Ku Biarkan Pena Menulis.....

Hari 105/2022 - NOTA RAMADHAN : Jangan Bersumpah Dengan Nama Allah Sesuka Hati

Assalamualaikum 


2:224
وَلَا تَجْعَلُوا۟ ٱللَّهَ عُرْضَةًۭ لِّأَيْمَـٰنِكُمْ أَن تَبَرُّوا۟ وَتَتَّقُوا۟ وَتُصْلِحُوا۟ بَيْنَ ٱلنَّاسِ ۗ وَٱللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌۭ ٢٢٤

Do not use Allah’s Name in your oaths as an excuse for not doing good, not guarding against evil, or not making peace between people. And Allah is All-Hearing, All-Knowing.
— Dr. Mustafa Khattab, the Clear Quran

(Dan janganlah kamu jadikan nama) Allah dalam sumpah kamu sebagai benteng yang menghalangi kamu daripada berbuat baik dan bertaqwa, serta mendamaikan perbalahan antara sesama manusia. Dan (ingatlah), Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa mengetahui.
— Abdullah Muhammad Basmeih
Al-Baqarah, ayat 224

Banyak orang bersumpah macam-macam. Tapi yang bahaya bila sumpah dengan menyebut nama Allah untuk taknak buat benda kebaikan. Contoh sumpah, "Demi Allah aku takkan pergi berjemaah di masjid selagi mana ajk-ajk fulan, fulanah ini masih berkhidmat di masjid ini..." walhal perkara pergi ke masjid tersebut adalah perkara baik dan petunjuk taqwa.

Berhati-hati dengan sumpah. Tak perlu sumpah dalam hal-hal begini.

Wassalam

Hari 104/2022 - Nota Ramadhan : Allah Beri Ujian Sebelum Masuk Syurga

Assalamualaikum 


Surah Al-Baqarah, ayat 104

😟😌

Wassalam

Taqwim Solat Ramadhan 1433H / 2012 M - Kawasan KL dan Putrajaya

Assalamualaikum,

Tadi dapat e-mel daripada member. Jom tengok dan refresh balik apa yang patut.

Taqwim Waktu Solat termasuk IMSAK dan IFTAR bagi bulan Ramadhan 1433 H / 2012M bagi kawasan Kuala Lumpur dan Putrajaya : 


Download Hi-Resolution : PNG | JPG | PDF

Niat Puasa (sebelum masuk waktu Solat Subuh) :

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

Doa Berbuka Puasa (selepas masuk waktu Maghrib) :
اللهم لك صمت وبك امنت وعلى رزقك أفطرت
Ya Allah, Aku telah berpuasa untuk Kau dan pada Kaulah aku mempercayai dan aku membuka puasa dengan apa yang Kau berikan

Rukun Puasa :
  • Orang-orang yang diwajibkan berpuasa
  • Niat di malam hari sebelum masuk waktu subuh
  • Tidak melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa selepas masuk waktu subuh

Perkara-perkara yang membatalkan puasa :
  • Memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja dan tidak ada beza sama ada yang boleh dimakan atau tidak, termasuk merokok.
  • Muntah dengan sengaja (seperti kerana memasukkan jari ke dalam mulut) adalah membatalkan puasa dan wajib diganti. Bagi muntah yang tidak sengaja atau menjadi kebiasaannya muntah maka itu tidak membatalkan puasa.
  • Keluar darah haid dan Nifas walaupun di penghujung waktu puasa adalah dikira membatalkan puasa dan wajib diganti.
  • Keluar air mani dengan sengaja sama ada kerana bercumbuan atau memeluk isteri, atau dengan tangan maka ianya membatalkan puasa dan wajib diganti. (Sekiranya keluar air mani kerana bermimpi, maka tidak batal puasa. Keluar air mazi sahaja juga tidak membatalkan puasa.)
  • Berjimak atau melakukan hubungan seks. Termasuk dilakukan pada faraj atau dubur, samada keluar mani atau tidak. Liwat pada kanak-kanak dan bintang juga termasuk.
  • Murtad atau keluar dari agama Islam.
  • Gila atau pengsan sepanjang hari (tidak sedar langsung walau satu saat).
  • Menukar niat. (Niat buruk untuk berbuka awal daripada waktu)

Rujukan rukun puasa dan perkara-perkara yang membatalkan puasa ini diambil daripada Panduan Puasa Ramadhan yang diterbitkan oleh JAKIM. Muat turun panduan ini samada secara terus daripada JAKIM atau melalui salinan di Scribd.

Mudah-mudahan memberi manfaat kepada semua.

Wassalam.

Selamat Berpuasa Semua!

Salam Ramadhan 1429 ~ 2008

Assalamualaikum~



Ahlan.. ahlan wa sahlan.. marhaban Ramadhan... Alhamdulillah, ku panjatkan kesyukuran ke hadhrat-Mu Ilahi kerana telah menemukan aku semula dengan Ramadhan. Ramadhan, bulan penuh berkah, bulan penuh maghfirah.. bulan yang terdapat pada malamnya satu malam yang lebih baik dari seribu bulan... Betapa besarnya kurniaan dan limpahan rahmat yang Allah kurniakan di bulan Ramadhan. Bersama-samalah kita mencarinya dengan menjalani ibadah puasa dengan betul serta mematuhi segala larangan dan suruhannya serta marilah jua kita tambahkan amalan-amalan sunat mudah-mudahan mendapat balasan yang baik kelak, di dunia dan akhirat.



Wassalamualaikum..