Friday, September 26, 2008

Salam Lebaran 1429

Assalamualaikum,

Di kesempatan yang ada ini, saya ucapkan selamat menyambut hari raya aidil fitri, maaf zahir dan batin...



Sekiranya ada salah dan silap mahupun terkasar bahasa, janganlah disimpan di dalam hati... buanglah yang keruh ambillah yang jernih.. maafkanlah sesama kita... kerana bila kita memaafkan seseorang, tidak mustahil, satu hari nanti orang akan memaafkan kita atas sesuatu perkara yang mungkin kita telah lakukan...

Buat rakan-rakan yang bertugas di perantauan mcm aku ni, kalau pulang ke kampung tu berhati-hatilah... bagi yang naik kenderaan awam, jaga harta benda anda jangan sampai tercicir atau tertinggal... kalau berjalan tu, waspada dengan penyeluk saku.. bagi yang memandu sendiri, berhati-hatilah di jalan raya.... biar lambat asal selamat... kalau nak cepat pon, biar selamat jugak.. rancangkanlah perjalanan anda...

Mudah-mudahan Aidil Fitri kali ini penuh bermakna buat kita semua.. bagi yg terasa sedih, kecewa, gelisah, janganlah kalian bersusah hati.. inilah ujian dan ketentuan Ilahi pada kita... bersyukurlah atas nikmat kurniaan dari-Nya... buangkanlah kesedihan di hati, bergembiralah kerana pada hari tersebut kita adalah di kalangan orang-orang yang berjaya, bak pahlawan gagah pulang dengan kemenangan dari medan perang!

Wallahu'alam...

Wassalamualaikum...

ps : kalau Allah tentukan antara kita pasti ada... kalau sebaliknya, pasti jua terselit hikmah... mudah-mudahan lah.... insya allah..

3 comments:

melayuangkat said...

Assalamualaikum Anakku,

Mak Cik ucapkan Selamat Hari Raya AidilFitri, Maaf Zahir Batin.

izzat said...

salam lebaran juga. Maaf zahir batin ye..

Tokapi said...

Kepada makcik & izzat,

Selamat Hari Raya Aidil Fitri jua saya ucapkan, Maaf Zahir Batin..

:)