Skip to main content

Posts

Showing posts from 2007

It turns 22.... and the journey continues..

Salam.. Hi all.. When I woke up this morning, I noticed that there are couple of messages in my phone inbox.. when I read it, I'm kind of thinking... "So... already here huh? 22?.. Alhamdulillah..still alive.." Yerp, it turns out to be 22 today, my age... it's my birthday.. the messages are the wishes from my friends... I am one step further of my age and there is still a lot to discover, if permitted by God. I never think I would end like this.. working far away from my family, in a 'big' office with those responsibilities and tasks ahead. What I dream was to get a simple job, living with my family and have my own family soon. But what can I say, it's not like that and not easy as what I've dreamt of.. It's more challenging than what I expected before. And yet, new year is coming just less than 48 hours now... It means that we all will become older, seeking to accomplished what we have plan for this year. For me, 2007 had give some significant imp

Coming Soon... :) [ *Updated!!! :))))))) *]

Salam... Meh tgk ni dulu.... All The "Ugly" Spyshots... ni tgh testing neh... huhu... Puas? tak puas? tgk ni plak..... Artist's Impression Lagi..... Design Studio... :P Final Testing???? Ready to hit the road? Can this image be considered as the most likely to be "it"? *Thanks to paultan.org... semua gambaq dan link gambaq di ambik dr page: http://paultan.org/archives/2007/12/11/proton-blm-spyshots-a-recap Haaa... agak2 tahu tak mende nih? tau kan... ni ler yg dok heboh2 "Proton BLM" @ "Savvy Sedan"... spec? sori, aku pon tatau... interior design?? tah.. x tau.. tp ade comment kat paultan... aku paste eh sini.. umo said, December 12, 2007 @ 11:35 am sebenarnya, saya dh naik keta ni.. mmg luas kat dlm.. nampak je kecik.. audio, dari clarion.. meter, siemens vdo.. enjin campro 1.3.. enjin ni kitorang panggil enjin IAFM.. ada sesuatu yg istimewa kat enjin ni.. rasai lah sendiri nnt, saya dh try dh.. keta ni kalu 32000.. mmg dh bole beli sgt dh..

'Aidil Adha 1428

Salam.. Selamat menyambut Aidil Adha.. disebalik kegembiraan dan kesibukan dalam menjalani ibadah korban, jangan kita lupa korban penjajahan penjajah Amerika tahun lepas, selain rakyat Iraq dan para pejuang Islam... Allahyarham Saddam Hussein - Tanggal 10 Zulhijjah 1427 bersamaan 30 Disember 2007, maka putuslah roh dari jasad seorang manusia bernama Saddam Hussein al-Majid al-Tikriti, akibat kerakusan penjajah yg amat benci kepada beliau... Inilah akibatnya jika umat Islam lemah, tidak dapat membantu sesama sendiri, asyik bersengketa dan berpecah belah.... akhirnya negara tergadai, maruah tercemar, bumi terjajah, umat Islam terus merana! Selamat tahun baru 2008 juga diucapkan kepada saudara saudari.. bertambah sthn lg umur.. dah tua plak rasa.. isk isk...... apa bleh buat, masa itu sentiasa ke depan, tiada apa yg tinggal dibelakang.. hanya kenangan yg boleh dikenangi, bukan realiti untuk dirasai! Berdoalah kita mudah2an tahun 2008 akan membawa perubahan besar kepada kita, terutama umat

Disember mai dah...

