Skip to main content

Posts

Showing posts from 2006

Raya Qurban 1427 & Tahun Baru 2007

Salam... Hehe.. esok, yakni pada 31 Disember 2006, maka kita seluruh umat Islam di Malaysia akan menyambut ketibaan Aidil Adha... Aidil Adha akan lebih bermakna bagi mereka yg ketika ini sedang menunaikan Haji di Makkah dan berstatus tetamu Allah.. Mudah2an, mereka yg menunaikan haji pada tahun ini, akan mendapat haji yg mabrur, haji yg diterima dan diredhai Allah.. Juga diucapkan, jika selamat perginya, maka selamat juga pulang ke tanah air nanti.. Dalam sejarah umat Islam, ibadah haji bukanlah sesuatu yg baru. Malah, puak2 arab sebelum kedatangan Islam pon mengerjakan haji, tetapi ibadat mereka itu telah ditambah dgn perbuatan syirik yakni meletakkan patung2 disekeliling Kaabah dan menyembahnya dgn harapan patung2 itu memberi bantuan kepada mereka. Jika dilihat kembali, sejarah haji adalah signifikan kepada peristiwa2 yg dilalui oleh Nabi Ibrahim A.S, bapa kepada kaum Arab dan Yahudi. Sbg contoh, Kaabah yg ditawaf para penunai haji adalah perintah Allah kepada Nabi Ibrahim supaya men

26 Disember

Salam... Al Fatihah... Marilah sama2 kita mendoakan mangsa korban tsunami yg berlaku 2 thn lepas samada di Acheh, Pulau Pinang, Sri Lanka, mahupun di mana2 tempat yg terjadinya kejadian itu.. Mudah2an roh mereka sekalian dicucuri rahmat.. Amin.. Menelusuri genapnya 2 thn kejadian tsunami di rantau ini, kita sepatutnya berasa sedih dan insaf apabila rakan2 dan saudara2 kita terkorban dek sekali pukulan ombak besar yg dtg dari lautan. Masya Allah, betapa Maha Besar dan Maha Kuat nya Qudrat dan Iradah Allah SWT.. jika Allah mahu sesuatu itu terjadi, maka terjadilah ia.. "Kun fa yaa kuun". Inilah yg seharusnya kita sedar dan insaf, betapa Allag itu Maha Berkuasa dan kita sebagai manusia tidak mampu menghalang apa jua yg Allah turunkan, kerana kemampuan kita sebagai makhluk amat terbatas.. Tarikh 26 Disember rupa2nya mempunyai byk kejadian disebaliknya.. pernahkah kalian membaca artikel di bawah ini? mari kita lihat sekali lagi sebagai peringatan... Dalam sejarah, tarikh 26 Dise

Semester Baru & Terakhir..

Salam... Heheeee... dah start dah sem baru... sem baru yg maybe sem akhir aku di uniten nih.. hahaha.. kelas dah start dah seminggu yg lepas.. so la ni tgh dok panas2kan enjin nak stadi laa.. bak kata org, nak kena cari momentum stadi+rajin+usaha.. mggu lepas still lg mood cuti dll... so mggu lepas mmg slow sket la.. ngan mcm2 masalah len yg mendatang.. isk.. masalah ni asyik jd pendatang je.. bila nak jadi pemergi? hehehe... Ok, aku start ngan citer penginapan.. basically, aku still duduk bilik dan umah yg sama.. dah jatuh hati ngan bilik aku neh.. dan aku dpt 3 org housemate baru.. sme dah final sem.. just like me.. hahaha.. rumah org2 tua la leh katakan.. dan depa semua org engine, aku je bdk IT.. len plak sem lepas, dimana 2 bdk IT dan sorg bdk engine je dlm umah tu.. hehe.. derang sme baik2 blaka stakat ni... no prob.. dan umah aku agak meriah sbb ade je member2 derang dtg berkunjung.. Alhamdulillah, ade gak derang bwk tv ngan peti ais, so sama cam sem lepas jep bwk.. leh la aku

