Skip to main content

Posts

HARI 347/2024 - If You're Not the One

Assalamualaikum  Terdengar lagu nyanyian Daniel Bedingfield - If You're Not the One malam ini membuatkan aku mengimbau kenangan 21 tahun yang lepas semasa berada di tahun asas di UNITEN. Ada seorang housemate di kampus ketika itu, Arma namanya. Ini lah lagu yang diputar berulang-ulang di komputer beliau setiap malam. Aku yang ketika itu baru berumur 17 tahun lebih amat mengigati lagu ini kerana pengulangan tersebut. Pada ketika itu mungkin Arma sedang giat dilamun cinta.. ha ha ha.... Yang membuatkan aku terimbau adalah situasi yang sama iaitu, di waktu aku dengar lagu itu 21 tahun yang lalu, aku sebenarnya sedang menyiapkan assignment yang diberikan lecturer. Kendatipun pada hari ini "assignment" yang aku sedang lakukan di malam hari ini bukan diberi oleh lecturer, aku masih merasa suasana yang sama. Aku pernah muda, aku juga punya perasaan. Sebenarnya sewaktu aku mendengar lagu ini 21 tahun lepas, aku juga sedang menaruh harapan kepada seseorang. Bagi aku, dia adalah ci...
Recent posts

Hari 171/2024 - Apa yang diberi perlu disyukuri

Assalamualaikum  Raya Haji 2024 Tibalah masanya pada ketika ini aku mencoret kisahku pada blog keramat ini... Haha... Telah hampir 21 tahun usia blog ini, ada satu ketika aku berblog hampir setiap hari dan ada satu ketika tiada satu entry pun dalam tempoh masa 2-3 tahun yang ku nukilkan ke blog ini... ahakss... Sehingga satu ketika aku kembali semula ke daerah ini yang dulunya meriah, kini menjadi tempat umum yang sangat peribadi dan menenangkan buatku... Pada ketika itu aku berjanji untuk mengemaskini blog ini sekurang-kurangnya 1 kali setahun. Tahun 2024, apa update keadaan diriku?: Pada 2023 Tuhan kurniakan daku putera yang kedua. Alhamdulillah kini berusia setahun dua bulan, membesar dengan sihat Pada 2024, puteraku yang sulung telah berjaya naik pentas selepas setahun berada di PPKI atas pencapaian akademik yang terbaik bagi sesi 2023 (mengikut standard yang sesuai dengannya) Pada 2024 ini juga aku dipersilakan naik ke pentas menerima sijil penghargaan di atas pencapaian cemer...

Hari 11/2023 - Sol, Puteri Sarah & Ira : Kisah Poligami

Assalamualaikum  Tengok tajuk pun dah tahu dah apa cerita. Ceritanya si Syamsul Yusof kawin dengan Ira Kazar dengan keadaan isteri pertama beliau, Puteri Sarah Liyana tidak merestuinya. Maka hebohlah warga netizen Malaysia, samada team Sol atau team Puteri Sarah. Rata-rata orang perempuan yang beremosi akan pilih Puteri Sarah dan lelaki pula pilih Sol. Tapi ada juga orang perempuan yang berfikir sedikit logik dan tidak melebihkan Puteri Sarah dalam hal ini. Di media sosial juga Puteri Sarah menceritakan betapa beliau telah di-'block' daripada menghubungi suaminya sendiri. Dia juga mendedahkan akan pergi menunaikan umrah pada 26 Januari 2023. Ramai di kalangan netizen sendiri mengharapkan beliau telah mendapat keizinan suaminya sebelum pergi menunaikan umrah tersebut. Syamsul Yusof juga nampaknya menginginkan perkara ini dapat diselesaikan dengan baik. Post IG beliau : Walaubagaimanapun, post ini tidak dapat menenangkan Puteri Sarah. Lantas keluarlah post IG balasan berikut, leb...

Hari 332/2022 - PRU-15 Malaysia: Yang terjadi, benar telah terjadi

Assalamualaikum  Semua orang tahu apa telah terjadi pada Pilihanraya Umum Malaysia kali ke-15 yang telah diadakan pada 19 November 2022 yang lepas. Aku mudahkan seperti berikut, berdasarkan pemerhatian aku sendiri: 1. Undi 18 dan pengundi muda yang hadir dengannya banyak mempengaruhi keputusan luar jangka. Tangkap layar dari laman myundi pada 28/11/2022 2. Antaranya, kejatuhan 'Giants' dan 'Legends' di arena politik tanah air, sekadar memetik beberapa nama : Tun M, Mukhriz, Azmin, Ku Nan, Nurul Izzah, KJ, Saifuddin Nasution, Tok Met, Zuraida, Maszlee, Ku Li dan lain-lain lagi. "Giants" parti Pejuang yang kalah. Sumber: https://www.myundi.com.my  3. Hatta, para pendukung NGO dan artis-artis yang cuba diketengahkan oleh parti politik seperti Ahmad Idham, Lando Zawawi, Eizlan Yusof, Rani Kulop, Jurey Rosli juga kalah di tempat masing-masing. Eizlan Yusof, Ahmad Idham, Lando Zawawi. Sumber gambar : https://ohmymedia.cc/eizlan-yusof-ahmad-idham-lando-zawawi-antara-...