Salam.. Heheee.. sedaq tak sedaq Disember dah mai balik noo... sebenaqnya, bulan Disember ni merupakan bulan yg penoh bermakna buat aku.. boleh kata penting la bulan Disember ni... salah satunya adalah 1 Disember, 24 thn yg lalu.. kalau x dak hari tu, rasa-rasa aku x dak la kat dunia ni.. hehe.. itulah hari mak ngan bapak aku diijabkabulkan... hehe.. so selamat menyambut hari ulang tahun yg ke 23 yer kat mak ngan bapak.. semoga berbahagia hingga ke akhirnya.. hehee.. Dan lagi, tarikh 1 Disember ni gak dikongsikan dengan kelahiran blog aku neh.. dah masuk 4 tahun dahhhh.. hahaa... mula menulih dalam ni pada 1/12/2003, tak sangka plak bleh menulih lagi sampai la ni dalam ni... start dr zaman masuk U, sampai la zaman gheja la ni.. hehe.. kawan2 pon ramai yg aku kenai bila depa dok baca blog ni.. so aku nak ucapkan terima kasih la kat kawan2 yg sudi luang2kan masa kosong hampa ntuk mai baca blog aku ni nooo.. heheee.... Dan sememangnya ada lagi 2-3 event yg aku rasa penting dlm hidup aku m

Sabar

SABAR Definisi Sabar - Apa itu sabar? Sabar merupakan sifat berhemat yang memberi keupayaan untuk menahan diri daripada bertindak mengikut naluri dan emosi, yang mana tindakan itu salah, tidak sesuai dengan masa dan mengakibatkan kerugian dan kekesalan. Sabar dapat dinilai dari 3 aspek atau konteks yang berlainan. Orang yang sabar adalah orang yang : a) menahan kemarahan dan meletakkan kemarahannya pada tempatnya b) sentiasa dapat menahan dirinya daripada desakan untuk menggunakan kemewahan, kesenangan dan kuasa yang ada padanya di luar batasan undang-undang dan peraturan yg ada. Sebagai contoh, penyalahgunaan kuasa dan rasuah. c) Tidak berputus asa dan kecewa sekiranya menghadapi kesusahan dan kesulitan dari segi kebendaan, penindasan mahupun penghinaan. Dalam erti kata lain, orang yang sabar tidak mudah melakukan sesuatu yang kurang bijaksana seperti membunuh diri, mengamuk, memberontak dan sebagainya. Diantara 3 aspek/konteks yang dibincangkan, yang paling mudah untuk menghad

Quickiee~~

Salam.. Just a quick update kali ni.. demi memenuhi permintaan akak tersayang , (lol)... nak main-main tag plak dah dia ni... So untuk tidak menghampakan beliau dan untuk membuktikan aku bukan jenih ngelat, inilah dia re-post menda yang lebih kurang sama ... tajuk je lain, tapi isinya sama aja yaaa~~ ~8 random facts/habit about me.~ 1.Math vs History Aku budak aliran sains mase skolah tp x score plak subject science.. instead aku lagi suka subjek sejarah ngan geografi... aku lg suke bace buku sejarah 100-200 pages dr buat latihan matematik 5-6 muka surat 2. Kerja betul vs Kerja main2 Kadang2, mase aku wat keje yg betul2 (cth yg assignment,projek) susah sgt aku nak wat.. research jd malas, coding jd malas, try n error lg malas.. tp kalo wat keje2 yg atas minat sendiri, rajin plak aku.. spend masa 4-5 jam just ntuk mende2 kecik.. sanggup research, try n error.. (cth, design blog, friendster, winamp status, forum.. blablabla lg mende2 lagho..) 3.Keputusan : Planned vs Spontaneous Keputus

"Eh, bukan kot...."

Salam... Aaaaa... pulak dahhhh...... Tu la reaksi aku bila pi re-check kat doktor masa kat Klinik Kesihatan Kulim... disebabkan aku rasa aku perlu masa ntuk berubat demam campak aku nih secara tradisional, so aku pi check balik kat doktor, supaya leh dpt lebih leave, so leh la aku di kuarantin, memandangkan hari ke 5-7 ni, kalau campak dia akan mula berjangkit.. Jadi, aku pon masuk la jumpak dr pas register semua.. aku habaq la kat dia perihal aku jumpa doktor masa kat Putrajaya, test darah pa semua.. dia dengaq2.. then dia soh aku tunjuk bintik2 tu, so aku tunjuk la.. dia kata "tak macam campak pon..." gaaaaa... apa kes... so aku tanya la dia, maybe bukan chickenpox, tapi shingles.. Shingles? pon bukan dia cakap.. dia cakap, kalau shingles ni org cina kata kena 'ulaq'.. (btw, dr ni chinese...).. aaaaa.. lagi skali aku tekejut, ingatkan herpes zoster.. dia kata bukan plak.. so aku argue la lagi, kata maybe tanda2 tu dah mula ilang sbb aku dok makan ubat dan sapu ubat

"Herpes Zoster" ke?

