Salam, Seperti mana yang kita semua sedia maklum, semalam pada 23 Oktober 2009, Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak telah membentangkan Bajet untuk tahun 2010 bertemakan 1Malaysia : Kemakmuran Bersama . Secara keseluruhan, saya berpendapat : 1. Bajet yang dibentangkan kali ini adalah realistik dan cukup sederhana. Kepentingan rakyat nampaknya diutamakan selaras dengan hasrat kerajaan untuk mendahulukan rakyat. Banyak inisiatif yang diambil untuk membantu golongan rakyat terutamanya mereka yang berpendapatan rendah. 2. Bajet kali ini juga melihatkan strategi kerajaan untuk 'menggunakan' syarikat-syarikat swasta terutamanya syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk membantu merangsang ekonomi dan membantu dalam menyediakan perkhidmatan yang lebih mesra rakyat. Projek-projek pembekalan elektrik dan air umpamanya, kini terletak di bahu pihak swasta sebagai main enabler demi kesejahteraan rakyat. Dengan adanya projek-projek tersebut, maka ekonomi setempat di mana ...
Inilah Kehidupan... Ada Dugaan, Rintangan Dan Cabaran... Penuh Perancangan... Namun Tuhan Yang Menentukan... Tuhan Rabbul 'Alamin..