Gay? Hudud? Ha Ha?

Salam,

Tadi tengahari lebih kurang jam 11 - 12 lebih, ada sesi soal jawab antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan para pengguna Yahoo! Malaysia. Aku sempat capture beberapa perkara yang aku rasa menarik untuk kita semak semula.

1. Soal Gay / Lesbian / Seumpamanya
Seorang ahli chatting menanyakan soalan samada golongan ini semua (gay, lesbian, Bi-Sex, Pondan, etc) akan tidak di-diskriminasi sekiranya Pakatan Rakyat memerintah Malaysia. 

Gay?
JAWAP ANWAR : Kita mengambil berat kepentingan keluarga dan perkahwinan. TETAPI, kita tidak seharusnya mengganggu dan mendiskriminasi orang lain.

Komen Aku : Adakah dalam erti kata lain, gay, lesbian, bi-sex, pondan ni semua ok je x perlu buat apa2?


2. Soal Hudud
Seorang lagi ahli chatting bertanyakan samada HUDUD akan dilaksanakan sekiranya beliau menjadi PM.

Apa hudud-hudud? Tarak-tarak...

JAWAP ANWAR : Kita mesti faham objektif maqasid syariah. Keutamaan kita ialah keselamatan, kebebasan, dan keadilan bagi seluruh rakyat Malaysia.

Komen Aku : Kenapa jawapan Anwar ni mcm jawapan UMNO? Ape dah jadi dengan PAS dalam Pakatan? Adakah sticker kereta "KAMI MAHU HUDUD" yang popular pada 90 an dulu kini sudah tiada dalam matlamat PAS?


3. Soal Ha Ha!
Bila ditanyakan destinasi percutian pilihan beliau antara pergunungan dan pantai....

Pantai sedap you alls!


JAWAP ANWAR : Saya lebih gemarkan pantai. Ketenangan dan kedamaian. Lain-lain ha ha!

Komen Aku : Hehe... Aku cuma recognize ha ha! ni.. Dia pernah tulis dengan gaya yang sama dalam e-mel balas kepada Saiful Bukhari dulu... X de isu, cuma aku rasa cam "huhuhu... ape la ha ha tu yer... ;p"

Klik untuk besarkan

4. Soal Tun M
Bila ditanya mengenai Tun M..

Tun M memang kuat kerja, bukan macam hang nuart oii.. hahaha...

JAWAP ANWAR : Dr. M kuat disiplin dan kerja.....

Komen Aku : Ini bukti bahawa Tun Mahathir memang seorang yang berdisiplin dan rajin bekerja. Sebab tu Malaysia boleh maju bawah beliau. Hehehehe... Kalau tak kerana disiplin dan kerajinan Tun M termasuk mempelajari selok-belok ekonomi, dah tentu dulu kita termakan umpan IMF untuk dijadikan hamba abdi yang sedia menurut kata mereka bak lembu dicucuk hidung akibat kelemahan seorang Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri ketika itu yang berkiblatkan barat!

He he he!

Ini je aku nak ulas hari ni... Untuk full punya conversation, sila rujuk di bawah :

Klik untuk besarkan
Wassalamualaikum!

Comments

Himura Hazezy said…
Dr. M seorang yang kuat kerja, Anwar seorang yang kuat mengata.

Bila tanya soal Hudud, Anwar tanya sama itu hud-hud.

Kalau kita tgk dari dulu, nampak jelas Anwar ni seorang yg tidak konsisten. Pendapat dia selalu berubah, aka. flip-flop.
Azhar said…
Flip Flop ~ Bagi aku anwar ni talam 10 muka......
Himura Hazezy said…
talam 10 muka... pun boleh jugak

Popular posts from this blog

Tafsir Pimpinan Ar-Rahman

Sudah jauh daku mencari...

Another Year.... 2017