Salam.. Alkisahnyer... semalam sebelum aku balik KL, aku rase pening2... bile makan panadol, ok.. then pening lagik, telan lagi 2 bijik panadol, ok... isk isk... nak demam dah ni.. so aku pon balik le KL jugak dgn bekal2 ubat yg mak aku bagi... Sesampai kat umah sewa aku tuh, aku pon cepat2 la mandi, sbb nak kena masuk ofis.. walaupun dah lewat, tp mesti kena pi jugak.. lg pon bos dah tau yg aku mmg akan smp lewat sket... dah ckp awai2... masa dok mandi2 tu aku perasan badan aku naik bintik2 merah penoh.. isk isk.. apo kono badan den ni.. aduih laa... so aku pon cepat2 siap, pi ofis.. then smp sana mintak kebenaran bos pi check doktor kat Klinik Kesihatan Putrajaya.. Sampai kat klinik, lepas registration semua, aku pon jumpa le doktor... dr pon check la apa yg patut... tekanan darah semua ok... check suhu badan, 38 darjah.. demam la tu.... kendian aku bgtau la pasai bintik2 merah tuh... tgk2 dia saspek samada denggi atau campak.. adeh...... so aku kena pi test darah plak... bila dah am

Yeay, dapat connection! ^_^

Salam.. Hehe.. yeye, akhirnya dapat connection internet.. LOL tp ni sebab aku balik kampung beraya lah... kat umah sewa aku di BBB tuh masih x dak lagi connection sbb dlm bulan depan maybe aku akan pindah pi umah leh len plak... so, dalam masa dok ada connection 2-3 hari ni, aku lenjan la puaih2 internet... update friendster la, donlod lagu la.. movie laa.. hehe.. Dan dalam mood raya camni, aku skali lagi nak mohon maaf apa yg patut la noh... thn ni x byk pi bejalan umah memember.. habuan thn lepaih beraya sakan kot.. apa pon, umah sedara mara tu ada la sampai.. hehe.. dan thn ni satu benda yg best adalah first time aku berasa bagi duit raya kat org.. huhuhu... banyak jugak eh yg keluaq.. tapi nak ikotkan, kalo dah rezeki tu, elok2 la kita kongsi dgn yg memerlukan... dahle 2-3 hari sblm raya ada org bagi duit raya lagi.. banyak pon leh tahan.. so apa salahnye kita lak pakat bagi duit raya tu kat sepupu yg kecik2, makcik2 dan anak buah.. kan? dulu kita dok dapat, la ni time kita dah kej

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1428 Hijrah

Salam Lama sungguh yer x update blog ni.. x dak kesempatan sangat skang ni nak update.. connection internet pon banyak menumpang orang punya.. jadi mmg x leh nak update selalu... Apa pon, sempena kedatangan Aidil Fitri tahun ni, sukalah kiranya aku nak mintak ampun, mintak maaf kat semua yang membaca post ni... aku ni hanya insan biasa, x terlepas dari salah dan silap.. setahun sekali kita saling bermaafan dan kira 0-0 lah senang... tutup buku lama yg buruk tu, bukak buku baru... Jadi, selamat hari raya Aidil Fitri, Maaf, Zahir Dan Batin Wassalam...

Merdeka!

