Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2008

Bapak, Terima Kasih!

Assalamualaikum.. Kasihnya ibu membawa ke syurga.. Kasihnya ayah berkorban nyawa... Buat ayahanda yang dikasihi.. Anakmu kini di perantauan mencari rezeki... Sebagai manamu dahulu sanggup berkorban... Demi sesuap nasi untuk ibu dan juga anakmu... Dan sungguh, baru ku tahu.. Susahnya dan perit apa yang telah kau lalui... Bau ku sepeti bau mu pulang dari kerja... Baru ku sedar ayah, kita serupa! Duhai Ayah, Biar jasamu tidak sehebat ibu... Namun tanpamu siapalah aku... Dari titisan keramatmu, maka terbentuk aku.. Mewarisi darah tanah rencong, nenek moyangku... Ayah, tanpamu siapalah aku kini... Engkau setia berkorban demi kebahagiaanku... Tanpa mengira kesenanganmu, anak-anak engkau dahulukan... Dan hasilnya kini, kami berjaya di bidang masing2... Jika sekeping kertas itu sebagai buktinya.... Maka sekeping kertas itu tiada nilainya dengan keringatmu.. Kerna tanpa basah peluhmu, penat jerihmu... Tak mungkin ku memilik sekeping kertas itu... Ayah, kini ku berterima kasih... Atas setiap kal...

Situasi Semasa : Penin aku penin!!!!

Assalamualaikum.. kita semua sepakat~~ di kampung la pening lalat~ mengucapkan selamat~~ pengantin baru~~ Wassalamualaikum... - hahaha.. dah lama x wat short & misterious post ni kan.. ekeke.. nak kupas? silaa silaaaa.. jangan pening dah... O Allah, save us... save 'us'.. save our country..

Warisan - Sudirman

Assalamualaikum.... Warisan Disini lahirnya sebuah cinta Yang murni abadi sejati Disini tersemai cita cita Bercambah menjadi warisan Andai ku terbuang tak diterima Andai aku disingkirkan Kemana harusku bawakan Kemana harusku semaikan cinta ini Betapa Dibumi ini ku melangkah Keutara selatan timur dan barat Ku jejaki Aku Bukanlah seorang perwira Gagah menghunus senjata Namun hati rela berjuang Walau dengan cara sendiri Demi cinta ini Ku ingin kotakan seribu janji Sepanjang kedewasaan ini Ku ingin sampaikan pesanan Aku lah penyambung warisan --- Wassalamualaikum.... Seboleh2, Fi Sabilillah... Alif, Ba, Ta..

Guru Oh Guru...

Assalamualaikum... Bersempena hari guru, terimalah.. Berburu ke padang datar, Dapat rusa belang kaki; Berguru kepalang ajar, Ibarat bunga kembang tak jadi. GURU OH GURU Dialah pemberi paling setia Tiap akar ilmu miliknya Pelita dan lampu segala Untuk manusia sebelum manjadi dewasa. Dialah ibu dialah bapa juga sahabat Alur kesetiaan mengalirkan nasihat Pemimpin yang ditauliahkan segala umat Seribu tahun katanya menjadi hikmat. Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara Jika hari ini seorang ulama yang mulia Jika hari ini seorang peguam menang bicara Jika hari ini seorang penulis terkemuka Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa; Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca. Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu Dia adalah guru mewakili seribu buku; Semakin terpencil duduknya d...

Warkah untuk ibuku..