Ikhlas Tapi Jauh~

Salam... Hehe.. hari ni aku dah berkesempatan layan citer "Cinta".. wakaka.. kat mana aku layan, dpt mana, kualiti cemana, pukul baper, itu x penting.. yg penting aku dah dpt tgk dah citer ni.. keputusan aku : BEST ~! .. x rugi korang tgk.. ni aku nak review sket dr ape yg aku tgk tadi.. maybe ade unsur2 spoiler, sape yg x nak kene spoiler, baik bace tutup2 mata sket.. hehe.. Ok, citer start ngan plot cikgu elyas dan rubiah.. hehe.. bg org lama start dulu plak.. cikgu elyas ni ade prob alzhemeir (tatau eja btoi ka tak) yakni dia ni, short term memory dia x tahan lama.. paham2 sajala kan... so rubiah ni plak kesian kat cikgu elyas ni.. tp ada la sblm tu mula2 bertemu, cikgu elyas ni tolong rubiah ni.. masa ni, rubiah x tau lagi yg cikgu ni ada penyakit.. lama2 baru tau.. hehee... best gak plot org2 tua ni.. nak tau? kena tonton... Pehtu masuk la plot2 lain.. masuk plot nanu baharudin ngan adik dia.. adik dia ni pelukis jalanan.. so paham2 la.. keja, makan minum x menentu.. yg

Pesan Buat Teman², Kaum Adam dan Hawa..

Salam.. Dlm dok kemaskini My Documents aku tu, aku jumpa menda nih.. dah lama simpan.. amik kat dlm Forum Aibob kot, atau maybe kat forum luaq.. Wallahualam, x dak plak reference aku letak kat file tuh.. apa pon, meh kita tgk apa isinya.. -------------------------------------------------------------- Pesanan Untuk Lelaki dan Peringatan Untuk Wanita "Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah , yang mananah , dan yang hananah , dan jangan engkau kahwini yang hadaqah , yang baraqah dan yang syadaqah ." Wanita Ananah : banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit . Wanita Mananah : suka membangkit-bangkit terhadap suami . Wanita ini sering menyatakan, "Aku membuat itu keranamu." Wanita Hananah : menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain , yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain . Wanita Hadaqah : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu , lalu menyatakan kei

Cinta.. Sebuah Kisah Tentang Kasih...

Salam... Klik untuk imej lebih besar Huhu, tgk poster pon dah tau kan citer ape? yer, kali ni aku cuba mengupas sedikit sebanyak mengenai filem "Cinta" ini.. seringkali kita dok tgk di kaca tv, x habeh2 iklan citer nih.. kalo kat tv3 plak, pagi2 dekat2 kul lapan tu nnt ade dier pasang lagu "Ikhlas Tapi Jauh" yg lagu asal oleh Zainal Abidin, dan dinyanyikan semula oleh V.E... best kan lagu tu... tapi, disebalik lagu2 soundtrack yg best, ape sebenarnya muvie cinta ni? secara terang, aku mmg nak sgt nak tgk citer ni, tp x rase mcm nak pegi panggung plak tgk.. x dak geng maa... oleh tu, aku tgk kat official website dia, dan jumpa sket intro ngan sinopsis dia.. Dari intro dia, cerita yg bertemakan kasih ini menyatakan tentang.. "Cinta adalah sebuah filem yg memaparkan lima kisah cinta berkisar di metropolis Kuala Lumpur. Setiap cerita adalah berbeza dan unik, namun setiap watak berkait menerusi keadaan dan peristiwa. Bertemakan cinta, filem ini menceritakan lima pas

