Hati
Assalamualaikum Disember muncul lagi. Lagi tujuh hari adalah ulang tahun hari lahir aku ke-40. Ya, "baru" e-m-p-a-t-p-u-l-u-h umur aku ya. Hahaha! Astaghfirullah! Umur 40 ni aku rasa aku nak tinggalkan banyak benda-benda lagho dan maksiat yang tak berguna, yang merugikan dan yang banyak memberi dosa. Sebaliknya aku nak cuba perbanyakkan amalan yang berguna, mendamaikan dan menambah pahala. Aku juga nak fokus kepada benda-benda yang lebih bermanfaat seperti mencari rezeki lebih melalui cara yang halal, cuba memenuhi impian anak-anak dan isteri serta impian aku sendiri. Aku juga nak belajar menyimpan sedikit lebih untuk hari tua. Umrah... / Haji... / Bercuti di luar negeri... Baru-baru ini lihat beberapa orang teman telah pun pergi menunaikan umrah. Malah sebelum itu pun lagi, ada yang telah menunaikan haji. Masya Allah, Tabarakallah... beruntunglah mereka yang telah dijemput menunaikan ibadah di Tanah Suci! Aku juga berkira-kira nak menunaikan ibadah ke Tanah Suci... Du...