Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2008

Quickeeee.... + Tagged!

Salam.. Laaaa.. lama plak x update.. hehee.. okay la, rangkuman ringkas sepanjang minggu lepas. - 24/10 : Aku balik Kulim.. muahahha.. saja amik cuti sehari, sambung cuti deepavali. Perjalanan balik diiringi hujan dari KL ke Kulim. Capai top speed ntuk PHX aku neh, 170km/j (x berani tekan pedal lebih lagi.. huhu..) -25/10 : Pi berjalan sampai ke utara.. nun jauh ke atas.. Pi Perlis atas urusan-urusan berkenaan 'mendirikan masajid'* ~ hihihihi.. :P . Balik dari Perlis, singgah sat kat Seberang Jaya, window shopping + belanja kay ep si kat family aku.. huhuhu.... -26/10 : Pi Penang sat.. x tahan kalau balik kampung tak pekena nasi minyak Kassim Mustafa.. lepaih tu pi melawat makcik aku kat rumah pusaka kemudian jalan-jalan di QB Mall, beli kasut baru sepasang kat Jusco.. hehe.. layan... -27/10 : Cuti Deepavali, aku pon balik semula ke KL, sebab esoknya nak keja dah. Bertolak kul 9.30 pagi dr Kulim, sampai Kajang dlm kul 1.30 petang camtu ~ 4 jam ~ Top Speed? 140 km/j saja.. sebab...

Amanat Raja-Raja Melayu

Assalamualaikum.... ISLAM - RAJA - MELAYU Ketiga-tiga frasa di atas sudah bagai tidak dapat dipisahkan lagi daripada tanah air tercinta kita, Tanah Melayu Nusantara, Malaysia. Orang-orang Melayu taat dan setia kepada Raja-Raja Melayu yang melambangkan kedaulatan Melayu serta kesucian Agama Islam yang dijunjung oleh Orang-orang Melayu. Raja-raja Melayu adalah ketua Agama Islam di dalam negeri masing-masing dan mereka bertanggungjawab ke atas apa yang dilakukan oleh rakyat masing-masing kerana mereka adalah pemerintah. Dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-215 yang berlangsung pada hari ini, satu AMANAT KHAS telah dikeluarkan oleh Majlis Raja-Raja kepada orang-orang Melayu supaya bertindak demi mempertahankan kesucian Agama Islam serta Hak-Hak Orang Melayu. Hal ini amat penting dan bermakna bagi seluruh umat Islam (baca, Melayu) kerana sejak akhir-akhir ini orang-orang bukan ISLAM sudah semakin MELAMPAU. Mereka cuba mencabar ISLAM dan memperlekehkan MELAYU. Kita tidak seharusnya membiark...

Cantikkan dalam dan luar anda..

Assalamualaikum,  Coretan kali ni adalah satu rumusan ataupun ringkasan (boleh jugak kalau dipanggil instisari) untuk artikel daripada Dr. HM Tuah Iskandar yang telah dipaparkan dalam laman web beliau, etuah.com . Artikel yg agak menarik ini sesuai untuk kita tatapi sebagai panduan untuk mencantikkan diri dari dalam dan luar. Artikel asal bertajuk "Cantikkan luar dan dalam anda" tidak dapat dikongsikan di sini secara 'bulat-bulat' sebab terdapat syarat-syarat dan terma dalam laman etuah.com yang mengehadkan penyebaran artikel-artikel yang dipaparkan. Oleh itu disediakan penulisan semula tips-tips yang disampaikan di dalam artikel tersebut. 1. Nak kuatkan badan, makan daging selalu tapi jangan kerap sangat. Daging merah makan sekali seminggu pon dah cukup. 2. Pakai la wangi-wangian selalu. Sebabnya psikologi kita ni suka pada benda yang harum-harum. Bila kita suka harum, kita selalu amik nafas panjang-panjang, banyak oksigen masuk - mesti la badan jadi kuat bukan? ya ...

Tolong sat, bleh?

