Posts

HARI 1/2025 - SELAMAT TAHUN BARU 2025 / REJAB 1446 HIJRAH

Image
Assalamualaikum  Tahun 2025 baharu saja membuka tirai menandakan berlalunya tahun 2024. Malah, bulan Rejab 1446 terlebih dahulu menjengah sebaik saja masuk waktu Maghrib pada 31 Disember 2024. Tahun 2024 merupakan tahun suka duka. Suka kerana bersyukur Tuhan kurniakan rezeki-rezeki yang tak disangka. Duka kerana diuji dengan pelbagai perkara yang menyemakkan, terutama hal tempat kerja. Ada plot-memplot, adu domba, tikam belakang dan pelbagai benda lagi yang  tak sepatutnya berlaku di tempat kerja. Aku berdoa semoga Tuhan-ku selamatkan daku dari politik tempat kerja serta mereka-mereka yang zalim dan berniat jahat di tempat kerja pada tahun 2025 ini. Moga Tuhan kurniakan aku ketenangan dan lindungi aku dari mereka yang zalim di tempat kerja. Moga Tuhan lapangkan urusan-ku dan mengurniakan aku kebahagian bersama keluarga tercinta untuk selamanya di atas muka bumi ini. Tahun 2025 ini juga akan menyaksikan aku melangkah ke umur 40 tahun. Walaupun masih ada 363 hari lagi untuk samp...

HARI 347/2024 - If You're Not the One

Image
Assalamualaikum  Terdengar lagu nyanyian Daniel Bedingfield - If You're Not the One malam ini membuatkan aku mengimbau kenangan 21 tahun yang lepas semasa berada di tahun asas di UNITEN. Ada seorang housemate di kampus ketika itu, Arma namanya. Ini lah lagu yang diputar berulang-ulang di komputer beliau setiap malam. Aku yang ketika itu baru berumur 17 tahun lebih amat mengigati lagu ini kerana pengulangan tersebut. Pada ketika itu mungkin Arma sedang giat dilamun cinta.. ha ha ha.... Yang membuatkan aku terimbau adalah situasi yang sama iaitu, di waktu aku dengar lagu itu 21 tahun yang lalu, aku sebenarnya sedang menyiapkan assignment yang diberikan lecturer. Kendatipun pada hari ini "assignment" yang aku sedang lakukan di malam hari ini bukan diberi oleh lecturer, aku masih merasa suasana yang sama. Aku pernah muda, aku juga punya perasaan. Sebenarnya sewaktu aku mendengar lagu ini 21 tahun lepas, aku juga sedang menaruh harapan kepada seseorang. Bagi aku, dia adalah ci...

Hari 171/2024 - Apa yang diberi perlu disyukuri

Image
Assalamualaikum  Raya Haji 2024 Tibalah masanya pada ketika ini aku mencoret kisahku pada blog keramat ini... Haha... Telah hampir 21 tahun usia blog ini, ada satu ketika aku berblog hampir setiap hari dan ada satu ketika tiada satu entry pun dalam tempoh masa 2-3 tahun yang ku nukilkan ke blog ini... ahakss... Sehingga satu ketika aku kembali semula ke daerah ini yang dulunya meriah, kini menjadi tempat umum yang sangat peribadi dan menenangkan buatku... Pada ketika itu aku berjanji untuk mengemaskini blog ini sekurang-kurangnya 1 kali setahun. Tahun 2024, apa update keadaan diriku?: Pada 2023 Tuhan kurniakan daku putera yang kedua. Alhamdulillah kini berusia setahun dua bulan, membesar dengan sihat Pada 2024, puteraku yang sulung telah berjaya naik pentas selepas setahun berada di PPKI atas pencapaian akademik yang terbaik bagi sesi 2023 (mengikut standard yang sesuai dengannya) Pada 2024 ini juga aku dipersilakan naik ke pentas menerima sijil penghargaan di atas pencapaian cemer...

Hari 11/2023 - Sol, Puteri Sarah & Ira : Kisah Poligami

Image
Assalamualaikum  Tengok tajuk pun dah tahu dah apa cerita. Ceritanya si Syamsul Yusof kawin dengan Ira Kazar dengan keadaan isteri pertama beliau, Puteri Sarah Liyana tidak merestuinya. Maka hebohlah warga netizen Malaysia, samada team Sol atau team Puteri Sarah. Rata-rata orang perempuan yang beremosi akan pilih Puteri Sarah dan lelaki pula pilih Sol. Tapi ada juga orang perempuan yang berfikir sedikit logik dan tidak melebihkan Puteri Sarah dalam hal ini. Di media sosial juga Puteri Sarah menceritakan betapa beliau telah di-'block' daripada menghubungi suaminya sendiri. Dia juga mendedahkan akan pergi menunaikan umrah pada 26 Januari 2023. Ramai di kalangan netizen sendiri mengharapkan beliau telah mendapat keizinan suaminya sebelum pergi menunaikan umrah tersebut. Syamsul Yusof juga nampaknya menginginkan perkara ini dapat diselesaikan dengan baik. Post IG beliau : Walaubagaimanapun, post ini tidak dapat menenangkan Puteri Sarah. Lantas keluarlah post IG balasan berikut, leb...

