Skip to main content

Posts

Showing posts from 2009

Kenang masa lalu, pandang ke hadapan..

Salam Ahah.. tahun 2009 nak melabuhkan tirai dia dah.. sikit ja lagi.. esok-esok dah masuk tahun baru.. jadi apa kata kalau kita kenang sikit sepanjang 2009 yang dah lepas-lepas ni.. Bukan apa, kita kenang-kenang ni untuk kita jadikan iktibar dan panduan balik, mana tau berguna di masa hadapan... 1. Gaza vs Israel Haa.. awal-awal tahun ni kita dikejutkan dengan tragedi yang berlaku di Gaza . Sejak penghujung Disember 2008, Israel telah mengepung bandar Gaza di Palestin yang dikuasai oleh Kerajaan Hamas . Oleh kerana tidak ada penyatuan di kalangan Kerajaan Palestin yang berpusat di Ramallah dan Gaza, maka Israel dengan mudah dapat mengepung dan menyekat bekalan-bekalan keperluan harian daripada di bawa masuk ke Gaza. Inilah salah satu pengajaran buat kita semua. Bagaimana, 2 puak berbangsa sama (Arab) dan kebanyakan beragama Islam, apabila berpecah maka musuh pun dengan mudah menyerang. Namun amat sedih umat Islam di negara ini dan negara-negara lain masih kurang mengambil iktibar hal

Balenggang pata-pata...

Salam, http://www.youtube.com/watch?v=W0CJ5KCxmgY Poco-Poco Balenggang pata-pata (Berlenggang [berjalan] patah-patah) Ngana pe goyang pica-pica (Goyanganmu pecah-pecah ) Ngana pe bodi poco-poco (Badan kamu... yang berisi ..) Cuma ngana yang kita cinta (Cuma kamu yang aku cinta ..) Cuma ngana yang kita sayang (Cuma kamu yang aku sayang ..) Cuma ngana suka beking pusing (Hanya kamu suka membuatku pening.. ) Ngana bilang kita na sayang (Kamu bilang aku tidak sayang ..) Rasa hati ini malayang jauh (Rasa hati ini melayang jauh ..) Uuu.. Ci..Ija Ci..Ija (Oh Cik Ija... Cik Ijaaa...) -- Cik Ija mana plak ni? hahah.. hantam saja.. aku tak bertanggongjawab.. hahaahaha... Biar kita ngana pe bayang (Biar aku menjadi bayanganmu ..) Biar na beking layang-layang (Biar tak membuatku melamun ..) Cuma ngana yang kita sayang (Cuma kamu yang aku sayang ..) -- Apekah? ini la lagu poco-poco... ala yang orang suka buat line dancing tu.. kalau pi dekat mana2 kursus atau kem terutama yang melibatk

Pantun Rasis?

Salam, Aku tengah belek-belek laman web DBP.. dok cari makna satu perkataan , sekali terjumpa pantun ni... Ketok-ketok harimau garang , Keling pandai cakap Jawa ; Harimau batuk buaya mengerang, Kucing di rumah sakit kepala. Heheheh... Ni pantun lama ni.. sebab susah nak cari maksud dia... dan sebut 2 bangsa dalam ni.. Sebut Keling dengan Jawa... Tapi Jawa dalam ni merujuk kepada bahasa, tapi Keling tu... merujuk kepada sapa? Kalau aku sebut nanti dituduh rasis.... Ikut kamus dewan, Keling ni maksud dia 1 (bahagian) India selatan: benua ~. 2 = orang ~ orang yg berasal dr selatan India. ~ pelikat orang India yg beragama Islam. Maksudnya, org selatan India ni orang Tamil lah kot... Kalau ikut Kamus Dewan, Keling Pelikat tu pulak maksud dia orang India yang beragama Islam, yang la ni kita selalu sebut sebagai mamak saja. Yang tu apa yang kamus dewan sebut.. tapi aku nak cakap apa yang aku tau dan baru tau.. Zaman aku kecik-kecik, mak aku selalu sebut, Keling ni orang India ta

Memantap Ukhuwah, Memperkasa Ummah

Salam, Selamat Tahun Baru Hijrah ke 1431. Tema pada tahun ini ialah, "Memantap Ukhuwah, Memperkasa Ummah" Marilah bersama-sama memantapkan persaudaraan sesama kita tanpa mengira pangkat dan darjat serta fahaman yang sempit. Mudah-mudahan dengan kesatuan dan perpaduan kita ini, insya Allah negara kita akan sentiasa dirahmati dan dilindungi Allah SWT. Bacaan berkaitan : 1. Berhijrah menyelamat akidah ummah 2. Menggamit kembali semangat hijrah Wassalam..

Lotus Notes 7 pada Windows 7

Salam, Ok, ni just quick entry nak menerangkan bagaimana cara yang betul untuk install Lotus Notes 7 pada Windows 7 . Cerita dia macam ni, semalam aku dah install Windows 7 untuk menggantikan Windows XP yang digunakan pada Laptop pejabat aku ni. Buat pengetahuan, sistem e-mail di pejabat aku ni masih lagi menggunakan client Lotus Notes . Bagi yang belum mengetahui, Lotus Notes adalah produk keluaran IBM yang pada satu masa dulu merupakan platform pembangunan sistem yang memudahkan aliran kerja (workflow) dalam tugasan pejabat. Jadi satu platform Lotus Notes pada Server Lotus Domino dapat digunakan untuk membangun pelbagai aplikasi-aplikasi yang berkaitan selain fungsinya sebagai e-mail client. Client Lotus Notes yang ada di pejabat aku buat masa ni adalah version 7. Buat pengetahuan, IBM telah pun memperkenalkan Lotus Notes version 8, dengan versi terbaru setakat yang diketahui ditanda dengan version 8.5. Versi terbaru Lotus Notes dikatakan menyokong OS Windows Vista. Untuk memenuhi k

Naik bukit, turun bukit..