Happy Birthday ~ =P

Salam... Waa... birthday sape ek? hehe.. birthday blog ni la!! Laaa.. aku buleh terlupa nak letak kat post aritu.. Blog ni dizahirkan pada 1 December 2003, dan 2 hari lepas, dah genap 3 tahun.. Alhamdulillah, masih bertahan lagi.. Interface pon dah dekat 3-4 kali tukaq.. Patut aku post 1 hb haritu, dlm posting tajuk "Keep Holding On"... blog ni pon akan aku teruskan.. dan akan terus di "keep holding on".. huhu~ Erm, kalo sapa2 nak baca post2 lama.. kot2 la nanti teringat kesah kita2 jugak dulu2, rajin2 la klik kat tab archives aku, menu sebelah kanan ni.. hehehe.. mana tau, ada kesah sama2 kita dulu yg belum setel, kita bg setel la ni.. hehe.. ok la kot.. x dak niat nak post ni, tp baru teringat.. isk isk.. buleh lupa plak adeh laa.. ok, terima kasih sapa yg sudi baca.. kalo x dak org baca pon, biaq la aku baca sorang2.. hahahaha =P Wassalam.. PS : Dear Diary la ni dah jadi Dear Blog.. teknologi merubah segalanya.. metodnya diubah, isinya tetap sama.. isi yg dtg dar

Keep Holding On..

Salam.. Hahaha.. title je mat saleh, tapi isinya aku tulih bahasa melayu lah.. not feelin' comfortable to write in english yet... kuuukukukukukuuuu~ OK, sbg pembuka bicara kali ni, aku nak mengucapkan tahniah dekat kawan2 uniten yg mana setiap sorang dah dpt tau result masing2... huhu.. dengaq cerita, geng2 COIT smua dapat keputusan memberangsangkan.. smua naik gile pointer.. huhu... dan masing2 bergembira.. dan masing2 juga dpt kita lihat luahan kegembiraan dan syukur mereka diekspresikan kat blog masing2, spt contoh paan ngan radin ( post Paan & post Radin ). Mmg best kalo time2 dpt result camni, nak pulak result sempoi kan.. hehe.. tahniah guys, korang mmg deserve ntuk ape yg korang dah buat slama ni.. hehehe.. aku tumpang gembira... :) Aku nyer result? boleh lah... Alhamdulillah.. biasa saja.. ada la naik sikit.. huhu.. syukur ke hadrat Ilahi, dgn perkenan-Nya, naik la sikit kot pointer aku.. pastu, aku nak ucap gak terima kasih kat lecturer2 aku sem ni.. Pn Marini, Mr Uwe

Sa-Sudah ArusX @ AliranX

Salam... biiibibibibiippp... argghhhh.. tolong.. arusX menguasai diri.. arghh.. Huhu.. salam sejahtera.. ekeke.. apa itu ArusX? apa itu Sa-sudah ArusX? adakah ianya berkaitan dengan fizik? add math? kimia? atau elektrik?? Ada la kaitan.. bukan sket.. banyaakkkkkk... heehehe.. arusX @ aliranX itulah yg diberi nama Streamyx™ .. hehehe.. apa yg aku nak citer adalah mengenai duniaku bersama streamyx selama genap seminggu hari ini.. huhu.. mcm mana aku nak mula? baik.. aku mula daripada faktor pencetus yg juga faktor semerta pemasangan streamyx kat rumah aku ni... org kata, kalo nak citer, citer dr mula smp abes kan.. lg pon tgh dok saje2 ni, aku citer la dr mula.. gini citernyer.. Pada suatu hari.. sang.. eh eh.. camni, mase aku balik arituh, adik aku komplen modem dial-up dia dah x leh berfungsi.. so die dok suruh la aku check2.. aku pon tgk2, konfem la dah kong.. isshhh.. geram gak la aku.. dah bape kali dah tuko modem dial-up tu.. mane tahan.. mule2 aku pon gi la cari modem dial-up, cad

Uhuuu.. Media Downloads..

Salam.. "Sharing is Caring" merupakan satu cogan kata ataupon motto yg tidak asing lg bg para student uniten, especially bg yg tinggal dlm kampus.. hehehe.. ungkapan keramat ini sentiasa meniti di bibir2, di layar laman2 web intra, pelayan sembang, malah menjadi halwa telinga bg mereka yg sering mengikuti siaran radio, Uniten UG FM ( http://aibob:999 ). Sejarahnya bermula disini, Uniten UG FORUM ( http://aibob ), tmpt dimana para2 pelajar yg budiman, elok budi pekerti serta amat mementingkan semangat persaudaraan sesama mereka, berkumpul, dan berdiskusi serta berkongsi pendapat, idea, dan " barang-barang yg baik ". Bukan sekadar perkongsian sahaja, malah laman itu juga telah menjadi medan debat, medan politik semasa pemilihan MPP, mahupon isu2 berkaitan dgn kebajikan pelajar yg dan pusar pentadbiran. Beritik tolak dari situ, dgn semangat yg sama.. sharing is caring, maka, ruangan download lagu2 nasyid telah diwujudkan kembali. Sila update bookmark anda untuk link y