Hari 332/2022 - PRU-15 Malaysia: Yang terjadi, benar telah terjadi

Image
Assalamualaikum  Semua orang tahu apa telah terjadi pada Pilihanraya Umum Malaysia kali ke-15 yang telah diadakan pada 19 November 2022 yang lepas. Aku mudahkan seperti berikut, berdasarkan pemerhatian aku sendiri: 1. Undi 18 dan pengundi muda yang hadir dengannya banyak mempengaruhi keputusan luar jangka. Tangkap layar dari laman myundi pada 28/11/2022 2. Antaranya, kejatuhan 'Giants' dan 'Legends' di arena politik tanah air, sekadar memetik beberapa nama : Tun M, Mukhriz, Azmin, Ku Nan, Nurul Izzah, KJ, Saifuddin Nasution, Tok Met, Zuraida, Maszlee, Ku Li dan lain-lain lagi. "Giants" parti Pejuang yang kalah. Sumber: https://www.myundi.com.my  3. Hatta, para pendukung NGO dan artis-artis yang cuba diketengahkan oleh parti politik seperti Ahmad Idham, Lando Zawawi, Eizlan Yusof, Rani Kulop, Jurey Rosli juga kalah di tempat masing-masing. Eizlan Yusof, Ahmad Idham, Lando Zawawi. Sumber gambar : https://ohmymedia.cc/eizlan-yusof-ahmad-idham-lando-zawawi-antara-...

Hari 271 / 2022 - Kerana Percayakan Siti

Image
Assalamualaikum  Gegar Vaganza musim 2022 kembali lagi. Boleh aku katakan, aku minat program ini sebab para peserta akan diberi tugasan untuk menyanyikan lagu-lagu lama yang pernah popular pada satu ketika dulu. Antara lagu yang aku minat dan ada pada musim kali ini ialah lagu Exist, "Kerana Percayakan Siti". Lagu ini diberikan kepada Asheed Def-Gab-C dan beliau membawanya dengan sungguh baik sekali. Mendengar sekali arrangement yang dibuat, teringat lagu-lagu rock J-Pop zaman 2000-2005. Terasa ada vibe yang sama. Mungkin juga ada vibe "School of Rock" sebab gaya Asheed dah macam Jack Black dah aku tengok! Hahaha.... Dah pasti kita semua ramai kenal orang yang namanya ada "Siti". Aku pun sama, sejak dari sekolah rendah sampai sekolah menengah, sampai ke tempat kerja pun ada je siti-siti. Persoalannya, adakah Siti-Siti ini boleh dipercayai? Hahaha! Bagi aku, ada seorang yang termasuk kategori di atas, yang aku percaya, memberikan semangat kepada aku dalam ...

Hari 255 / 2022 - Idea yang kamu belum mahu nyatakan sendiri, simpankan sendiri dengan baik-baik, jangan dikongsi dengan makhluk yang tidak wajar....

Image
Assalamualaikum  Ini suatu peringatan buat semua yang membaca. Jika anda ada buah fikiran yang baik dan hebat, jangan kongsi dengan orang lain, sehinggalah kamu yakin dan dengan kehendak kamu sendiri, ingin mengetengahkan idea tersebut. Alkisahnya di dalam dunia ini, ada satu jenis makluk di kalangan makhluk bernama insan yang suka mendengar idea orang lain, lalu menggunakan idea tersebut untuk diketengahkan kepada khalayak yang layak diperdengarkan idea tersebut. Jika si makhluk ini menyebut bahawa ini ialah idea asal dirimu, maka mungkin lah kamu boleh menerimanya. Tetapi makluk ini adakala mengangkat idea tersebut seolah-olah ia lah yang memikirkan di atas batu jemalanya sendiri akan idea tersebut. Maka berbondong-bondonglah pujian, kata-kata manis dan ta'asub melampau akan diterima oleh makhluk tadi di atas idea kamu yang ia ketengahkan seolah ideanya sendiri. Kamu pula akan disalah erti malah tidak dipandang seolah-olah kamu tiada keberhasilan membuat sebarang pekerjaan mahupu...