Salam.. Sebelum memulakan bicara kali ini, aku nak ucapkan Takziah kepada keluarga Allahyarham Fadil Ahmad, rakan seperjuangan masa kat kampus dulu atas kembalinya beliau ke Rahmatullah lebih kurang seminggu yang lepas. Arwah yang aku kenal seorang yang baik hati, cergas orangnya dan amat 'cool' sekali. Senang sungguh bergaul dgn dia, walau kenai tak lama. Sebak rasa hati bila dapat tau dia telah meninggalkan dunia fana ni. Bagaikan baru semalam terasa bersama, namun Allah lebih menyayangi dia. Setelah koma selama 2 bulan lebih kurang, maka dia telah dijemput kembali ke Rahmatullah untuk menemui Maha Pencipta. Telah datang janji Allah kepada hamba-Nya, janji yang pasti kita semua menempuhinya. Marilah sama-sama menyedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham, moga tenang rohnya di-sana, Al Fatihah!... Haih, lama jugak x update yer... bukan apa.. kebelakangan ni agak sibuk lah jugak.. harap hari Sabtu-Ahad saja senang sikit.. Selalu lepas abis gheja, aku balik rumah dah penat2 dah..

Siri Dugaan...

Salam... Hehe.. org kata, dalam hidup ni mesti ada dugaan dan cabaran.. kalo x dak dugaan, x panggil kehidupan la kan.. hehe.. jadi, dalam hal ni, kita bila menghadapi dugaan ni mestilah sabaq banyak2 dan redho atas segala kehendak-Nya sbb manusia mcm kita ni semua hanya mampu merancang, tapi Allah jua la yg menentukan. Kalau Allah dah kata, tu, tu lah yg jadi... Allah kata dlm Surah Yaasin, "Kun, fa ya kuun.." Jadi, maka jadilah ia... Aku saja la nak cerita dugaan aku hadapi dlm 2-3 hari ni.. semua mula pada Sabtu lepaih, hehe.. spt biasa, awai2 pagi aku akan on PC dan terus connected ke internet.. Tapi pagi tu aku rasa pelik sikit sbb lampu kat router aku ni x menyala la plak.. adoih.. apa ke hal la tu.. check punya check, lampu ADSL x menyala.. ingatkan aku silap setting router ka pa.. check lagi skali tgk line telepon plak dah yg masalah.. bukan masalah roiter aku... So, aku pon apa lagi.. nak la hubungi TM.. jadi aku pon call la no 100.. baik punya call, dah tekan option

Soal Puasa Bulan Rejab, & Kelebihan Rejab

Salam, ini direct copy paste dari roudhah (http://roudhah.net , http://roudhah.wordpress.com) السلام عليكم ورحمة الله Keterangan dalam thread ini dihimpun dari pelbagai sumber ilmu. Keterangan dari segi keilmuan dari pihak saya akan diberikan kemudian. InsyaAllah. SOAL FADHILAT BERPUASA DI BULAN REJAB AL MUHARRAM DAN KELEBIHAN REJAB Berkenaan mengenai puasa sunat di bulan Rajab, terdapat segelintir manusia yang mengembar gemburkan larangan berpuasa di bulan Rejab, atau cuba menggambarkan tidak ada langsung dalil berpuasa dan beribadat dibulan Rejab, dan tidak ada kelebihan bulan Rejab berbanding bulan-bulan selainnya, ataupun sekurang-kurangnya cuba mengwas-waskan orang ramai terhadap keutamaan bulan Rejab dengan beralasankan hadits-hadits yang mengisahkan fadhilat puasa di bulan Rejab adalah dhaif dan maudhu’. Maka mereka yang melarang atau sekurang-kurangnya menimbulkan perasaan tidak senang dan cinta untuk berpuasa dan beribadat di bulan Rejab dengan alasan yang tersebut sebenarnya

