Skip to main content

Madu atau Racun?

Madu atau Racun?

Salam..

Malam Ahad lepas, aku ada tgk satu rancangan kat tv.. konsert gegar ka apa tah.. ada satu kumpulan tuh, Khalifah kot nama dia.. depa menyanyi lagu Madu atau Racun. Lagu ni mengimbau zaman aku skolah rendah dulu sbb ada sorg. member aku time tu, Ng Sui Yong kot (kalau x silap nama dia) menyanyi masa hari kantin. Lagu tu lebih kurang mcm ni, “Madu di tgn kananmu, racun ditangan kirimu, aku tak tahu mana yg akan kau berikan padaku”. Huhu.. lagu Indon neh kalau x silap..

Tapi aku bukan nak cerita pasai lagu, tapi nak kongsi apa yg aku dengaq masa kuliah maghrib tadi.. pasai madu & racun yang disampaikan oleh Ust. Hakim Othman. Ust Hakim ni selalu gak bagi kuliah kat Surau kawasan ni... tiap2 minggu ada2 saja isu semasa yang dikupas oleh dia, dari sudut pandangan Islam. Kupasan kali ni agak panas jugak, dimulakan pasai “kesah DVD” yg aku rasa kita semua bleh agak dah isu apa. Kata ust., walaupun yg buat tu bukan org beragama Islam, tapi sbg pemimpin, apatah lagi menteri mmg la akan sedikit sebanyak membawak malu kpd negara... namun apa yg lebih memalukan, org yg terang2an berperangai tidak elok itu diangkat sebagi hero, bukan shj dikalangan mereka, malah dikalangan sstgh umat Islam sendiri..

Maka disini, ust. pon memulakan kuliah beliau dgn tajuk madu dan racun. Apa yg madu, apa yg racun? Org kata, benda ni madu kpd lelaki tp racun kpd wanita walaupon hakikat sebenarnya, yg madu itu adalah sesame wanita! Ya, isu malam ni adelah berkaitan poligami. Ust ada menerangkan bahawa hukum2 Islam telah diserang hebat oleh mereka yang berideologi liberal, oleh mereka yang menafsirkan diri mereka sbg aktivis hak asasi manusia. Antara hukum hakam yg sering diserang selain daripada jihad, hudud dan seumpamanya adalah hukum berpoligami. Bagi mereka, poligami merupakan punca keretakan rumah tangga.

Menurut Ust, isu poligami ini diserang setelah hampir 1300 tahun umat Islam hidup aman tanpa sebarang tentangan mengenainya. Pada 1948, deklarasi hak asasi manusia PBB telah menyatakan hak bagi manusia lelaki dan perempuan adalah sama rata dan sama adil keseluruhannya sedangkan dalam Islam tidak dikira sedemikian dari sesetengah aspek. Sebagai contoh, terdapat pembahagian-pembahagian tertentu hak-hak lelaki dan wanita dalam Islam seperti aurat, pembahagian harta pusaka dan sebagainya. Ini termasuklah hak-hak untuk berpoligami yang termasuk dalam bab-bab perkahwinan dan tanggungjawab suami isteri dalam melayari bahtera perkahwinan.

Kata Ust lagi, terdapat sebuah pertubuhan NGO, yg kononnya membela hak-hak wanita Islam yang amat anti kepada poligami. Kata mereka, poligami merupakan punca keretakan rumah tangga yang dialami oleh pasangan-pasangan berkahwin. Para pendokong NGO yang berfahaman liberal ini telah mengusulkan supaya hukum Allah dalam hal berpoligami ini dimansuhkan hanya kerana salah tafsiran dan pandangan terhadap poligami. Apakah boleh diterima jika kita katakan poligami ini penyebab runtuhnya sesebuah rumah tangga? Akal yg waras tentu sekali tidak mudah mengatakan ‘ya’ kepada persoalan ini. Adakah orang2 yang berkahwin satu itu tidak pernah bercerai berai? Sebagai contoh, perkahwinan para artis.. adakah artis2 itu berpoligami dan ini menyebabkan hubungan mereka retak? Adakah hukum poligami atau poligami itu sendiri yang menjadi punca? Atau sikap pasangan terhadap diri masing2?

