Skip to main content

Pendidikan Anak2 Islam (jilid 2) - Siri 3

Salam...

Adeh.... lately aku agak buffer+penin+confuse+lost+blur et al ... x tau nak buat apa.. Ya Allah yang berkuasa mombolak balikkan hati ! tetapkankanlah hati ku ini... tenangkanlah hatiku ini.... Allahu Allah....

Disebabkan aku kekurangan idea nak tulis apa dlm seminggu dua ni, biaq lah aku teruskan ngan ringkasan Tarbiaytul Awlad Fil Islam siri ke-3...



3 .Mencegah Anak Dari Pengaruh Seks


Usia murahik (belasan tahun) merupakan usia yang paling kritikal dan perlu dijaga oleh pendidik supaya anak itu tidak terpengaruh dengan gejala seks yang boleh merubah kehidupannya pada masa hadapan. Pada waktu inilah, anak perlu dididik supaya mereka menjadi pemuda yang soleh kelak. Anak yang mencapai usia murahik hendaklah dilarang memasuki kumpulan kaum perempuan kerana pada ketika itu mereka sudah tahu membezakan kecantikan perempuan. Dikhuatiri, mereka akan tersimulasi dengan kecantikan itu dan boleh menggerakkan syahwatnya.

Ibu bapa diperintah supaya memisahkan anak- anak mereka di tempat tidur pada usia 10 tahun. Ini untuk mengelakkan mereka melihat aurat masing-masing. Ia juga untuk mengelakkan mereka daripada berstimulasi seks dan boleh menaikkan nafsu syahwat. Ini perlu untuk menjaga akhlak mereka. Islam telah menggaris panduan-panduan yang pasti supaya anak-anak tidak terpengaruh dengan gejala seks yang boleh merosakkan mereka.


Tanggungjawab pemerhatian anak di rumah


Hendaklah menjaga anak dari naluri seks, bermula dengan pemerhatian di rumah yakni menahan segala pengaruh seks antaranya :

  • Mempraktikkan adab meminta izin, dan mengelak daripada membuat anak melihat aurat anggota keluarga yang lain.
  • Menahan anak-anak mencampuri wanita asing bila sudah murahik.
  • Tempat tidur anak lelaki dan perempuan tidak boleh setempat, tambahan pula seselimut. Hendaklah dipisahkan jika boleh seawal yang boleh.
  • Merenung bahagian aurat wanita kerana ini boleh membangkit nafsu seks. Hendaklah diajar adab melihat.
  • Anak melihat filem atau gambar lucah. Hendaklah dihalang kepada anak itu akan unsur-unsur ini.
  • Anak berkawan dengan kawan perempuan. Hendaklah dikawal supaya tidak keterlaluan pergaulannya kerana mereka sedang membesar.

Tanggungjawab pemerhatian anak di luar rumah.

Amatlah perlu bagi pemerhatian di luar rumah kerana anak-anak mudah terpengaruh dengan anasir-anasir luar. Nafsu anak mudah terangsang dengan anasir-anasir tidak elok ini, oleh itu perlulah kita mengawasinya.


Bencana Pawagam.

  • Kebanyakan filem yang ditayangkan, terutama dari Barat mempunyai unsur seks yang melampau. Aurat didedahkan begitu sahaja.
  • Dari filem-filem tidak sopan ini, anak-anak mungkin akan meniru kelakuan buruk yang ditonjolkan oleh pengarah-pengarah yang kebanyakannya Yahudi.
  • Juga, pada setengah filem ditonjolkan keburukan Islam untuk mempengaruhi penonton. Perlu dijaga pada anak-anak kerana mereka mudah terpengaruh.


Bencana Fesyen.