Hari 271 / 2022 - Kerana Percayakan Siti

Assalamualaikum  Gegar Vaganza musim 2022 kembali lagi. Boleh aku katakan, aku minat program ini sebab para peserta akan diberi tugasan untuk menyanyikan lagu-lagu lama yang pernah popular pada satu ketika dulu. Antara lagu yang aku minat dan ada pada musim kali ini ialah lagu Exist, "Kerana Percayakan Siti". Lagu ini diberikan kepada Asheed Def-Gab-C dan beliau membawanya dengan sungguh baik sekali. Mendengar sekali arrangement yang dibuat, teringat lagu-lagu rock J-Pop zaman 2000-2005. Terasa ada vibe yang sama. Mungkin juga ada vibe "School of Rock" sebab gaya Asheed dah macam Jack Black dah aku tengok! Hahaha.... Dah pasti kita semua ramai kenal orang yang namanya ada "Siti". Aku pun sama, sejak dari sekolah rendah sampai sekolah menengah, sampai ke tempat kerja pun ada je siti-siti. Persoalannya, adakah Siti-Siti ini boleh dipercayai? Hahaha! Bagi aku, ada seorang yang termasuk kategori di atas, yang aku percaya, memberikan semangat kepada aku dalam ...

Hari 255 / 2022 - Idea yang kamu belum mahu nyatakan sendiri, simpankan sendiri dengan baik-baik, jangan dikongsi dengan makhluk yang tidak wajar....

Assalamualaikum  Ini suatu peringatan buat semua yang membaca. Jika anda ada buah fikiran yang baik dan hebat, jangan kongsi dengan orang lain, sehinggalah kamu yakin dan dengan kehendak kamu sendiri, ingin mengetengahkan idea tersebut. Alkisahnya di dalam dunia ini, ada satu jenis makluk di kalangan makhluk bernama insan yang suka mendengar idea orang lain, lalu menggunakan idea tersebut untuk diketengahkan kepada khalayak yang layak diperdengarkan idea tersebut. Jika si makhluk ini menyebut bahawa ini ialah idea asal dirimu, maka mungkin lah kamu boleh menerimanya. Tetapi makluk ini adakala mengangkat idea tersebut seolah-olah ia lah yang memikirkan di atas batu jemalanya sendiri akan idea tersebut. Maka berbondong-bondonglah pujian, kata-kata manis dan ta'asub melampau akan diterima oleh makhluk tadi di atas idea kamu yang ia ketengahkan seolah ideanya sendiri. Kamu pula akan disalah erti malah tidak dipandang seolah-olah kamu tiada keberhasilan membuat sebarang pekerjaan mahupu...

Hari 105/2022 - NOTA RAMADHAN : Jangan Bersumpah Dengan Nama Allah Sesuka Hati

Assalamualaikum  2:224 وَلَا تَجْعَلُوا۟ ٱللَّهَ عُرْضَةًۭ لِّأَيْمَـٰنِكُمْ أَن تَبَرُّوا۟ وَتَتَّقُوا۟ وَتُصْلِحُوا۟ بَيْنَ ٱلنَّاسِ ۗ وَٱللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌۭ ٢٢٤ Do not use Allah’s Name in your oaths as an excuse for not doing good, not guarding against evil, or not making peace between people. And Allah is All-Hearing, All-Knowing. — Dr. Mustafa Khattab, the Clear Quran (Dan janganlah kamu jadikan nama) Allah dalam sumpah kamu sebagai benteng yang menghalangi kamu daripada berbuat baik dan bertaqwa, serta mendamaikan perbalahan antara sesama manusia. Dan (ingatlah), Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa mengetahui. — Abdullah Muhammad Basmeih Al-Baqarah, ayat 224 Banyak orang bersumpah macam-macam. Tapi yang bahaya bila sumpah dengan menyebut nama Allah untuk taknak buat benda kebaikan. Contoh sumpah, " Demi Allah aku takkan pergi berjemaah di masjid selagi mana ajk-ajk fulan, fulanah ini masih berkhidmat di masjid ini... " walhal perkara pergi ke masjid tersebut ada...