NGO tersebut telah dikatakan menggunakan Ayat Al-Quran bagi menyokong tuntuan mereka. Baiklah, sebelum kita lihat apa yang mereka kata, lebih baik kita periksa kembali pemahaman kita terhadap Ayat 3, Surah An-Nisa’ :

{ وَإِنْ خِفْتُمْ أَلاَّ تُقْسِطُواْ فِي ٱلْيَتَامَىٰ فَٱنكِحُواْ مَا طَابَ لَكُمْ مِّنَ ٱلنِّسَآءِ مَثْنَىٰ وَثُلَٰثَ وَرُبَٰعَ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلاَّ تَعْدِلُواْ فَوَٰحِدَةً أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَٰنُكُمْ ذٰلِكَ أَدْنَىٰ أَلاَّ تَعُولُواْ }
“Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim(apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua,tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman”

Berkaitan ayat di atas ni, kita selalu paham beberapa perkara. Antara yang biasa kita paham adalah kita boleh berkahwin empat tetapi kalau takut tak adil, hanya boleh kawin satu. Sekali pandang nmpk mcm betul pemahaman kita, tp menurut Ust, untuk ayat ini kita kena tahu kaedah2 tafsir, bukan leh paham main hentam kromo je. Kata Ust, di dalam Al-Quran, ada ayat2 yang boleh berdiri sendiri tanpa sokongan ayat selepas mahupun sebelum, walaupun terletak dalam satu ayat yang panjang. Sebagai contoh, ayat ini, dalam pecahan pertama menerangkan bahawasanya Allah telah mengehadkan kita untuk mempunyai hanya 4 org isteri dalam satu-satu masa, bukan menyuruh kita kahwin 4! Jika diteliti, tentu kita memahami perbezaannya bukan? Kata Ust, asbabul nuzul bagi ayat ini adalah pada satu ketika, seorang sahabat nabi mempunyai 10 orang isteri, dan Rasulullah telah membaca ayat ini kepada beliau. Ini menunjukkan, amalan berpoligami sudah lama diamalkan dia biasa bagi fitrah soerang manusia sejak sekian lama, dan bukan hanya bermula setelah penurunan ayat ini. Malah ayat ini telah mengehadkan pula jumlah isteri yg boleh disimpan, untuk menjaga kepentingan wanita2 itu sendiri.

Dan pada bahagian kedua ayat panjang ini, dimulakan dengan kalimah “Fa-in” yang menurut kata Ust, membawa maksud “Maka Jika” (dalam tafsir pimpinan Rahman ditulis “Kemudian”), yang mana maksudnya, ayat itu berdiri sendiri, tanpa disokong ayat sebelum atau selepas. Apakah isi ayat kedua tersebut? Yakni perintah untuk berkahwin satu jika bimbang tidak berlaku adil ke-atas isteri. Ayat ini juga sering disalah anggap kononnya, jikalau takut untuk berlaku adil, maka kahwinlah satu. Sekali lagi kita tersalah anggap, menyebabkan ramai takut untuk berkahwin lebih dari satu. Sepatutnya, ayat ini perlu kita pahamkan sebagi perintah untuk berlaku adil setelah berkahwin lebih dari satu yakni satu lagi perintah untuk mengehadkan jumlah isteri kepada satu sahaja sekiranya sepanjang tempoh perkahwinan, kita telah merasakan tidak dapat berlaku adil. Jadi, tidak timbul soal syarat untuk berkahwin lebih dr satu adalah adil. Syarat itu hanya terpakai sekiranya kita telah berkahwin lebih dari satu, sama situasinya bagi seseorang yg hendak berkahwin. Adakah dia memberi nafkah sebelum akad nikah atau sesudah akad nikah? Semestinya nafkah zahir batin itu sesudah akad yakni sesudah kawin bukan? Inilah perbandingan yang kita harus ambil contoh dalam memahami ayat ini.

Ayat ini sekiranya disalah paham, akan membawa kepada keadaan yg kacau. Oleh kerana ayat ini tidak dipahamkan dengan betul, maka ada pihak spt NGO yg disebutkan sebelum ini mahu mencadang supaya poligami ini diharamkan dan tidak dibenarkan. Mereka yg kurang pemahaman ini telah menyangkut (cross-reference) ayat lain dalam surah yang sama (An-nisaa’, 129)