Kedatangan Bulan Rejab

Salam... Hari ini, 16 Julai 2007 adalah bersamaan 1 Rejab 1428 hijrah. Kedatangan bulan rejab bagi kalangan kita menandakan bahawasanya tidak lama lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan, yg tibanya sesudah Syaaban yg tiba sesudah Rejab. Terdapat riwayat yang menyarankan kita supaya menambah amalan puasa sunat di bulan Rejab ini kerana ganjaran-ganjaran dan faedah yg ada padanya, sekadar memetik beberapa diantaranya yg selalu di forward oleh rakan2 adalah puasa sunat di bulan Rejab. Tetapi ada diantara kita mungkin akan menuduh ini sebagai bidaah kerana amalan ini tiada sandarannya dengan hadis sahih (Pendapat ini telah disanggah, klik sini untuk membaca sanggahan itu!) . Ya, mungkin juga tapi jgn lah cepat menuduh sebagai bidaah. Amalan berpuasa di bulan Rejab sesungguhnya sesuatu yg bagus kerana ia adalah amalan biasa yg dilakukan pada mana2 bulan sekalipun. Puasa sunat Isnin, Khamis adalah amalan biasa. Jadi bagi sesiapa yg belum mengamalkan, maka eloklah bermula pada bulan rejab in

Lagu nie... hehee...

Salam... Minggu lepaih aku tgk citer apa tah nama dia kat tv1 tu.... alaa.. yg citer Minang tu... Nun disana cintaku kot tajuk dia.. (amboi tajuk..huhu..) hehee... menarik jugak cerita ni sbb depa cakap bahasa Minang... seb baik ada subtitle, paham la jugak kan... yg aku suka sket kt cerita ni adalah lagu tema dia.. hehe.. cam best saja dengaq walau aku x tau makna dia yg tersurat dan tersirat camtu... nih aku jumpa kat tenet lagu dia.. ada lirik asai dan transliterasi ke bahasa Melayu, tapi aku still x dpt tangkap makna tersirat dia... hehee.. meh kita dengaq sepam lagu ni... Mudiak Arau (Edited pada 1 Disember 2009 -- Link yang lama dah rosak.. hehe..) Anak urang sabuak andaleh yo mamak oi singgah ka rumah Si sutan mudo.. si sutan mudo Singgah ka rumah.. hai si sutan mudo.. si sutan mudo Bia habih hai bialah tandeh yo kanduang oi Hati den kanai.. hai kaba'a juo.. kaba'a juo Hati den kanai.. hai kaba'a juo.. kaba'a juo Indak dapek hai musim manyiang, ya tuan hai.. Musi

You should never miss it!

Salam.. There are things in life you should not miss it. No matter how hard it is, you must do it.. no excuses at all! One of them, is.... (please watch the video) yes, you must do it if you're a Muslim... Solat is one of the five pillars in Islam.. without it, you will never be a good Muslim... Sometimes, you can't do it on the early time because of work, class, on a journey,etc.. it is ok if that is the case... Insya Allah, find just a little time to excuse your class, work or journey.. if you can't find any, pray to Allah so He could give you the time to worship Him.. Hey, i've tried this, and it works! I was in a training class that according to the schedule, i will be missing my zohor prayer.. and in my heart, i just pray, 'O Allah, help me Allah.. give some time for me to get my prayer done..' and at last, my trainer give us a relieve of 15 minutes... and i use that time to go for my prayers... Allahu Akbar! So, the bottom line is, do your prayers in any c

My First Day....

Salam... Hello everyone.. looks like it is quite a long time since this blog been updated. And now, here I am to tell a little bit of my life journey to all of you, especially my friends who always came by to read my babblings and all the stuff that i wrote. Hehehe.. i really appreciate that LOL.. Some of you might know that i've graduated from UNITEN and started to ask whether i've get a job or still looking for one. To be honest with you all, I am looking for a job, but that was back in 2 month before. For today, i had successfully hired my first job ever.. hehe.. I felt really excited about that.. after about 3 interviews with different company and different job position, finally, i've been accepted as an IT Support Analyst by a company here in Penang. The company that i worked for is actually a provider for another company (client company) which are outsourcing their Support Analyst person to cater their needs for their call centre. The client company is a big one, and

Opera... what?

