Dah 5 tahun dah.....

Assalamualaikum,
BLOG INI GENAP
5 TAHUN
HARI INI
(1 DISEMBER 2008)
:)

1 Disember 2003, itu adalah tarikh dimana pertama kali blog ini diterbitkan. Pada ketika itu, umur aku baru 17 tahun nak menjangkau ke 18 tahun sebulan kemudian. Terdapat 2 posting pada tarikh tersebut. Satu posting tidak bertajuk dan skeptik terhadap blog dan satu lagi posting bertajuk tapi isinya entah apa-apa ja. Seingat aku, masa tu aku berada di Kulim, cuti semester pertama tahun asas di Uniten.

Sekarang, dah 5 tahun berlalu. Dari umur aku nak masuk 18, la ni dah nak masuk 23. Macam-macam dah aku lalui dalam sepanjang berblog ni. Ada orang kata blog ni tak bagus, fitnah semata. Ada orang kata blog ni saluran alternartif demi kebenaran, ada pulak kata blog ni tempat orang makan suap, buat kerja menipu orang dan macam-macam lagi. Tapi bagi aku, blog ni tempat di mana hati berbicara, tangan menaip, otak menilai. Hatilah yang berbicara tatkala kita menaip, manakala otak pula menilai apa yang kita taip, samada baik ataupun buruk.

Dulu, 'trend' blog bukanlah macam ni. Sekitar tahun 2004, blog masih lagi agak baru di Malaysia ni. Waktu itu, blog boleh dikatakan (kebanyakannya) eksklusif pada orang-orang berlatarbelakang IT, tapi hakikatnya, selepas itu ianya tidak lagi ekslusif. Ini berpunca daripada kemudahan yang bertambah banyak dan mudah dalam penerbitan blog. Anda tidak perlu tahu kod-kod HTML untuk berblog, cukuplah faham dan mengerti bahasa Inggeris sebab semuanya ada diterangkan.

Kini, blog di Malaysia kelihatan makin berubah arah. Blog kini dianggap sebagai senjata politik yang ampuh dan kuat pengaruhnya, terutama sekali ke atas generasi muda. Penulis-penulis politik seperti SH Alattas dan Mohd Sayuti Omar, masing-masing mempunyai blog sendiri. Malah, Tun Dr Mahathir pun telah menerbitkan blog sendiri. Keperluan blog dalam suasana politik Malaysia tidak dapat dibendung. Tapi amat menyedihkan, ia sama sekali merubah apa yang sepatutnya disampaikan melalui blog : kebenaran yang datang dari hati.

Kalau kita lihat blog-blog politik hari ini, kebanyakannya diterbitkan tanpa bertanggungjawab. Fakta diterbitkan dengan salah, malah mereka juga mencampur-adukkan antara yang realiti dan fantasi, yang betul dan yang salah, yang nyata dan yang dongeng. Ini menyebabkan kredibiliti sesebuah blog sebagai wadah ekspresi diri menjadi negatif pada sesetengah pihak, walaupun pada sesetengah pihak yang lain ianya amat dipercayai dan diyakini benar sebenar-benarnya, melangkaui perbicaraan di mahkamah.

Aku bukanlah ada masalah kepada blog-blog politik tetapi biarlah apa yang kita paparkan itu maklumat yang benar dan sahih. Jangan pula kita kotorkan sesuatu yang sepatutnya datang dari hati dengan kotorang berbau fitnah dan penipuan yang tidak berasas. Memanglah dah namanya politik tetapi kalau terlampau tidak-ketahuan, mencampurkan antara kebenaran dan kebatilan bukankah ini satu penghinaan minda kepada para pembaca? Ada yang akan kata, kalau tak suka tak payah baca, tapi adakah itu sudah cukup untuk membuatkan apa yang kita sampaikan itu benar walaupun kebenarannya, ia adalah kebatilan?

Besarlah harapan aku kiranya keadaan blog di negara ini berubah kembali dalam masa setahun dua akan datang. Selain dari politik, banyak lagi yang boleh kita kongsi bersama. Buat umat Islam, kita boleh berkongsi pengetahuan dan panduan. Bagi peminat muzik, kita boleh kongsikan apa yang sedap didengar, bagi peminat novel dan cerpen, apa kata kita karyakan bakat kita di blog. Tidak sepatutnya kita melepaskan peluang ini tatkala pintu untuknya terbuka luas. Nak tulis politik tu bolehlah, tapi biarlah kena pada masanya serta berpada-padalah dengan sumber mana yang dipetik. Seboleh-bolehnya ambillah sumber yang sahih supaya kredibiliti dan integriti kita terpelihara!

Wassalam!

P/S : Disember datang lagi.. macam-macam ada bulan ni.. dan yang pertama sekali, selamat ulang tahun perkahwinan ke 24 buat ibu dan ayah aku di kampung. Semoga sihat dan bahagia sehingga ke akhir hayat~ :)

Comments

- Gie - said…
wah...lame gler..tp mmg da lame da g usha2 blog ni..time ngn rina foundation lg..lalala
Tokapi said…
time foundation ek? huhuhu... lama tu.. lama.. kem salam kat Rina ek... hahahahahaha.... (ngader je..)
-MiJiE- said…
amboi....gatai no hang kapi~
Tokapi said…
Gatai apa plak hang nie... hahahahahahahahahaha......

Popular posts from this blog

Tafsir Pimpinan Ar-Rahman

Sudah jauh daku mencari...

Another Year.... 2017