Assalamualaikum Terdengar lagu nyanyian Daniel Bedingfield - If You're Not the One malam ini membuatkan aku mengimbau kenangan 21 tahun yang lepas semasa berada di tahun asas di UNITEN. Ada seorang housemate di kampus ketika itu, Arma namanya. Ini lah lagu yang diputar berulang-ulang di komputer beliau setiap malam. Aku yang ketika itu baru berumur 17 tahun lebih amat mengigati lagu ini kerana pengulangan tersebut. Pada ketika itu mungkin Arma sedang giat dilamun cinta.. ha ha ha.... Yang membuatkan aku terimbau adalah situasi yang sama iaitu, di waktu aku dengar lagu itu 21 tahun yang lalu, aku sebenarnya sedang menyiapkan assignment yang diberikan lecturer. Kendatipun pada hari ini "assignment" yang aku sedang lakukan di malam hari ini bukan diberi oleh lecturer, aku masih merasa suasana yang sama. Aku pernah muda, aku juga punya perasaan. Sebenarnya sewaktu aku mendengar lagu ini 21 tahun lepas, aku juga sedang menaruh harapan kepada seseorang. Bagi aku, dia adalah ci...
Inilah Kehidupan... Ada Dugaan, Rintangan Dan Cabaran... Penuh Perancangan... Namun Tuhan Yang Menentukan... Tuhan Rabbul 'Alamin..