Assalamualaikum, Ini adalah post ke-400 blog ini. Menjangkau 9 tahun, macam-macam dah dicoretkan kat sini. Dari setahun ke setahun tema dan isi kandungan posting pun lain-lain. Tahun ini biarlah benda yang di post akan bagi manfaat buat semua. Pasrah, maksudnya menyerahkan segala-galanya kepada Allah S.W.T. Setelah kita berusaha dengan sedaya upaya di dalam sesuatu perkara, maka kita serahkan kepada Allah akan hasilnya. Andainya berhasil, maka kita ucapkan Alhamdulillah. Jika sekiranya pada pandangan kita ianya tidak berhasil, sepatutnya, kita ucapkan jua Alhamdulillah. Inilah sebenarnya cara untuk mencapai maksud redha akan takdir dan ketentuan Ilahi. Pasrah adalah penghubung di antara fasa usaha dan hasil. Redha adalah kemuncaknya. Bagaimanakah caranya kita pasrah? Sudah pasti dengan berdoa kepada Allah S.W.T kerana Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dan Maha Mengasihani. Pernah hati ini terguris Dengan fitnah dan tohmahan menghiris Sehingga terasa d...
Inilah Kehidupan... Ada Dugaan, Rintangan Dan Cabaran... Penuh Perancangan... Namun Tuhan Yang Menentukan... Tuhan Rabbul 'Alamin..