Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2020

Hari 31/2020 - The Return of PPSMI

Assalamualaikum Hari ini terdengar berita yang Tun Dr Mahathir selaku pemangku Menteri Pendidikan mengumumkan bahawa PPSMI (Program Pengajian Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris) bakal diperkenalkan semula. Dulu blog ini pernah menukil pandangan bagi isu yang sama...  Lebih kurang 10 tahun lalu pada 2009. Cuplikannya seperti berikut: Untuk PPSMI 2.0 ini, pandangan saya lebih kurang sama tapi lebih memilih jalan pertengahan. Usia mendewasakan dan pengalaman mengajar kita. Dalam kehidupan ada hitam, putih dan kelabu. Begitu juga dalam setiap isu. Wassalam

Hari 2/2020 - LETAK!

Assalamualaikum Baru hari kedua di tahun 2020 ini. Menteri Pendidikan, Dr Maszlee umum letak jawatan. Entah apa dan mengapa. Nampak seperti tergesa-gesa. Rakyat banyak gundah gulana. Dulu diejek, diperli dihina. Kini diangkat laksana juara. Rupanya permata di antara banyaknya kaca. Banyak spekulasi. Dalam sidang media, Dr Maszlee memaklumkan bahawa peletakan jawatan ini telah mendapat perkenan Tun Mahathir dan atas nasihat beliau jua, Dr Maszlee "memulangkan" jawatan ini kepada Tun M [ link ]. Ya, imbas kembali pada tahun 2018. Sememangnya Tun Mahathir yang sepatutnya memegang portfolio Menteri Pendidikan, kerana senarai kabinet telah dirangka sebegitu. Walaubagaimanapun, pada ketika itu, berdasarkan perjanjian Pakatan Harapan, mereka telah memutuskan bahawa mana-mana Perdana Menteri tidak seharusnya memegang portfolio kementerian-kementerian demi tujuan menguatkan integriti dan tadbir urus. Tapi, bagi aku, Dr Maszlee ini orangnya bagus....

Hari 1/2020 - Fikir

Assalamualaikum Hari ini telah masuk tahun 2020. Ya, tahun yang sentiasa ditunggu-tunggu dan menjadi bualan rakyat Malaysia sekian lama. Kenapa? Bagi generasi muda (yang betul-betul muda) mungkin tidak mengetahui bahawa lebih kurang 30 tahun dulu, Kerajaan telah menyasarkan tahun 2020 sebagai tahun di mana Malaysia telah mencapai status negara maju, setanding dengan negara-negara lain. Idea dan lontaran Perdana Menteri Keempat ketika itu, nampaknya tidak kesampaian dan disahkan oleh Perdana Menteri Ketujuh, bahawa negara ini perlu masa lebih kurang 10 tahun lagi iaitu pada tahun 2030 untuk benar-benar mencapai status negara maju. Ironinya, PM-4 dan PM-7 adalah sosok tubuh yang sama. Di antara mengapa negara ini hold backed  daripada menjadi negara maju ialah kerana instability  yang berlaku akibat daripada krisis ekonomi dunia pada 1997-1998 serta krisis politik dalaman negara ini sendiri. Krisis ekonomi tersebut telah merencatkan pembangunan ke arah negara maju ne...