  • Fesyen yang ada sekarang terlalu mendedahkan aurat. Para perekanya terdiri daripada tangan-tangan perosak Yahudi yang sungguh sial.
  • Para pemuda bagai diserang dengan gejala ini dan akhirnya kerana tiada kesabaran yang mantap dalam menjaga penglihatan dan nafsu, akhlak mereka mula merosot dan berlaku sesuatu yang tidak diingini.
  • Juga terdapat Muslimah yang menukar fesyen kepada fesyen tidak senonoh ini kerana dikatakan mundur jika tidak berpakaian sedemikian.
  • Sepatutnya wanita Muslimah mesti menganggap perkara ini sebagai punca menyebabkan para pemuda Muslim runtuh akhlaknya. Jika mereka memakai sedemikian, maknanya mereka telah meruntuhkan akhlak saudara pemuda Muslim mereka sendiri!

Bencana Sarang Maksiat yang Tersembunyi dan Terang-Terangan

  • Sarang-sarang ini contohnya ialah rumah pelacuran, kelab malam, bistro, pub dan seumpamanya menjadi tempat lelaki dan perempuan yang hilang erti harga diri dan kehormatan kemaluannya serta kemuliaan dirinya.
  • Tempat-tempat ini menjadi pusat mereka melampiaskan nafsu berahi serta tempat berlakunya punca segala keonaran.
  • Tempat ini juga hasil daripada menerima seadanya budaya barat yang amat jijik perlakuannya. Tempat manusia bodoh membuang masa dengan melihat dengan sengaja aurat dan menambah dosa.
  • Di tempat ‘syurga seks’ inilah punca segala penyakit sama ada bersifat fizikal, mahupun dalaman.

Bencana Gambar-gambar Separuh Bogel

  • Para pemuda akan melihat di intenet, papan-papan iklan, di ruang-ruang koran (akhbar), majalah-majalah hiburan akan gambar separuh bogel yang menaikkan nafsu.
  • Mereka akan melihat wanita yang berfesyen secara memalukan diri sendiri, yang membiarkan tubuhnya dilihat percuma oleh para pemuda.
  • Nescaya rosaklah hidup pemuda yang selalu berkelakuan sebegini.

Bencana Persahabatan Yang Jahat

  • Anak-anak mudah terpengaruh dengan rakan sebaya.
  • Jika buruk akhlak rakannya, ditambah pula termakan ajakan kawannya itu, boleh menyebabkan dirinya terpesong.
  • Hendaklah anak-anak mencari sahabat yang baik dan boleh membimbing mereka ke jalan yang baik.

Bencana Pergaulan bebas Lelaki-Perempuan.

  • Pendapat mengatakan percampuran peringkat awal (semasa umur tamyiz) antara lelaki dan perempuan boleh menghilangkan naluri seks dan ghairah antara satu sama lain tidaklah betul sebenarnya. Malah boleh menjadikan keadaan lebih teruk.
  • Hendaklah kita kembali ke ajaran Quran yang membataskan perhubungan lelaki dan perempuan kerana setiap kalimah di dalam Al-Quran adalah benar-benar belaka.


Cara-Cara Praktikal Membetulkan Anak.

Terdapat cara-cara praktikal untuk membetulkan anak, selain daripada membuat pemerhatian sahaja. Cara-caranya ialah :


Cara Penyedaran

  • Melalui cara ini, anak akan disedarkan dari kecil lagi bahawa, puak-puak yang memerangi Islam seperti Yahudi akan sentiasa mempengaruhi orang Islam supaya terpesong akidahnya.
  • Juga diberitahu kepada mereka, bahawa sumber kerosakan akhlak ialah majalah seks, gambar bogel, membuka aurat dan sebagainya.
  • Dengan cara ini juga mereka akan berasa bertanggungjawab dalam memelihara akidah Islam yang suci ini.
  • Yahudi dan Masonisme adalah golongan yang hanya mempercayai akan kelazatan seks dan nafsu syahwat sebagai pemecah kebuntuan bagi kehidupan manusia. Penjajahan dan Salib-Kristian pula sentiasa memperdaya umat Islam. Begitu jua Komunis yang hanya menyembah kebendaan semata.
  • Oleh itu, perlu diterangkan kepada anak-anak akan rancangan puak-puak ini supaya mereka sedar dan tidak mudah terpengaruh.

