Skip to main content

Ramadhan yang bakal menjelang...

Salam

Kurang seminggu dari sekarang kita akan menyambut ketibaan bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan biasanya disambut dengan perasaan yang gembira bercampur keinsafan. Pada bulan inilah, Allah SWT menguji umat Islam samada mereka mampu untuk menahan diri bukan sahaja dari lapar dan dahaga malah berjayakah mereka melawan hawa nafsu masing-masing.

Setiap dari kita harus muhasabah diri sendiri. Yang menulis ni pun sebenarnya mengaku, dalam masa dekat-dekat nak masuk Ramadhan ni pun, kita terus melakukan perkara yang tak sepatutnya dilakukan. Memang susah kalau dah jadi kebiasaan. Sepatutnya kita menyambut Ramadhan dengan hati yang baik dan jiwa yang tenteram. Tetapi kesalahan dan dosa-dosa yang dilakukan secara berterusan membuatkan hati menjadi tidak tenteram, jiwa menjadi kacau. Adakah sempat kita bertaubat sebelum masuknya bulan Ramadhan yang mulia ini? Sempatkah kita menikmati Ramadhan kali ini andainya ajal terlebih dahulu menjemput kita?

Aku berdoa kepada Allah, supaya diampunkan dosa-dosa aku. Setiap Ramadhan aku berazam untuk menjadi lebih baik. Walaupun hasilnya belum ketara dari tahun-tahun sebelumnya, aku berharap tahun ini benar-benar membuahkan hasil. Ramadhan adalah "summer camp" atau kem latihan jasmani dan rohani. Acapkali tibanya Ramadhan kita membaca Al-Quran, bersembahyang terawih, mengeluarkan zakat, menjaga pandangan mata, lidah dan tangan. Tapi sering yang terjadi, masuk sahaja Syawal, kesemuanya hilang entah kemana. Alangkah ruginya kita semua. Kem latihan selama sebulan yang menampakkan hasil tiba-tiba hilang musnah begitu sahaja.

Manusia ini sifatnya insani. Insani dalam erti kata lain ialah kita sering lupa apa yang kita lakukan. Ada yang mengatakan, "God give and forgive, but man get and forget". Inilah kita, kita menerima segala rahmat yang Allah kurniakan kepada kita tetapi ketika di ambang kesyukuran kita tiba-tiba lupa apa yang sepatutnya menjadi amalan. Di saat inilah kita sepatutnya bertaubat, kembali menginsafi diri kerana Allah SWT Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

Aku berharap agar ALLAH SWT memberi aku kekuatan menempuhi Ramadhan kali ini dan kekal di dalam "Ramadhan" sehingga tiba Ramadhan di tahun hadapan. Wahai Tuhan, ku tak layak ke syurga-Mu.. Namun tak pulak aku sanggup ke neraka-Mu.. Ampunkanlah dosaku, terimalah taubatku.. Sesungguhnya Engkaulah pengampun, dosa-dosa besar....






Wassalamualaikum....

Comments

Popular posts from this blog

Sollu 'ala Rasulillah habibil Mustofa..... Maulidur Rasul S.A.W

Assalamualaikum... Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad, wa 'ala alihi, wasohbihi wabarik 'alaih.. 12 Rabi'ul Awwal Tahun Gajah, lahirlah penghulu kita Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.... Kita sebagai ummat beliau seharusnya mencuba untuk mencontohi akhlak dan budi pekerti beliau sebanyak mana yang kita mampu..... Hari ini 12 Rabi'ul Awwal 1433 Hijrah, kita memperingati hari kelahiran beliau sebagai bukti kita kasih dan cintakan beliau.... Dan untuk mencapai maksud kecintaan itu, kita hidupkanlah sunnah Rasulullah S.A.W sebanyak mana termampu dan yang boleh kita lakukan... Berselawatlah kepada  beliau, mudah-mudahan urusan kita dipermudahkan dunia dan akhirat... The Chosen One In a time of darkness and greed It is your light that we need You came to teach us how to live Muhammad Ya Rasool Allah You were so caring and kind Your soul was full of light You are the best of mankind Muhammad Khaira Khalqillah Sallu ‘ala Rasulillah, Hab...

Asal Bangsa Melayu?

Salam... Semalam, kita telah dikhabarkan bahawa istilah Bahasa Malaysia akan digunakan bagi menggantikan Bahasa Melayu... Alasan yang diberikan oleh kabinet kerajaan Malaysia ialah untuk menguatmantapkan (hahaha.. istilah baru ke nih? sori aku mereka-reka sket.. lol) hubungan antara kaum dan integrasi antara rakyat berbilang kaum. Kalau tak silap aku la kan, dulu isu ni pernah panas dengan bantahan dari beberapa pihak yg risau akan bahasa Melayu ini akan hilang identitinya. Ada berpendapat Bahasa Melayu perlu dibiarkan seperti mana yang dituturkan dan bukan dibakukan tanpa usul periksa hingga menjadi pelik perkataan-perkataan itu. Kadangkala, sebutan Melayu itu hilang Melayu nya bila ia ditutur tanpa intonasi dan lenggok yg mencerminkan bahasa melayu... ini terjadi bila ia ditutur dgn cara yang 'dull', straight, plain dan tiada jiwa di dalamnya... Bahasa Melayu ditutur dgn lenggok Cina dan India.. dimana lagi Melayunya? Oleh itu agak tepat jugaklah langkah kerajaan menggantikan...

Lagu nie... hehee...

Salam... Minggu lepaih aku tgk citer apa tah nama dia kat tv1 tu.... alaa.. yg citer Minang tu... Nun disana cintaku kot tajuk dia.. (amboi tajuk..huhu..) hehee... menarik jugak cerita ni sbb depa cakap bahasa Minang... seb baik ada subtitle, paham la jugak kan... yg aku suka sket kt cerita ni adalah lagu tema dia.. hehe.. cam best saja dengaq walau aku x tau makna dia yg tersurat dan tersirat camtu... nih aku jumpa kat tenet lagu dia.. ada lirik asai dan transliterasi ke bahasa Melayu, tapi aku still x dpt tangkap makna tersirat dia... hehee.. meh kita dengaq sepam lagu ni... Mudiak Arau (Edited pada 1 Disember 2009 -- Link yang lama dah rosak.. hehe..) Anak urang sabuak andaleh yo mamak oi singgah ka rumah Si sutan mudo.. si sutan mudo Singgah ka rumah.. hai si sutan mudo.. si sutan mudo Bia habih hai bialah tandeh yo kanduang oi Hati den kanai.. hai kaba'a juo.. kaba'a juo Hati den kanai.. hai kaba'a juo.. kaba'a juo Indak dapek hai musim manyiang, ya tuan hai.. Musi...