Salam Tanggal 31 Ogos 1957 merupakan tarikh keramat Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan daripada British. Tengah malam 30 Ogos 1957 menyaksikan bendera Union Jack diturunkan dan lagu "God Save The Queen" sebagai lagu rasmi kali terakhir dimainkan di Tanah Melayu. Bermulanya awal pagi 31 Ogos 1957 itu, Bendera baru Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan, dan lagu Negaraku buat kali pertama di mainkan. Simboliknya acara ini, menandakan tamat pemerintahan British selama hampir seratus tahun yang membayangi pentadbiran negeri-negeri Melayu termasuk Pulau Pinang, Melaka dan Singapura yang dijadikan tanah jajahan. Sekaligus, tanggal tarikh ini juga menandakan berakhirnya penjajahan bangsa asing sejak jatuhnya Melaka ke tangan asing pada tahun 1511. Hampir lima abad dijajah, samada secara terus ataupun secara bayangan, akhirnya bumi bertuah di Nusantara ini bebas dari belenggu kuasa asing yang selama itu telah banyak merompak hasil bumi dan menidakkan hak pribumi dalam mentadb...
Inilah Kehidupan... Ada Dugaan, Rintangan Dan Cabaran... Penuh Perancangan... Namun Tuhan Yang Menentukan... Tuhan Rabbul 'Alamin..