Ku Pinang Engkau Dengan Hamdalah

Salam.. Hehehe.. td post lagu, ni post cerita plak.. sila amibil iktibar dan jadikan panduan.. huhu~ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Ku Pinang Engkau Dengan Hamdalah Di antara tanda-tanda kekuasaan Allah, ialah diciptakannya pasangan-pasanganmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung padanya. Dan Allah menjadikan di antara kalian perasaan tenteram dan kasih sayang. Pada yang demikian ada tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir." (QS: Ar-Rum-21) Ketika tiba masa usia aqil baligh, maka perasaan ingin memperhatikan dan diperhatikan lawan jenis begitu bergejolak. Banyak perasaan aneh dan bayang-bayang suatu sosok berseliweran (berkeliaran?) tak karuan. Kadang bayang-bayang itu menjauh tapi kadang terasa amat dekat. Kadang seorang pemuda bisa (boleh) bersikap acuh pada bayang-bayang itu tapi kadang terjebak dan menjadi lumpuh. Perasaan sepi tiba-tiba menyergap ke seluruh ruang hati. Hati terasa sedih dan hidup terasa hampa. Seakan apa yang dilakukannya jadi s

HIJAU KUNING

Salam... hahaha.. ni saja nak post lagu semangat org2 Kedah.. kalo kata org Kedah x tau lagu ni, mmg bukan org kedah laa... x pon, dia tu x minat bola... aku dok teringat lagi lagu ni la dok nyanyi masa kecik2 dulu.. masa zaman kegemilangan bola sepak negeri Kedah.. zaman jan janostak, tibor szaban, olubunmi adigun, andre luis nascimento, manja man, radhi mat din, faridzuan che hamid, ahmad sobri ismail dan lain2 pemain beserta jurulatih robert albert dan pengurus, datuk ahmad basri akil.. hahahaha.. zaman tu mmg best layan bola... hehehe.. satu kampung riuh kalau malam tu bola kedah main.. huhuhu... ni aku boh sket lagu tuh.. tp ni version dah rock sket.. layan kan sajala... YAKINKANLAH DIRI SENDIRI.. BERJUANGLAH SEJIWA MURNI... TEKUN BERLATIH SESUNGGUH HATI ... DEMI SUKAN MEMAJU NEGERI... BIAR JASA JADI KENANGAN... HIJAU KUNING LAMBANG KEMEGAHAN... JELAPANG PADI TEMPAT SANJUNGAN ... NEGERI KEDAH DARUL AMANNNN!!! KEDAH~! KEDAH PANTANG KALAH!! WALAU SAKIT JATUH DAH REBAH... BANGUN LA

Mode exam ke? mode cuti laa~.. :P

Salam.. Hehehe... mode exam ke? mode cuti la skang neh... huhuhu.. biase laaa... bape lame sgt nak exam kan... lame2 kang putuih oghat kepala.... hahahaha... tp ada gak org exam lama2.. nak lama2 buat apa chek oii... tp bukan leh nak kata apa, ni pihak kolej/skolah/kementerian yg tentukan... nasib laa... aku yg sebenaqnya dah abeh dah exam... dah lamaaaa daaahhh... sejak 4 Nov lagi.. kira dah cuti dah lepaih tu... tp saja la aku lepak kat Uniten.. konon ada meeting projek apa ka... tgk2 meeting tu x sampai sejam lebih pon.. (ada la sejam sket)... tp x pa laa.. layan gak dok uniten smggu tu.. leh lenjan internet 10mbps puaih2.. leh tunnel torrent puas2.. hehehe :P Dah abeh tu, x reti2 nak balik kampung ke? reti laa... tu yg aku balik Kulim nih.. la ni kira dok ada kat Kulim indah nan permai aman damai makmur sejahtera.... hahahahahahah~ aku balik kulim 10 hb, tp pi uniten balik 11 hb pasai nak amik barang2... hehehe.. kali ni aku bwk balik la segala desktop aku, buku2 lama dan mcm2 lagi

Mode Raya? Mode Exam~!!

