Posts

Showing posts from April, 2025

Hari 114/2025 - A.I. : Artificial Intelligence (Kecerdasan Buatan)

Image
Assalamualaikum  Imej Abstrak "A.I." janaan sebuah platform A.I. sendiri Dunia sedang berhadapan dengan revolusi A.I. yang sangat cepat dan pesat berkembang. Sejak daripada kemunculan ChatGPT pada tahun 2022, dunia tidak lagi menoleh ke belakang atau berhenti sejenak sebelum menggunakan A.I. Kini selepas 3 tahun kelahiran ChatGPT, semakin banyak platform A.I. lain sedia untuk digunakan. Ada DeepSeek lah.. Llama lah.. Qwen lah... Dall-E lah... masing-masing ada kelebihan dan kefungsian masing-masing yang khusus. Umpamanya ChatGPT yang lebih umum kefungsiannya, versatil kebolehan dalam menjawab persoalan, menganalisa dan seumpamanya.  Qwen pula dikatakan lebih cepat memproses maklumat dalam menyelesaikan masalah. Manakala DeepSeek dianggap sebagai lebih mudah dalam 'penaakulan' atau reasoning dan sesuai untuk menyelesaikan masalah pengaturcaraan. Jadi, sebagai pengguna kita boleh memilih mana saja yang kita suka dan sesuai dengan tugasan yang dijalankan.  Jika tak tahu ...