Salam.. Apa tu opera? Opera adalah salah satu web browser yg the best... low memory consumption, faster loading page, irc, e-mail, rss dan macam2 lagi feature dalam satu suite. Opera bukan baru, dah lama.. dekat 10 tahun lebih dah.. tp tenggelam dek kepopularan IE dan FF... obviously, opera ni lack of marketing strategy, etc.. Tp, aku suka sgt pakai Opera ni.. laju.. skin plak bleh tukaq2, lg lawa dr FF... so, think different, be different, get Opera... Baca kelebihan dia.. / Read the key factors sedikit tambahan : hehehe.. :P hahahaha...... Wassalam... p/s : get 'Lynx' if u really want to be different.. lol...

Mimpi?

Salam.. Post kali ni ringkas jaa... cuma nak cerita pasai mimpu aku beberapa hari lepaih.. Semua bermula bila aku termain game : motocross ni tadi, aku pon teringat keadaan dlm mimpi aku tu.. mimpi aku tu camni.. aku ni dok panjat gunung... ada 2 jalan.. satu jalan susah, yakni daki dinding gunung tu, satu lagi jalan senang yg ada tangga.. so dlm mimpi tu, aku pon panjat la ikut tangga tu.. panjat punya panjat, dekat nak sampai tu aku rasa gayat... tp sampai gak la.. kat atas gunung tu rupa-rupanya ada satu dataran.. tak la luas sangat, tp buleh la.. org yang ada pon ramai.. semua pakat dok ambik gambaq... ada gaung.. dalam.. takut nampak... dan kat dataran tu, ada plak bongkah2 batu kecik, meja kayu dan ada tong minyak kot kalo x silap.. mai satu masa tu, masing2 nak berebut naik atas tu.. aku cuba naik bongkah batu tu, tp x leh naik.. sbb aku rasa gayat.. masa nak naik meja kayu, aku x dan naik sbb org len dah penuh.. last2 skali gagah, naik jugak la ataih tong... dan gayat sgt.. mim

Rempit : Ambiklah Iktibar...

Salam... Kepada geng-geng rempit, ambil lah iktibar.. sayangilah nyawa kamu~ Berhati-hati di jalan raye... hehe... Baca nasihat penuh dariku... Wakakaka... lebih baik tolong mak bapak potong rumput dari pegi race... x de la mati katak.. dapat pahala lagi.... video kat atas menunjukkan sorg mat rempit yg insaf lalu berazam untuk membersihkan kampungnya dengan cara memotong rumput~ LOL... Wassalam...

Let's go pool 'diving'...

Salam... Did I say diving? well, it should be potting.. hehe :P Check out this cool game (what again? did i say 'cool'? hahahaha...). Always is my favourite game in any flash arcade i've played, either at Uniten UG forum or outside forums. Happy diving... errr... potting... Wassalam... p/s : What a pool.... :P.. and... I miss you.. lol...

Pendidikan Anak2 Islam (jilid 2) - Siri 5, 6, 7

Salam... Hehehe... first skali, nak ucap tahniah kat Pak Lah sbb akan melangsungkan perkahwinan pada sabtu ni.. huhu.. harap2 Pak Lah pasni akan jadi lagi kuat dalam menerajui negara serta berfikiran lebih matang serta tidak merugikan negara amnya dan org Islam/Melayu khususnya. Bini dah ada Pak Lah, x kan nak lembek2 lagi.. takkan nak tidor2 lagi... harap Pak Lah sedar dan mengambil iktibar serta nasihat daripada mantan PM, Tun Mahathir.. Ok, habeh bab Pak Lah.. la ni kita sambung apa yg telah dimulakan.. x mau la wat gheja sekerat2 kan... ni lah dia... sambungan rumusan/ulasan tarbiyatul awlad fil Islam.... 5. Perkahwinan dan perhubungan jantina. Manusia dicipta Allah S.W.T dengan naluri tersendiri, kecenderungan ke arah seks yang berlainan. Semua ini ialah kebesaran Allah yang telah mengatur supaya manusia dapat menerusan keturunan mereaka sendiri. Pandangan Islam terhadap seks. Seks dalam Islam hanya halal apabila berlaku perkahwinan. Islam menghalalkan fitrah manusia ini dalam gar