Cara Pengancaman dari ancaman zina.

Cara ini memberitahu anak-anak akan bahaya dan natijah perbuatan zina. Ini untuk mengelakkan mereka tergelincir ke lembah hina ini serta memberitahu akan kebenaran tentang zina.


1. Bahaya kesihatan.

  • Penyakit kelamin (gonorrhoea), yang menyebabkan kudis dalam rahim serta buah pelir. Boleh menyebabkan mandul dan buta mata jika ia menular.
  • Penyakit Zuhri (Siflis), banyak berlaku pada masyarakat Inggeris kerana mereka gemar berzina.
  • Kudis di bahagian kelamin yang menyebabkan alat kelamin bengkak, mengeluarkan nanah yang busuk, bisa di tulang dan tersendat saluran kencing.
  • Penyakit AIDS akibat bertukar-tukar pasangan dan seks di luar tabii. Penyakit yang masih belum menjumpai ubat yang sebenar yang boleh menyembuhkannya.

2. Bahaya rohani dan moral.

  • Seks luar tabii semakin menjadi-jadi, liwat oleh pasangan gay dan hubungan sejenis lesbian menjadi semakin berani, terutama di Amerika Syarikat dan dunia barat yang lain.
  • Penyakit gila bayang di mana seseorang itu sentiasa membayangkan perkara ghairah serta berstimulasi sendirian. Akibatnya ia menjadi kurang cerdas, lemah daya ingatan dan seakan orang mabuk serta dalam ketakutan.
  • Juga terjadi para penagih dadah dan arak, kumpulan jahat, rumah maksiat yang diizinkan, kumpulan seks, dan sebagainya.

3. Bahaya kemasyarakatan.

  • Tidak akan wujud masyarakat yang stabil, anak luar nikah berleluasa dan tiada kewujudan keluarga.

  • Terputusnya zuriat manusia yang sah.

4. Bahaya keekonomian.

  • Mereka yang melakukan aktiviti terkutuk seperti zina ini akan lemah tenaganya.
  • Ini, menyebabkan daya produksi menjadi kurang kerana tiada tenaga.
  • Juga, mereka akan kesempitan wang kerana menghabiskan duit untuk memuaskan nafsu syahwat serta duit yang di kumpul hasil perbuatan melacur, menjual dadah dan sebagainya adalah haram semata-mata.

5. Bahaya duniawi dan ukhrawi.

  • Menjerumuskan diri ke kancah zina boleh menyebabkan 4 faktor buruk seperti diterangkan Rasulullah S.A.W. Faktor itu ialah:
    Menghapuskan kejernihan muka, Memutuskan rezeki, Memurkakan Allah
    dan Menyebabkan ia kekal dalam api neraka.
  • Penzina akan terlepas dari simpulan iman kerana Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud “Tidak akan berzina seorang penzina, sedang dia seorang mukmin
  • Seksa penzina yang tidak bertaubat akan dilipatgandakan di akhirat.
  • Hendaklah diberitahu anak-anak bahawa keburukan zina ini boleh membawa kepada ancaman riddah,ilhad, perbuatan sia-sia dankeruntuhan moral.

Cara pengikatan.

  • Anak akan diikat dengan ikatan yang paling kuat yakni ikatan aqidah, pemikiran dan kerohanian.

  • Perlu anak itu diikat dengan ikatan ibadat. Ajarlah mereka melakukan ibadat seperti solat, zikir, mengenalkan dengan masjid serta membaca Al-Quran dan menjaga diri.

  • Anak yang terikat dengan segala ikatan tertinggi ini dapat membezakan segala yang baik dan buruk, seterusnya menghindarkan diri dari lembah kemaksiatan.

  • Pendidikan keimanan merupakan antara pendidikan terpenting kerana hanya dengan iman, kita dapat memelihara diri daripada maksiat.


(bersambung..)