Salam, Hujung-hujung tahun macam ni, banyak betui aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Syarikat-syarikat, agensi kerajaan, universiti, sekolah dan organisasi-organisasi yang lain. Nak pulak masa-masa cuti sekolah macam ni, makin menjadi-jadilah. Samada atas urusan rasmi, separa rasmi atau 100% santai, destinasi-destinasi pelancongan di Malaysia ni tak segan sunyi menerima kunjungan-kunjungan berkumpulan untuk menjalankan aktiviti depa di sana. Keunikan landskap, kekayaan budaya, keindahan alam atau keriangan suasana boleh menjadi faktor sesuatu tempat peranginan dipilih untuk menjalani sebarang aktiviti. Syukurlah, semuanya ada di Malaysia. Pilih saja mana yang sesuai, mana yang berkenan, sudah tentu akan membuatkan bakal pengunjung teruja untuk ke sana. Lari dari kesibukan... Jadi sama jugaklah macam agensi yang aku berkerja ni. Untuk merancang 5 tahun ke hadapan, satu pelan atau perancangan harus diadakan. Ini untuk memastikan setiap apa yang bakal dilakukan pada masa hadapan benar

Handphone Baru (Lama), Router dan ...

Salam, Haaa... dah berapa hari dah Raya Haji... lembu2 pon dah banyak yang tumbang.. banyak yang dah selamat masuk ke dalam sistem pencernaan. Mudah-mudahan depa yang mengerjakan ibadah haji dan korban tahun ni memperoleh ganjaran dan pahala yang besar dari Allah SWT. Salah satu daripada erti korban adalah kita membelanjakan sesuatu yang menjadi kesukaan kita untuk kegunaan orang lain. Hanya dengan cara tu kita dapat menguji bahawa amal dan usaha yang kita buat tu benar-benar ikhlas dan untuk Allah ataupun sebaliknya. Kalau ada rasa sedih masa buat amal tu, maka tahap / makam korban kita belum la lagi sempurna. Apa pon, bukan nak cerita pasai korban atau nak ceramah. Nak dengaq ceramah pi la dengaq kat surau-surau ka.. kot radio ka.. tv kaa.. la ni banyak dah haih cara boleh mengaji agama. Tanda baguihnya kita kat Malaysia ni. Kadang-kadang kita ni belajaq macam2... tapi nak amalkan tu.. haih.. payah sunggoh. Ni nak cerita sikit la.. kan aritu aku ada habaq pasai phone aku yang lingkop

Cerita Aku...

Salam, Setahun lepas.. Cerita aku ini bermula lebih kurang setahun yang lepas. Pada masa itu aku baru sahaja berpindah rumah dari rumah Jamal ke rumah Paan yang aku tinggal sekarang ni. Alkisahnya, beberapa minggu selepas itu, aku telah menghadiri kursus yang dijalankan di Sungai Petani. Dan buat kali pertamanya aku melihat akan kegunaan sebuah smart phone (kepunyaan rakan) yang boleh menjalankan bermacam-macam fungsi seperti membaca dokumen Adobe PDF, fungsi Wi-Fi dan sebagainya. Dari situ aku mula tertarik dan menanam azam ingin membeli sebuah smart phone dengan fungsi yang sama. Sebaik saja tamat kursus, aku pun mengambil peluang untuk pulang ke kampung. Maklumlah, sepanjang 14 hari berkursus, para peserta tak dibenarkan pulang walaupun rumah sendiri tidaklah jauh sangat. Oleh itu, kesempatan sehari dua selepas kursus aku manfaatkan untuk singgah ke kampung sebelum pulang ke ibu kota. Dah jadi kebiasaan, kalau balik saja ke kampung, mesti kami sekeluarga akan keluar berjalan-jalan

40 Doa "Ya Tuhanku"

Salam, Lama betui tak update blog ni... Oleh itu, jom sama-sama review balik 40 doa yang bermula dengan kalimat "Rabbana.." (Ya Tuhanku). Mungkin ada antara kita dah hafal semua.. ada yang sikit-sikit, ada yang satu dua.. Jadi, kalau kita rasa nak tambah lagi pengetahuan kita dan beramal dengannya, boleh la rujuk kat bawah ni. Kredit untuk laman web berikut : http://www.islamawareness.net/Dua/rabbana.html بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 1. Our Lord! Accept (this service) from us: For Thou art the All-Hearing, the All-knowing [2:127] رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيعُ العَلِيمُ [البقرة :127] 2. Our Lord! Make of us Muslims, bowing to Thy (Will), and of our progeny a people Muslim, bowing to Thy (will); and show us our place for the celebration of (due) rites; and turn unto us (in Mercy); for Thou art the Oft-Returning, Most Merciful [