{ وَلَن تَسْتَطِيعُوۤاْ أَن تَعْدِلُواْ بَيْنَ ٱلنِّسَآءِ وَلَوْ حَرَصْتُمْ فَلاَ تَمِيلُواْ كُلَّ ٱلْمَيْلِ فَتَذَرُوهَا كَٱلْمُعَلَّقَةِ وَإِن تُصْلِحُواْ وَتَتَّقُواْ فَإِنَّ ٱللَّهَ كَانَ غَفُوراً رَّحِيماً }
“Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya); oleh itu janganlah kamu cenderung dengan melampau-lampau (berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi) sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti benda yang tergantung (di awing-awang); dan jika kamu memperbaiki (keadaan yang pincang itu), dan memelihara diri (daripada perbuatan yang zalim), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”

..dengan memberi alasan bahawa Allah sendiri sudah menjamin bahawa kita tak akan dapat berlaku adil. Maka dengan itu, ayat yang sebelumnya menerangkan supaya kawin satu kalau takut tak adil (memngikut pahaman mereka), itu digunapakai dan ini menjadi alasan supaya diharamkan poligami. Sekali lagi mereka tersalah paham ayat ini. Benar seperti kata Allah, sebagai manusia kita tak akan dapat 100% adil tehadap isteri-isteri kita. Kata ust, dalam satu sabda Rasulullah SAW, bahawasanya, kita tak akan berlaku adil terhadap isteri dalam 2 perkara yakni kasih sayang dan dalam soal jimak. Oleh itu, sesuai seperti ayat 129, An-Nisaa’ ini, kita hendaklah menyembunyikan kecenderungan kita itu dan berlaku adil dalam hal2 lain seperti nafkah zahir (makanan, pakaian, tempat tinggal, dsb). Dan seperti yang dibincangkan sebelum ini, ayat ini tidak berkaitan secara terus dengan apa yang dikatakan dengan ayat sebelumnya. Ayat ini adalah tuntutan untuk berlaku seadil mana yang termampu dan tidak membiarkan antara isteri2 itu tersiksa dan terpinggir.

Maka tertolaklah pendapat NGO tersebut dan dalil2 mereka yang berdasarkan pahaman yg cetek dan tidak mengikut kaedah yg sepatutnya. Kata ust lagi, bagi NGO ini, mereka amat anti sekiranya perhubungan suami isteri melalui poligami, dituduh sebagai menghina wanita dan sebagainya tetapi mereka tidak pula berkata apa terhadap perhubungan suka sama suka, walaupun tanpa hubungan yang sah. Inilah fahaman liberal yang cuba dimasukkan ke dalam pikiran umat Islam supaya kita semua tersesat jalan. Poligami digambarkan sebagai sesuatu yg amat buruk, diuar-uarkan sebagai penyebab utama keruntuhan rumah tangga. Di kaca-kaca tv, kita seringkali digula-gula dengan keburukan poligami seolah-olah poligami ini terlalu hebat terjadi dalam masyarakat kita sekarang ini. Sedangkan, kata ust, mengikut statistik MAIWP, hanya 2 peratus lelaki berkahwin yang memohon untuk berpoligami. Dalam erti kata lain, jika diambil 100 orang, hanya 2 orang berkemungkinan ingin berpoligami. Ini dengan jelas menolak cubaan untuk menggambarkan keburukan poligami seolah2 ia berada dlm keadaan tidak terkawal di negara kita ini. Inilah (lebih kurang apa yg aku ingat) kisah madu atau racun yg disampaikan oleh ustaz Hakim Othman

Madu atau racun? madu itu manis, sedap.. racun? padah, bahaya! Oleh itu mari kita balik semula dengan apa yang diperkatakan awal-awal tadi. Yg madu itu manis, sedap dan HALAL. Dan racun sebagai lawan kepada madu sudah tentulah pahit, busuk, membawak maut dan HARAM. Inilah kecantikan yg dibawa Islam sebagi agama fitrah yg memahami kehendak manusia. Mengapalah kita mahu memilih yg haram sedangkan yg halal itu tersedia di depan mata. Mengapakah mahu melakukan perhubungan yg akhirnya membawa kepada malu, dan kejatuhan, sedangkan ada yang halal yg siapapon tidak pertikai. Takutkan isteri hingga tidak takutkan Allah... sanggup berhubungan sulit...Dunia.. oh dunia... manusia tetap manusia... Bukanlah untuk mengutuk sesiapa.. bukanlah untuk berkata diri ini suci dari dosa... aku bukan malaikat, aku manusia, manusia itu fitrahnya lupa.. manusia itu tiada lepas dari dosa maksiat... tapi apakah jika lupa, salahkah ingat mengingat antara kita? Ingat mengingat lebih baik dari diam seribu bahasa.... mari muhasabah bersama-sama...

