Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2012

Satu Hari Menjelang BERSIH 3.0

Assalamualaikum, Pesanan ringkas penaja : Duduk di rumah jaga anak ke, baca buku ke, bersihkan rumah ke lagi baik... Pergi kuliah ke, ceramah ke... ok jugak.... Sila baca : BERSIH 3.0 : Himpunan sia-sia? Vox Populi :  http://www.youtube.com/user/Reezal1000/videos Sekian, Wassalamualaikum...

BERSIH 3.0 : Himpunan sia-sia?

Assalamualaikum, Lagi 2 hari (28 April 2012), pihak BERSIH akan mengadakan himpinan "BERSIH 3.0 : Duduk Bantah". Pihak bersih sekali lagi menuntut 8 perkara seperti mana yang dinyatakan di dalam laman web http://bersih.org PENDIRIAN SAYA BERKENAAN BERSIH 3.0 : SIA-SIA! Kenapa saya berpendirian demikian? Sila tonton video di bawah : Ya, saya katakan sia-sia kerana hampir kesemua tuntuan BERSIH telah pun diberi perhatian dan di ambil maklum oleh "Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya" atau saya ringkaskan sebagai PSC-ER (Parliament Select Comitee-Electoral Reforms). Jadi siapakah PSC-ER? Dewan Rakyat pada 3 Oktober 2011 telah meluluskan penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya bagi mengkaji perkara-perkara berkaitan proses pilihan raya Malaysia . Jawatankuasa ini adalah berkuat kuasa selama enam bulan dari tarikh penubuhannya. Tanggungjawab, peranan dan tugas...

Seluruh Nafas Ini

Assalamualaikum... Sekali sekala layan lagu indo macam ni pon best jugak.... Lihatlah luka ini yang sakitnya abadi Yang terbalut hangatnya bekas pelukmu Aku tak akan lupa, tak akan pernah bisa Tentang apa yang harus memisahkan kita Saat ku tertatih tanpa kau di sini Kau tetap ku nanti demi keyakinan ini Jika memang dirimulah tulang rusukku Kau akan kembali pada tubuh ini Ku akan tua dan mati dalam pelukmu Untukmu seluruh nafas ini Kita telah lewati rasa yang telah mati Bukan hal baru bila kau tinggalkan aku Tanpa kita mencari jalan untuk kembali Takdir cinta yang menuntunmu kembali padaku Di saatku tertatih (saat ku tertatih) Tanpa kau di sini (tanpa kau di sini) Kau tetap ku nanti demi keyakinan ini Jika memang kau terlahir hanya untukku Bawalah hatiku dan lekas kembali Ku nikmati rindu yang datang membunuhku Untukmu seluruh nafas ini Dan ini yang terakhir aku menyakitimu Ini yang terakhir aku meninggalkanmu Takkan ku sia-siakan hidupmu lagi Ini ...

Cara mudah hapuskan pinjaman PTPTN....

Assalamualaikum, Kecoh seminggu dua ni pasal nak memansuhkan PTPTN. Bagi sesetengah pihak PTPTN ini dilihat sebagai salah satu perkara yang cekik darah dan amat zalim. Sehinggakan, pada hari ini (14 April 2012), suatu perhimpunan telah diadakan bagi mendesak kerajaan menghapuskan PTPTN. Sesungguhnya saya tidak mahu mengulas panjang kebiadapan si Syiah Khalid Ismath di dalam video di atas kerana sudah terang jelas lagi bersuluh, mentaliti sesat yang cuba ditonjolkannya. Updated Malam 15 April 2012 :  Kata Tun Mahathir,    ‎"Biarlah, mereka (negara-negara luar) kaya, mereka boleh bagi (pendidikan) secara percuma...Kita boleh mansuhkan PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional), tapi orang yang minta mansuh sahaja terlibat. "Orang yang tidak minta PTPTN dimansuhkan, kita boleh bagi.."   Ouch!! Hehehe... Tun M with his usual sarcasm style.... Updated Pagi 15 April 2012 :  Pendapat orang ramai berkenaan tuntutan pemansuhan PTP...

Yang di-Pertuan Agong ke-14

Assalamualaikum, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, Sultan Kedah Ke-27 dan YDP Agong ke-14 Sembah tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah di atas perlantikan sebagai YDP Agong yang ke-14 pada 11 April 2012 (semalam). Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Ini adalah julung-julung kalinya, seorang Sultan memegang jawatan YDP Agong sebanyak 2 kali. Kali pertama, Tuanku Abdul Halim memegang jawatan YDP Agong ialah pada tahun 1970 sehingga 1975. Dan setelah hampir 40 tahun kemudian, pada penghujung tahun 2011, baginda telah dilantik semula menjadi YDP Agong seterusnya mencatat rekod pemegang jawatan YDP Agong sebanyak 2 kali. Dan semalam, pada 11 April 2012, maka istiadat pertabalan melengkapkan lagi proses yang menjadi bukti dan lambang kukuhnya insitutsi beraja di bawah sistem Raja Berpelembagaan yang diamal...

Mitos Politik........

Assalamualaikum, Sebenarnya tak ada niat nak ulas pasal politik... Sebab dah banyak sangat blog cakap pasal politik... Tapi apabila seorang sahabat yang kita kasihi juga berbicara soal politik, hati di dalam akan rasa tidak tenteram...  Bukan tak tenteram pasal apa, cuma apa yang dicakapkan itu tidak berapa nak tepat. Kalau yang dikatakan itu betul dan tepat, maka tidak akan ada apa-apa masalah, walaupun yang dicakapkan itu bertentangan dengan jalan politik saya sendiri.  Maka saya rasa terpanggil untuk menulis setelah membuat sedikit penyelidikan melalui ruang maya. Dan saya perturunkan di blog ini dengan harapan boleh membuat reference di masa hadapan. Salin semula dari facebook : [Dis 2011] - MITOS #1 : Adam Adli turunkan bendera PM sebab PM tak mahu dengar 'usul' dia....    REALITI : Adam Adli menurunkan Bendera PM sebagai 'tanda kemenangan' setelah memorandum mereka diterima oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Saifuddin Abdullah....