasanya, mantan presiden UMNO, Tun Mahathir akan kembali menyertai semula UMNO setelah keluar parti tersebut pada pertengahan tahun lepas. Semasa mengumumkan keluar parti tahun lepas, beliau meletakkan syarat hanya akan kembali kepada UMNO sekiranya Pak Lah meletak jawatan sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri. Kini, setelah Pak Lah tidak lagi menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri, Tun M telah menunaikan janjinya. Diberitakan sendiri oleh anaknya Mukhriz, bahawa beliau akan memasuki semula UMNO selewat-lewatnya esok (5 April 2009).

Tun M adalah orang yang kuat pengaruhnya. Beliau dikhabarkan akan turun membantu jentera BN di pilihan raya kecil di Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Suatu program ceramah akan diadakan dan mungkin ada amanat terakhir yang akan disampaikan oleh beliau pada 6 April 2009 ini sebelum pengundi keluar mengundi pada 7 April 2009 nanti. Kembalinya beliau ke UMNO membuktikan bahawa selama ini, UMNO tetap dihatinya. Kritikan beliau kepada UMNO selama ini bukanlah sebenarnya untuk melemahkan UMNO, tetapi ianya untuk memulihkan kembali UMNO yang diserang pelbagai penyakit dalaman mahupun luaran. Buah fikiran beliau yang bernas dan tajam sentiasa menjadikan beliau idola anak-anak muda dalam konteks pemimpin tempatan.

Selamat bersara Pak Lah

Kepada Pak Lah, kita ucapkan selamat bersara. Bagi yang ingin melihat suasana Majlis Perpisahan Rasmi yang diadakan semalam (3 April 2009), terimalah bingkisan ini.

Pukul 3.45 petang - Ramai yang dah dok menunggu ni..




Pukul 4.15 petang - Tunggu lagi.....




Pukul 4.58 petang - Pak Lah turun dari pejabat. Ramai yang nak bersalaman.





5.05 petang - Pak Lah salam dengan menteri-menteri kabinet






Pak Lah jalan keluaq lepaih salam dengan menteri-kabinet...




"Lambai lagi..... Apa ni haaa..." - Pak Lah.. lol




Hadirin salam dengan DS Najib - sambutan...




Berakhir sudah majlis perpisahan rasmi. Kepada Pak Lah, selamat berehat disamping keluarga. Kenangan bersama Pak Lah tetap kami tidak lupakan... Kepada DS Najib, sekali lagi, selamat bertugas. Kepada Tun M, our pride... welcome back sir. We've always been waiting for you.....

Sekian, Wassalam.. =p

p/s : popia ulam.. ekekee...

"Awat tak makan popia tu... popia ni lain sikit kan rasa dia? kalau popia biasa letak tauge apa semua tu kan, tapi popia ni Aunty Jeanne letak ulam. Ulam ni ambik di kebun saya nu... You like it or not?" -- Lol, thx 'uncle' :p, very nice indeed.

Comments

Popular posts from this blog

Sollu 'ala Rasulillah habibil Mustofa..... Maulidur Rasul S.A.W

Assalamualaikum... Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad, wa 'ala alihi, wasohbihi wabarik 'alaih.. 12 Rabi'ul Awwal Tahun Gajah, lahirlah penghulu kita Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.... Kita sebagai ummat beliau seharusnya mencuba untuk mencontohi akhlak dan budi pekerti beliau sebanyak mana yang kita mampu..... Hari ini 12 Rabi'ul Awwal 1433 Hijrah, kita memperingati hari kelahiran beliau sebagai bukti kita kasih dan cintakan beliau.... Dan untuk mencapai maksud kecintaan itu, kita hidupkanlah sunnah Rasulullah S.A.W sebanyak mana termampu dan yang boleh kita lakukan... Berselawatlah kepada  beliau, mudah-mudahan urusan kita dipermudahkan dunia dan akhirat... The Chosen One In a time of darkness and greed It is your light that we need You came to teach us how to live Muhammad Ya Rasool Allah You were so caring and kind Your soul was full of light You are the best of mankind Muhammad Khaira Khalqillah Sallu ‘ala Rasulillah, Hab...

Asal Bangsa Melayu?

Salam... Semalam, kita telah dikhabarkan bahawa istilah Bahasa Malaysia akan digunakan bagi menggantikan Bahasa Melayu... Alasan yang diberikan oleh kabinet kerajaan Malaysia ialah untuk menguatmantapkan (hahaha.. istilah baru ke nih? sori aku mereka-reka sket.. lol) hubungan antara kaum dan integrasi antara rakyat berbilang kaum. Kalau tak silap aku la kan, dulu isu ni pernah panas dengan bantahan dari beberapa pihak yg risau akan bahasa Melayu ini akan hilang identitinya. Ada berpendapat Bahasa Melayu perlu dibiarkan seperti mana yang dituturkan dan bukan dibakukan tanpa usul periksa hingga menjadi pelik perkataan-perkataan itu. Kadangkala, sebutan Melayu itu hilang Melayu nya bila ia ditutur tanpa intonasi dan lenggok yg mencerminkan bahasa melayu... ini terjadi bila ia ditutur dgn cara yang 'dull', straight, plain dan tiada jiwa di dalamnya... Bahasa Melayu ditutur dgn lenggok Cina dan India.. dimana lagi Melayunya? Oleh itu agak tepat jugaklah langkah kerajaan menggantikan...

Lagu nie... hehee...

Salam... Minggu lepaih aku tgk citer apa tah nama dia kat tv1 tu.... alaa.. yg citer Minang tu... Nun disana cintaku kot tajuk dia.. (amboi tajuk..huhu..) hehee... menarik jugak cerita ni sbb depa cakap bahasa Minang... seb baik ada subtitle, paham la jugak kan... yg aku suka sket kt cerita ni adalah lagu tema dia.. hehe.. cam best saja dengaq walau aku x tau makna dia yg tersurat dan tersirat camtu... nih aku jumpa kat tenet lagu dia.. ada lirik asai dan transliterasi ke bahasa Melayu, tapi aku still x dpt tangkap makna tersirat dia... hehee.. meh kita dengaq sepam lagu ni... Mudiak Arau (Edited pada 1 Disember 2009 -- Link yang lama dah rosak.. hehe..) Anak urang sabuak andaleh yo mamak oi singgah ka rumah Si sutan mudo.. si sutan mudo Singgah ka rumah.. hai si sutan mudo.. si sutan mudo Bia habih hai bialah tandeh yo kanduang oi Hati den kanai.. hai kaba'a juo.. kaba'a juo Hati den kanai.. hai kaba'a juo.. kaba'a juo Indak dapek hai musim manyiang, ya tuan hai.. Musi...