WALLAHUALAM, JIKA TERDAPAT SALAH, SILAP, KHILAF, MOHON AMPUN DAN MAAF. HANYA KEPADA ALLAH KU POHON AMPUN DAN PENTUNJUK. AMIIN!


Wassalam...

PS : Bila yg HARAM dianggap ‘hero’ , yg HALAL dianggap ‘zero’

Comments

Popular posts from this blog

Sollu 'ala Rasulillah habibil Mustofa..... Maulidur Rasul S.A.W

Assalamualaikum... Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad, wa 'ala alihi, wasohbihi wabarik 'alaih.. 12 Rabi'ul Awwal Tahun Gajah, lahirlah penghulu kita Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.... Kita sebagai ummat beliau seharusnya mencuba untuk mencontohi akhlak dan budi pekerti beliau sebanyak mana yang kita mampu..... Hari ini 12 Rabi'ul Awwal 1433 Hijrah, kita memperingati hari kelahiran beliau sebagai bukti kita kasih dan cintakan beliau.... Dan untuk mencapai maksud kecintaan itu, kita hidupkanlah sunnah Rasulullah S.A.W sebanyak mana termampu dan yang boleh kita lakukan... Berselawatlah kepada  beliau, mudah-mudahan urusan kita dipermudahkan dunia dan akhirat... The Chosen One In a time of darkness and greed It is your light that we need You came to teach us how to live Muhammad Ya Rasool Allah You were so caring and kind Your soul was full of light You are the best of mankind Muhammad Khaira Khalqillah Sallu ‘ala Rasulillah, Hab

Asal Bangsa Melayu?

Salam... Semalam, kita telah dikhabarkan bahawa istilah Bahasa Malaysia akan digunakan bagi menggantikan Bahasa Melayu... Alasan yang diberikan oleh kabinet kerajaan Malaysia ialah untuk menguatmantapkan (hahaha.. istilah baru ke nih? sori aku mereka-reka sket.. lol) hubungan antara kaum dan integrasi antara rakyat berbilang kaum. Kalau tak silap aku la kan, dulu isu ni pernah panas dengan bantahan dari beberapa pihak yg risau akan bahasa Melayu ini akan hilang identitinya. Ada berpendapat Bahasa Melayu perlu dibiarkan seperti mana yang dituturkan dan bukan dibakukan tanpa usul periksa hingga menjadi pelik perkataan-perkataan itu. Kadangkala, sebutan Melayu itu hilang Melayu nya bila ia ditutur tanpa intonasi dan lenggok yg mencerminkan bahasa melayu... ini terjadi bila ia ditutur dgn cara yang 'dull', straight, plain dan tiada jiwa di dalamnya... Bahasa Melayu ditutur dgn lenggok Cina dan India.. dimana lagi Melayunya? Oleh itu agak tepat jugaklah langkah kerajaan menggantikan

Lagu nie... hehee...

Salam... Minggu lepaih aku tgk citer apa tah nama dia kat tv1 tu.... alaa.. yg citer Minang tu... Nun disana cintaku kot tajuk dia.. (amboi tajuk..huhu..) hehee... menarik jugak cerita ni sbb depa cakap bahasa Minang... seb baik ada subtitle, paham la jugak kan... yg aku suka sket kt cerita ni adalah lagu tema dia.. hehe.. cam best saja dengaq walau aku x tau makna dia yg tersurat dan tersirat camtu... nih aku jumpa kat tenet lagu dia.. ada lirik asai dan transliterasi ke bahasa Melayu, tapi aku still x dpt tangkap makna tersirat dia... hehee.. meh kita dengaq sepam lagu ni... Mudiak Arau (Edited pada 1 Disember 2009 -- Link yang lama dah rosak.. hehe..) Anak urang sabuak andaleh yo mamak oi singgah ka rumah Si sutan mudo.. si sutan mudo Singgah ka rumah.. hai si sutan mudo.. si sutan mudo Bia habih hai bialah tandeh yo kanduang oi Hati den kanai.. hai kaba'a juo.. kaba'a juo Hati den kanai.. hai kaba'a juo.. kaba'a juo Indak dapek hai musim manyiang, ya tuan hai.. Musi