Mungkinkah jawapan kpd masalah aku ada dlm perkara yg diceritakan di atas? Wallahualam...

Wassalam..

P/S : Ampuni aku Ya Allah...

Comments

Popular posts from this blog

Sollu 'ala Rasulillah habibil Mustofa..... Maulidur Rasul S.A.W

Assalamualaikum... Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad, wa 'ala alihi, wasohbihi wabarik 'alaih.. 12 Rabi'ul Awwal Tahun Gajah, lahirlah penghulu kita Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.... Kita sebagai ummat beliau seharusnya mencuba untuk mencontohi akhlak dan budi pekerti beliau sebanyak mana yang kita mampu..... Hari ini 12 Rabi'ul Awwal 1433 Hijrah, kita memperingati hari kelahiran beliau sebagai bukti kita kasih dan cintakan beliau.... Dan untuk mencapai maksud kecintaan itu, kita hidupkanlah sunnah Rasulullah S.A.W sebanyak mana termampu dan yang boleh kita lakukan... Berselawatlah kepada  beliau, mudah-mudahan urusan kita dipermudahkan dunia dan akhirat... The Chosen One In a time of darkness and greed It is your light that we need You came to teach us how to live Muhammad Ya Rasool Allah You were so caring and kind Your soul was full of light You are the best of mankind Muhammad Khaira Khalqillah Sallu ‘ala Rasulillah, Hab...

Asal Bangsa Melayu?

Salam... Semalam, kita telah dikhabarkan bahawa istilah Bahasa Malaysia akan digunakan bagi menggantikan Bahasa Melayu... Alasan yang diberikan oleh kabinet kerajaan Malaysia ialah untuk menguatmantapkan (hahaha.. istilah baru ke nih? sori aku mereka-reka sket.. lol) hubungan antara kaum dan integrasi antara rakyat berbilang kaum. Kalau tak silap aku la kan, dulu isu ni pernah panas dengan bantahan dari beberapa pihak yg risau akan bahasa Melayu ini akan hilang identitinya. Ada berpendapat Bahasa Melayu perlu dibiarkan seperti mana yang dituturkan dan bukan dibakukan tanpa usul periksa hingga menjadi pelik perkataan-perkataan itu. Kadangkala, sebutan Melayu itu hilang Melayu nya bila ia ditutur tanpa intonasi dan lenggok yg mencerminkan bahasa melayu... ini terjadi bila ia ditutur dgn cara yang 'dull', straight, plain dan tiada jiwa di dalamnya... Bahasa Melayu ditutur dgn lenggok Cina dan India.. dimana lagi Melayunya? Oleh itu agak tepat jugaklah langkah kerajaan menggantikan...

Lagu nie... hehee...

Salam... Minggu lepaih aku tgk citer apa tah nama dia kat tv1 tu.... alaa.. yg citer Minang tu... Nun disana cintaku kot tajuk dia.. (amboi tajuk..huhu..) hehee... menarik jugak cerita ni sbb depa cakap bahasa Minang... seb baik ada subtitle, paham la jugak kan... yg aku suka sket kt cerita ni adalah lagu tema dia.. hehe.. cam best saja dengaq walau aku x tau makna dia yg tersurat dan tersirat camtu... nih aku jumpa kat tenet lagu dia.. ada lirik asai dan transliterasi ke bahasa Melayu, tapi aku still x dpt tangkap makna tersirat dia... hehee.. meh kita dengaq sepam lagu ni... Mudiak Arau (Edited pada 1 Disember 2009 -- Link yang lama dah rosak.. hehe..) Anak urang sabuak andaleh yo mamak oi singgah ka rumah Si sutan mudo.. si sutan mudo Singgah ka rumah.. hai si sutan mudo.. si sutan mudo Bia habih hai bialah tandeh yo kanduang oi Hati den kanai.. hai kaba'a juo.. kaba'a juo Hati den kanai.. hai kaba'a juo.. kaba'a juo Indak dapek hai musim manyiang, ya tuan hai.. Musi...