Tolong bagi pendapat bleh? -Azhar/Tkp- Memasang Immobiliser pada kereta boleh mem'void'kan WARRANTY kompenen yang berkaitan, tetapi tidak pada kompenen yang lain. Soalannya, patut tak aku pasang immobiliser kat kenderaan aku, walaupun risikonya akan mem'voidkan' WARRANTY sistem wiring? Boleh jer.. Jangan! Boleh, tapi pasang kat pusat servis Proton Persetankan warranty! Safety 1st!! View Results Apa itu immobiliser? klik sini.... huuuu...   kerek plak dia yer.... amboih, jgn la sombong sgt... hehehe...

Lemang, Laksa, Nasi & Sate

Assalamualaikum.. "Burpp... Alhamdulillah.." - ungkapan yang sering kita dengar atau lafazkan apabila perut sudah kenyang. Ya, hari ini Alhamdulillah, syukur hidup di Malaysia ni dapat menikmati juadah-juadah yang disediakan di jamuan-jamuan dan keraian. Bayangkanlah rakan-rakan kita di tempat-tempat lain yang sedang berjuang untuk hidup, ada yang nak makan sekali sehari pun terpaksa berebut-rebut sampai ada berlaku kematian. Bertuahnya bumi Malaysia ni, kita cukup makan pakai, sampai kadang-kadang jamuan tu ada hari-hari. Sempena bulan Syawal ni, tentulah ramai yang masih mengadakan rumah terbuka atau jamuan untuk Aidil Fitri. Tidak ketinggalan ialah 'organisasi' tempat aku bekerja. Tadi tengah hari, berlangsungnya majlis jamuan aidil fitri yang diadakan di 'kompleks utama organisasi' dan ianya dihadiri oleh 'para kenamaan tertinggi negara' yang bertanggungjawab di 'organisasi' tersebut. Majlis dimulakan dengan bacaan doa untuk memberkati majl...

Kembali Bertugas!

Assalamualaikum.. Yeah! Kembali Bertugas! hehe.. setelah hampir seminggu beraya di kampung, hari ini aku kembali bertugas di ofis seperti biasa. Perjalanan pulang ke Kajang dari Kulim semalam agak lancar dan tiada kesesakan. Dengar katanya, hari Sabtu jalan sesak teruk tapi semalam ok la pulak. Mungkin semua orang pakat 'merancang' perjalanan dan ambil keputusan balik awal sehari untuk elak kesesakan.. tup..tup tengok, sesak pulak Sabtu.. ye lah, rakyat Malaysia sekarang ni bijak-bijak belaka merancang perjalanan sampai semua nak balik pada hari yang sama. Alhamdulillah, walaupun ada yang tersekat dan terhenti dek kesesakan, yang penting adalah tiba ke destinasi dengan selamat. Semalam, aku mulakan perjalanan dengan pi ambik Miji di rumah dia. Pastu aku pi Penang plak, amik abang sedara aku, lepas tu baru kami meneruskan perjalanan menuju ibu kota. Perjalanan seawal 7 pagi tu memang agak lancar dan terkawal. Kereta adalah lebih dari biasa tapi tiada kesesakan. Kami berhenti kej...

Wordle

Assalamualaikum.. Hehe.. bagi yang masih dalam mood Syawal, selamat menjamu selera dengan kuih muih yang disediakan. Hari ni aku saje bosan-bosan surf ke blog-blog yg aku selalu baca, then terjumpa satu komen dlm blog Tawel Sensei pasal wordle . Wordle adalah aplikasi untuk generate data visualisation bagi sesuatu penulisan. Konsepnya adalah dengan menonjolkan tag cloud yang mana akan menunjukkan secara umum, apakah perkataan yang menjadi majoriti ataupun sering disebut di dalam satu penulisan. Blog ini telah pun dicuba, dan ini hasilnya : Menarik bukan? Bagi yang ingin mencuba, silakan ke wordle.net *Pastikan browser compatible dengan Java applet dan OS boleh Printscreen. Wassalam.. p/s : saat ku menatap dirimu, hatiku berdebar-debar di alam fantasi.. namun saat ku memikirkan realiti, ku tahu itu bukanlah sesuatu yang pasti.. yang pasti hanya dari Ilahi...