Assalamualaikum Raya Haji 2024 Tibalah masanya pada ketika ini aku mencoret kisahku pada blog keramat ini... Haha... Telah hampir 21 tahun usia blog ini, ada satu ketika aku berblog hampir setiap hari dan ada satu ketika tiada satu entry pun dalam tempoh masa 2-3 tahun yang ku nukilkan ke blog ini... ahakss... Sehingga satu ketika aku kembali semula ke daerah ini yang dulunya meriah, kini menjadi tempat umum yang sangat peribadi dan menenangkan buatku... Pada ketika itu aku berjanji untuk mengemaskini blog ini sekurang-kurangnya 1 kali setahun. Tahun 2024, apa update keadaan diriku?: Pada 2023 Tuhan kurniakan daku putera yang kedua. Alhamdulillah kini berusia setahun dua bulan, membesar dengan sihat Pada 2024, puteraku yang sulung telah berjaya naik pentas selepas setahun berada di PPKI atas pencapaian akademik yang terbaik bagi sesi 2023 (mengikut standard yang sesuai dengannya) Pada 2024 ini juga aku dipersilakan naik ke pentas menerima sijil penghargaan di atas pencapaian cemer...
Inilah Kehidupan... Ada Dugaan, Rintangan Dan Cabaran... Penuh Perancangan... Namun Tuhan Yang Menentukan... Tuhan Rabbul 'Alamin..