Skip to main content

Mimpi?

Salam..

Post kali ni ringkas jaa... cuma nak cerita pasai mimpu aku beberapa hari lepaih.. Semua bermula bila aku termain game : motocross ni tadi, aku pon teringat keadaan dlm mimpi aku tu..

mimpi aku tu camni.. aku ni dok panjat gunung... ada 2 jalan.. satu jalan susah, yakni daki dinding gunung tu, satu lagi jalan senang yg ada tangga.. so dlm mimpi tu, aku pon panjat la ikut tangga tu.. panjat punya panjat, dekat nak sampai tu aku rasa gayat... tp sampai gak la..

kat atas gunung tu rupa-rupanya ada satu dataran.. tak la luas sangat, tp buleh la.. org yang ada pon ramai.. semua pakat dok ambik gambaq... ada gaung.. dalam.. takut nampak... dan kat dataran tu, ada plak bongkah2 batu kecik, meja kayu dan ada tong minyak kot kalo x silap.. mai satu masa tu, masing2 nak berebut naik atas tu.. aku cuba naik bongkah batu tu, tp x leh naik.. sbb aku rasa gayat.. masa nak naik meja kayu, aku x dan naik sbb org len dah penuh.. last2 skali gagah, naik jugak la ataih tong... dan gayat sgt.. mimpi berenti takat tu saja...

apa maknanya? aku sendiri x tau.. org kata, mimpi ni mainan syaitan... kdg2 saja2 pikiran kita.. dan kadang2 memberi petunjuk.. aku x tau nak kata apa... tp ada sekali tu, aku mimpi aku tgh tgk perlawanan akhir bola sepak... depa buat kat pantai langkawi.. mai skali tu, ayaq plak pasang penuh.. so apa lagi, kami semua yg dok ada pon lari la... ayaq masuk smp bangunan.. dah tu, lari la masuk kampung.. then aku terjumpak member aku.. dia ajak makan kat satu warung tuh... kat warung tuh, aku nmpk member aku lg sorang ngan bbrp lg member dia yg aku kenai dan x kenai.. aku tgk dia lama2.. ingat nak tegoq, sbb lama x bertegur sapa, tp dia cam wat x tau.. then dia pandang ke arah lain, cam nak ngelak aku jaa... aku yg ada kt warung tu pon rasa sedih, dan mimpi tu abeh camtu ja...

apa yg agak 'hairan' sket ialah, keesokan harinya, member aku yg buat x tau tuh tiba2 tegoq aku.. aik... heran gak aku.. smalam aku mimpi hg buat x tau.. tp hari ni dlm realiti hg tegoq aku? dah la mmg betui lama x tegoq menegoq.. kebetulan ka mimpi tu? atau memang isyarat yg disampaikan awal secara opposite? Wallahualam, aku x brani nak kata apa.. tp itula hakikatnya yg terjadi... tp mimpi gunung ni, aku x tau apa disebaliknya.. maybe mainan saja2.. x dak apa2 kaitan la kot...

tu saja aku rasa nak kongsi sbb dah tertengok gunung masa main moto tu... rasa cam penah pi saja.. tgk2 dlm mimpi aku arituh... hehe... ok, ntuk hilangkan rasa boring hampa ka, aku sendiri ka.. aku letak la satu game tang ni... game pingpong...

Klik Sini ntuk start main...

k la na, tima kasih baca mimpi aku yg tah hapa2 tuh.. huhu..

Wassalam...

p/s: dok cari gheja lagi...

Comments

Popular posts from this blog

Sollu 'ala Rasulillah habibil Mustofa..... Maulidur Rasul S.A.W

Assalamualaikum... Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad, wa 'ala alihi, wasohbihi wabarik 'alaih.. 12 Rabi'ul Awwal Tahun Gajah, lahirlah penghulu kita Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.... Kita sebagai ummat beliau seharusnya mencuba untuk mencontohi akhlak dan budi pekerti beliau sebanyak mana yang kita mampu..... Hari ini 12 Rabi'ul Awwal 1433 Hijrah, kita memperingati hari kelahiran beliau sebagai bukti kita kasih dan cintakan beliau.... Dan untuk mencapai maksud kecintaan itu, kita hidupkanlah sunnah Rasulullah S.A.W sebanyak mana termampu dan yang boleh kita lakukan... Berselawatlah kepada  beliau, mudah-mudahan urusan kita dipermudahkan dunia dan akhirat... The Chosen One In a time of darkness and greed It is your light that we need You came to teach us how to live Muhammad Ya Rasool Allah You were so caring and kind Your soul was full of light You are the best of mankind Muhammad Khaira Khalqillah Sallu ‘ala Rasulillah, Hab...

Asal Bangsa Melayu?

Salam... Semalam, kita telah dikhabarkan bahawa istilah Bahasa Malaysia akan digunakan bagi menggantikan Bahasa Melayu... Alasan yang diberikan oleh kabinet kerajaan Malaysia ialah untuk menguatmantapkan (hahaha.. istilah baru ke nih? sori aku mereka-reka sket.. lol) hubungan antara kaum dan integrasi antara rakyat berbilang kaum. Kalau tak silap aku la kan, dulu isu ni pernah panas dengan bantahan dari beberapa pihak yg risau akan bahasa Melayu ini akan hilang identitinya. Ada berpendapat Bahasa Melayu perlu dibiarkan seperti mana yang dituturkan dan bukan dibakukan tanpa usul periksa hingga menjadi pelik perkataan-perkataan itu. Kadangkala, sebutan Melayu itu hilang Melayu nya bila ia ditutur tanpa intonasi dan lenggok yg mencerminkan bahasa melayu... ini terjadi bila ia ditutur dgn cara yang 'dull', straight, plain dan tiada jiwa di dalamnya... Bahasa Melayu ditutur dgn lenggok Cina dan India.. dimana lagi Melayunya? Oleh itu agak tepat jugaklah langkah kerajaan menggantikan...

Lagu nie... hehee...

Salam... Minggu lepaih aku tgk citer apa tah nama dia kat tv1 tu.... alaa.. yg citer Minang tu... Nun disana cintaku kot tajuk dia.. (amboi tajuk..huhu..) hehee... menarik jugak cerita ni sbb depa cakap bahasa Minang... seb baik ada subtitle, paham la jugak kan... yg aku suka sket kt cerita ni adalah lagu tema dia.. hehe.. cam best saja dengaq walau aku x tau makna dia yg tersurat dan tersirat camtu... nih aku jumpa kat tenet lagu dia.. ada lirik asai dan transliterasi ke bahasa Melayu, tapi aku still x dpt tangkap makna tersirat dia... hehee.. meh kita dengaq sepam lagu ni... Mudiak Arau (Edited pada 1 Disember 2009 -- Link yang lama dah rosak.. hehe..) Anak urang sabuak andaleh yo mamak oi singgah ka rumah Si sutan mudo.. si sutan mudo Singgah ka rumah.. hai si sutan mudo.. si sutan mudo Bia habih hai bialah tandeh yo kanduang oi Hati den kanai.. hai kaba'a juo.. kaba'a juo Hati den kanai.. hai kaba'a juo.. kaba'a juo Indak dapek hai musim manyiang, ya tuan hai.. Musi...