Assalamualaikum, Mak, dikala ini, anak mak yg sorang ni rindu sangat dekat mak... Kalau boleh chek nak balik, cium tangan mak, peluk mak... Masakan tidak mak, dulu masa chek kecik mak selalu peluk chek, cium chek.... Chek suka sangat masa mak buat macam tu dulu.... Chek rasa selamat sangat.... Chek rasa senang sangat.... Kalau boleh, chek nak pi balik zaman tu... Nak macam tu selama-lamanya.... Mak, ingat dak dulu.. Chek selalu dok menyusahkan mak... Chek dok selalu mintak barang yang bukan-bukan... Majalah, komik, mainan.. apa saja... Bila mak tak belikan, chek ingat mak tak sayang kat chek..... Chek rasa macam chek ni bukan anak mak... Tapi lama-lama, mak beli jugak.... Walaupun terpaksa pakai duit belanja dapoq yg bapak bagi..... Mak, maafkan anak mak yg sorang ni sebab dah banyak bagi susah mak... Mak, chek ingat dulu.. chek kalau boleh tak suka mak mai sekolah.. Konon-konon chek malu... Mak chek tak lawa... Chek malu, konon-konon nanti orang kata check manja dengan mak... Tapi la ...

Mother - Sami Yusuf

Mother - Sami Yusuf -------------------- Blessed is your face Blessed is your name My beloved Blessed is your smile Which makes my soul want to fly My beloved All the nights And all the times That you cared for me But i never realised it And now it’s too late Forgive me Now i’m alone filled with so much shame For all the years i caused you pain If only i could sleep in your arms again Mother i’m lost without you You were the sun that brightened my day Now who’s going to wipe my tears away If only i knew what i know today Mother i’m lost without you Ummahu, ummahu, ya ummi Wa shawqahu ila luqyaki ya ummi Ummuka, ummuka, ummuka ummuka Qawlu rasulika Fi qalbi, fi hulumi Anti ma’i ya ummi Mother... mother... o my mother How i long to see o mother “your mother, your mother, your mother” Is the saying of your prophet In my heart, in my dreams You are always with me mother Ruhti wa taraktini Ya nura ‘aynayya Ya unsa layli Ruhti wa taraktini Man ...

Berbuat Baik kepada Ibu Bapa

Assalamualaikum... Marilah sama-sama kita melihat satu lagi topik yang perlum diambil berat oleh setiap muslimin dan muslimat... mudah-mudahan dengan apa yang dipaparkan disini dapat memberi kesedaran dan pemahaman dalam mematuhi perintah Allah. Di dalam Al-Quran, terdapat ayat-ayat berkaitan yang menyuruh umat Islam menunaikan hak masing-masing terhadap ibu bapa. Antara intipati suruhan tersebut dirangkumkan dalam rangkaian ayat-ayat Quran di bawah... Berbuat baik kepada ibu bapa Dan (ingatlah wahai Muhammad), ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israil (dengan berfirman): "Janganlah kamu menyembah melainkan Allah, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu-bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, serta orang-orang miskin dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat". Kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil dari kamu dan sememangnya kamu orang-or...

Bersatu....

Salam.. Mari kita fikir sejenak... Bersatu Album : Senyum Munsyid : Raihan http://liriknasyid.com Menjadi harapan untukku menyaksikan Umat yang bertuah ini kembali bersatu hati Hilangkan yang keruh ambillah yang jernih Tiada yang lebih berharga selain dari perpaduan Lupakanlah segala persengketaan Hubungkan kembali tali persaudaraan Karena orang beriman itu bersaudara Saling bertolong bantu berkasih mesra Agar generasi kita di masa hadapan Bangga dengan apa yang kita wariskan Bersatu kita teguh Bercerai kita roboh Yang berat sama dipikul Yang ringan dijinjing sama Sepakat membawa berkat Asas hidup bermasyarakat Amalkan hidup yang sehat Selamat dunia akhirat "Atas semangat kemanusiaan dan keamanan sejagat, kami atas nama rakyat Malaysia dari pelbagai kaum dan keturunan serta fahaman politik yang berbeza-beza, berkongsi rasa, cita dan perjuangan dengan seluruh rakyat Palestin yang mempertahankan hak di bumi kelahiran mereka. ...

Che Det Returns : The Blog

Salam... Mantan Presiden UMNO dan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah memulakan blog beliau sendiri... sila lawati di : http://www.chedet.com Digarhayu Tun Mahathir!!! Mudah-mudahan sentiasa memberi pandangan bernas buat tatapan dan percambahan fikiran anak muda... Wassalam