Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2011

Ini Adalah Sesuatu........

Salam, Jom dengaq ni.... For me, this is "Najib 2.0" or better known as "The Fierce Najib". Selama ini kita jarang melihat Dato' Sri Najib berucap dan berpidato begini, tapi kali ini nampak kegarangan beliau.  Nampak gayanya gendang perang telah dipalu... Apakah ini suatu petanda.....? Wassalam...

Berapa subsidi kerajaan untuk seliter Petrol RON 95?

Salam, PRIMAX 95 Petronas Aku taktau kalau hampa dah tau, tapi ni nak cerita benda yang dulu aku taktau dan la ni baru tau.. Tau? Tadi pagi aku pi isi minyak kat Petronas, tiba2 terbaca dia letak notis camni : Subsidi Minyak Oleh Kerajaan Pada Bulan Julai 2011 Kalau close-up sikit lagi.... Subsidi 8 kupang, pelepasan cukai 5 kupang 8 duit.... Kalau betui la harga sebenar ni... Kita kira2 sikit keseluruhan berapa Kerajaan dok subsidi kita seliter bagi RON 95 : Subsidi : RM 0.80 Pelepasan Cukai : RM 0.58 Overall Kerajaan tanggung = RM 1.38 Peratus kerajaan tanggung daripada harga sebenar : RM 1.38 / RM 3.28 * 100 = 42% Jadi, boleh kita katakan kerajaan telah menanggung 42% perbelanjaan rakyat bagi minyak RON 95 untuk bulan Julai 2011. Adakah Kerajaan yang ada sekarang ini tidak boleh ditakrifkan sebagai kerajaan berkebajikan? Fikir dan nilai sendiri.... Wassalam...

Himpunan Bersih = Sunnah Rasulullah S.A.W ?

Salam, Aku taktau apa ada dalam kepala depa ni... Klik imej untuk besarkan Haa??? Aishhh... Semalam aku dengaq khutbah kat Masjid, Khatib kata himpunan Bersih 2.0 ni adalah ZALIM dan HARAM sebab boleh membawa kepada kemudharatan dan ketidakstabilan. Adalah jelas lagi bersuluh, mereka ini ingin menjatuhkan pemerintah melalui jalan kotor atas nama 'Kebangkitan Rakyat' seperti di Libya, Syria, Mesir dan negara-negara Arab yang lain. Buktinya boleh baca sendiri niat dan tujuan sebenar mereka berhimpun. Mereka ini menjadikan SPR sebagai kambing hitam demi matlamat politik mereka. Bila berlaku perhimpunan ini nanti, pihak Polis yang mengawal sudah tentu akan mengambil tindakan dan pada ketika inilah, dajal-dajal dalam dan luar negeri akan beraksi mengambil gambar mendakwa kononnya Kerajaan Malaysia melalui tindakan Polis adalah zalim dan tidak berperikemanusiaan. Modus operandi yang sama telah digunakan di Libya, Mesir, Oman, Bahrain dan Syria. Media-media antarabangsa memburu...