Salam.. Haaa... yeye~ dah lepas raya dah... ekeke.. so best ke lepas raya? errmm.. best sbb dpt duit raya.. best sbb dpt jumpa member² lama.. best sbb nak exam.. ooppss? best sbb nak exam? jgn dipercaya~ wakakakakaka.. tension sbb lepas raya je exam.. aku exam nyer start 31 hb.. yakni lusa.. ngehehehe.. dimulakan ngan subjek ethic, legal and professional issues.. gahahah~ Skang ni aku tgh stadi (wakaka.. kononnye laa.. isk isk).. tp ntahlah.. slow je.. ye laa.. suasana raya x abeh lagi.. ada member2 aku 4 hb baru exam, 6 hb baru exam.. leh la depa raya lama sket tp aku sempat raya 4 hari ja.. tu pon x puaih.. bukan apa, sbb ni mungkin last time aku raya sbg student, last time gak maybe dpt duit raya.. hahaha.. thn depan rasanya dah x rasa camni dah.. tp raya kali ni lain sket la... sbb dulu2 aku ni jenih jarang pi bejalan raya rumah org, tp kali ni camna tah.. telebih jalan plak.. pi merata... Tambah plak haritu malam raya member2 skolah aku buat gathering.. bukak posa ramai2 kat nasme

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1427 hijrah, 2006 Masihi

Salam... Lama bebenor teman tak menulis di sini.. bukan ape, banyak keghoje le.. dengan projeknyer, exam nyer.. mcm2 lagi ler.. entah le cemane teman nak kabo dekat kome semue.. Tp x pe le, ateee.. nnt lepas raya, teman cube kabor satu persatu.. deme sme tggu je la yer.. ni dah lg seminggu nak ghaye.. teman rase, bior la teman mintak maap banyak2 kat deme2 yg mane teman kenei, ataupon idak, yg mane aje yg singgah kat blog teman ni... bak kate kebiasaan, Maaf Zahir dan Batin le ye... Sape2 yg nak ngantor e-kad kat teman, buleh la ngantor kat e-mel : azos_masa@yahoo.com .. ateee.. kalo ghase maleh nak ngantor e-mel, anto la dekat testimonial teman di friendster.. page teman : www.friendster.com/tokapi .. apa lagi kome2 sme.. meh la bagi teman kad ghaye.. hehe.. Ok, sempena hari mulia yg bakal menjelma ni, ni teman ade kasi sket kad raya berlagu (konon2 nye kad ghaye laaa).. ni pon teman men cilok je org punye.. maleh nak design sendiri.. bukannye gheti pon... ateee kalo makan lemang ke,

Surat Terbuka Tun Dr Mahathir (April 2006)

Assalamualaikum w.b.t Ada ramai di kalangan kita yang masih terkial-kial mencari apa sebenarnya punca di sebalik protes Tun Dr Mahathir (TDM) ke atas Kerajaan pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah). Di kampung-kampung terutamanya, mereka tidak mendapat gambaran sebenar mengenai kemelut antara mantan Perdana Menteri dan Presiden Umno ini dengan Perdana Menteri yang juga Presiden Umno yang memegang tampuk kuasa pada masa ini. Media arus perdana nampaknya cuba untuk menutup perkara sebenar daripada rakyat. Laporan-laporan yang disiarkan tidak menunjukkan keadaan sebenar apa yang terjadi dan kenapa TDM bangkit untuk menyatakan protes terhadap kerajaan. Mungkin mereka tahu, sebabnya adalah isu pembatalan jambatan bengkok, namun tahukah mereka luahan sebenar TDM? Di sini, diturunkan Surat Terbuka TDM, yg menjadi titik tolak terhadap gerakan TDM untuk memperbetulkan kerajaan pimpinan Pak Lah, melalui protes-protes yang biasa kita dengar…   —————————————————————– SURAT TERBUKA TUN