Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2009

Tagged : My Desktop

Salam.. Just a quick update. I've been tagged by Pn Awan Terbang -- "show your desktop". Hehe.. It's been a long time since i got this 'post your desktop' thingy . I remembered, when I'm still in UNITEN, we had a special thread on our very own LAN forum (Forum Aibob), to post our desktop screenshots every month. It's a place where you can see a lot of people try to show off their desktop with full of gadgets, file names, designs and everything they want people to know. Sometimes, there is a secret message left behind on the desktop just to let everyone know, i.e. some "files" that some of us may had "interest" on it.. hehehehe.... Okay, this is my desktop screenshot for this month. I think, nothing changed a lot since 2007... just a few rotation of the very same images in 4-5 month. Well, that's all for now.. I will not tag anyone this time. But readers are encouraged to post your desktop screenshots. Maybe there's some sec

Pembinaan Negara : Dari Malayan Union ke Persekutuan Tanah Melayu.

Salam, Kesempatan mempelajari mata pelajaran "An Introduction to the Malaysian Constitution" semasa berada di tahun asas UNITEN terus menyemarakkan lagi semangat penulis dalam memahami sejarah dan asal usul negara kita ini. Walaupun belajar di bidang Teknologi Maklumat (IT), tetapi peluang yang disediakan oleh pihak universiti tidaklah sekali-kali dilepaskan. Pada mulanya agak pelik juga; apa perlunya pelajar jurusan IT diwajibkan belajar akan perlembagaan? Bukankah subjek itu lebih sesuai bagi mereka yang belajar bidang-bidang yang berkaitan seperti undang-undang? Ramai diantara rakan-rakan termasuk penulis sendiri, pada mulanya merasakan tidak ada keperluan kepada kami belajar akan subjek sedemikian. Tetapi, rupa-rupanya, pihak pengurusan universiti ketika itu (2003) tahu dan faham benar akan keperluan bagi kami mempelajarinya. Penulis sendiri mula faham akan kepentingan perlembagaan untuk dipelajari setelah menilai keadaan semasa semenjak 5-6 tahun yang lepas. Perlembagaa

Tak hilang cinta di dunia

Salam.. Sebelum kita teruskan dengan topik berkaitan kenegaraan, layan dulu lagu brader Jamal Abdillah kita ni... lagu dari album terbaru tahun 2009 ni... klik play okay.. Ku hanya penyair cinta Menulis kerinduan Ku selalu menyeru namamu Tanpa jemu dan ragu Ku menulis puisi cinta Dari sepi malam yang gelita Hingga gemuruh siang  Agar cinta ini mekar selamanya Tak hilang cinta di dunia Walau beribu tahun Oh Tuhan tolonglah aku Abadikan cinta ini Walaupun terluka jiwaku merana Kan ku pasrah untuk bercinta lagi Ku terus bercinta dan dicinta  Untuk selamanya Cinta yang hadir Menilai kescucian hati Saling mengerti Akan berkekalan Tak hilang cinta di dunia Walau beribu tahun Oh Tuhan tolonglah aku Abadikan cinta ini Walaupun terluka jiwaku merana Kan ku pasrah untuk bercinta lagi Ku terus bercinta dan dicinta  Untuk selamanya Apa? lagu jiwang? mmuuuahaha..... lagu Jamal x kira la, jiwang ka dak ka, pasti memukau.. hehe.. dapatkan album penuh di pasaran.. Wassalam... p/s : sedangkan Nik Aziz

Kasih Sayang..

Salam.. Kasih sayang.... Terlalu indah untuk dikenang... Selamanya.... Takkan pernah kau buang... Kasih sayang.. Tiada pernah kenal usia... Tua muda... Akan menikmatinya.. Namun jangan engkau lupa.. Akan akibat masa nanti.. Engkau dapat menderita.. Kerana terlena rasa cinta aaa... Kasih sayang... Terlalu pahit dan menyakitkan... Dan membuat.. Remaja patah hati... Remaja patah hati.... Remaja patah hati.... Sekian, Wassalam...

Tag - 5 yang paling Spesel

Salam....  Kali ni dpt tag dr Wanie plak... zass, layan... Tag - 5 yang paling Spesel 5 Yang Paling Spesel - Orang Yg Masih Bernyawa: >> My Mom.. >> My  Dad >> My Brother >> Dia yang menolak cintaku.... mmmuuuuahahahhahahaha.... :)) >> Of course la my relatives and my friends... 5 Yang Paling Spesel - Makhluk Bernyawa Bukan Orang: >> Apa aaa? >> Isk.. dah  5 minit pikir ni.... >> Erm...... aku ni anti haiwan ke.... >> Eh, tumbuhan pon bernyawa kan sebab dia berespirasi?? >> Kaku camtu aku letak je la pokok mampelam kat umah aku tu.. ( dah kena tebang ) hehee.. 5 Yang Paling Spesel - Harta Benda Yg Memang Tak Bernyawa: >> My Proton Saga BLM (PHX dot dot dot dot) >> My HTC Touch Cruise yg  dah jd x latest dah >> My TravelMate 4151LMi yang dah nak hancus ni.. hehe... >> My  Seiko 5 Sports Military Automatic 100m x Full TiCN Black Coating [SNZG17K1]  - LOL >> My Diary... 5 Yang Paling Spesel - Ape-ape

Selamat Bertugas DS Najib, Selamat Kembali Tun M, Terima Kasih Pak Lah

Salam Najib PM Malaysia ke-6 Tanggal 3 April 2009 merupakan satu detik yang bersejarah buat Rakyat Malaysia. Pada tarikh tersebut, negara yang telah 51 tahun Merdeka ini sekali lagi menyaksikan satu proses peralihan kuasa kepimpinan tertinggi negara. Pada pagi Jumaat tersebut, dengan lafaz dan kalimah suci, Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak (DS Najib) telah dizahirkan sebagai Perdana Menteri (PM) Malaysia ke-6. Sesungguhnya, dengan perlantikan beliau, kita harapkan satu dimensi baru dalam pemerintahan di Malaysia dapat dilaksanakan. Di majlis yang sama, di Istana Negara, mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) telah dikurniakan anugerah Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) dan Seri Setia Mahkota (SSM) pula telah dikurniakan kepada Tun Jeanne Abdullah, yang membawa gelaran 'Tun'. Sungguhpun pemerintahan Pak Lah sepanjang 5 tahun ini agak singkat dan penuh isu, tetapi sebagai seorang bekas PM, kita harus menghormati beliau. Kesungguhan dan kebera