Guru Oh Guru...

Assalamualaikum...

Bersempena hari guru, terimalah..

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.


GURU OH GURU

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum manjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

*Nukilan SN Dato Usman Awang*

Selamat Hari Guru diucapkan kepada seluruh guru-guru, termasuk bakal guru, bekas guru, para lecturer dan para ustaz-ustazah di Malaysia... Terima Kasih cikgu! :)

Wassalamualaikum..

Ucapan khas Selamat Hari Guru dutujukan kepada :
- Abang Wadi, sepupu aku yg la ni dok ngajaq di SK Sri Andalas.. hehe..
- Guru-guru SMK Sultan Badlishah Kulim, especially yg ngajaq aku thn 1998-2002
- Guru-guru SK Sri Limau, yg aku bersekolah dr 1992-1997
- Guru-guru Tadika Perpaduan Kelang Lama.. hehe.. ni sesi 90/91 dulu..
Hanya Allah yang dapat membalas jasa cikgu semua..

Comments

Popular posts from this blog

Tafsir Pimpinan Ar-Rahman

Sudah jauh daku mencari...

Another Year.... 2017