Salam, Masakan malam itu enak sekali. Abang Mat yang sedang menjamu selera sendawa kekenyangan. "Burrpp.. Alhamdulillah..." Cepat-cepat dihabiskan kunyahan nasi di dalam mulut. Abang Mat lantas bangun ke sinki untuk membasuh tangan dan pinggan ditinggalkan di dalam sinki. Selesai membasuh tangan, Abang Mat meneguk segelas air yang disediakan oleh isteri beliau, Kak Senah. "Ok la Nah, abang nak pi depan sat.. tengok bola Kedah lawan Pahang ni..." "Haa.. " - Ringkas jawapan oleh Kak Senah sambil menguis-nguis sisa-sisa lauk untuk dihabiskan kerana tidak mahu membazir. Ali anak Abang Mat melihat gelagat ayahnya. Berusia 9 tahun, Ali bercita-cita menjadi pemain bola sepak dan sejak dari kecil lagi diasuh oleh ayahnya untuk meminati permainan tersebut. Seperti ayahnya juga, beliau tidak sabar-sabar lagi ingin menonton siaran langsung perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kedah dan Pahang di kaca tv. "Brushhhh......." - Bunyi pili air dibuka dengan de...
Inilah Kehidupan... Ada Dugaan, Rintangan Dan Cabaran... Penuh Perancangan... Namun Tuhan Yang Menentukan... Tuhan Rabbul 'Alamin..