Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2008

Sudah jauh daku mencari...

Assalamualaikum.. "Sudah jauh daku mencari.." merupakan bait awal sebuah lagu klasik yang sering diputarkan di Klasik Nasional. Buat pengetahuan semua, semenjak kebelakangan ni, aku lebih gemar mendengar radio Klasik Nasional, "Segalanya di sini menggamit memori..". Aku sendiri pun tidak tahu sebab apa jadi macam tu. Mungkin jiwa aku sekarang ni memerlukan lagu-lagu zaman klasik yang agak slow dan mendayu.. mungkin jugak ianya salah satu cara untuk aku berasa dekat dengan keluarga (ibu dan ayah aku minat lagu-lagu lama, klasik & 60 an) ataupun memang aku saja nak tukar angin, al-maklumlah, aku ni peminat lagu yang universal. Ikut mood, kadang-kadang masuk lagu rock, kadang-kadang nasyid, kadang-kadang lagu klasik. Pokoknya, mana yang 'masyuk' di hati masa tu, itulah yang aku suka dengaq... Tapi aku bukan nak mengomel pasal tabiat aku dan genre muzik yang aku minat. Aku nak berkongsi lah satu 'maklumat ringkas' mengenai bait lagu di atas. Lagu ter...

Timbang Politik berasaskan keadilan

Salam.. Ni cuma nak berkongsi satu artikel yang ditulis oleh Ust. Ridhuan Tee Abdullah. Sedikit sebanyak apa yang disampaikan beliau ada benar dan kewajarannya. Marilah kita sama-sama baca dan faham, apa dan kenapa kita tidak boleh samakan keadaan politik di luar negara sama dengan politik di tanah air tercinta ini.. -------------------------------- Timbang politik berasaskan keadilan Oleh MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH KENAPAKAH setelah lebih daripada 50 tahun merdeka kita masih gagal untuk melahirkan masyarakat berbilang kaum yang meletakkan kepentingan nasional di hadapan? Inilah perkara yang mesti dikaji dan diuji oleh pemimpin-pemimpin hari ini agar jangan terlalu sibuk berpolitik sehingga melupakan atau sengaja melupakan kepentingan masa hadapan atau kepentingan negara secara keseluruhan.  Kenapakah kita tidak belajar daripada negara jiran terdekat seperti Thailand dan Indonesia yang berjaya menanamkan semangat kebangsaan dan patriotik yang tinggi kalangan rakyat mereka berbilang kaum...

Felt like a "Commando" ;)

Salam... tag lagi, kali ni Jep plak.. hahaha.. 1.Do you have a facebook? Tak ade... aku pengguna friendster yang tegar dan ortodoks.. lol.. hehe.. . 2.It's 4 in the morning, your phone rings who do you expect it to be? Maybe from my Mom.. kejutkan bangun sahur gamaknye.. huhu.. . 3.What do you think your best friends doing right now? It's 11.11 AM Sunday Morning! Sleeping would be the best answer i guess.. :)) . 4.How old do you think you will be when you finally have kids? Hurm... tak tau la.. mungkin 27? 28?.. ermm.. . 5.Who was the last friend in your house? Errr... paan, hanes, abu... derang ni dok serumah ngan aku.. hahaha... . 6.Can a girl and a guy be best friends with out having feelings for each other? Yes, why not? But there must be a clear understanding from the beginning! . 7.Have you had your birthday yet this year? Not yet, still 22.. lalalala.... =P . 8.Have you kissed someone this month? Urmm.. let see... November... nope! ;) . 9.Last place you went shopping? M...

Sepetang di Telok Kemang..

Salam.. Kali ni nak cerita pasal aku pi Port Dickson (PD) buat pertama kali dalam hidup aku. Sebelum ni aku tak pernah sampai pun. Tapi hari ni entah macam mana, tanpa perancangan pun, tiba-tiba saja rasa nak pegi jalan-jalan. Mungkin disebabkan oleh tekanan yang aku hadapi sejak kebelakangan ini. Stress yang melanda di jiwa membuatkan perasaan tidak senang dan resah. Jadi 'makan angin' mungkin boleh membantu meredakan ketegangan yang melanda dan boleh membuatkan aku kurang memikirkan perkara-perkara yang mengganggu fikiran dan jiwa ini. Pantai yang kami singgah di PD kali ini ialah di Pantai Telok Kemang. Bergerak selewat jam 6 petang, aku yang ditemani Miji, sampai 45 minit kemudian. Keadaan pada masa tu agak meriah dan mendamaikan. Kedatangan kami bagaikan disambut oleh penari-penari yang sedang berlatih tarian zapin. Kelihatan anak-anak disamping ibu bapa bersiar-siar mengambil angin yang sedang garang meniup. Anak-anak muda beserta rakan-rakan bergembira dan menikmati suas...