Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2011

"Hadi, cukup-cukuplah dengan DAP, tinggalkan DAP” - DS Najib

"Hadi, Cukup-cukuplah dengan DAP..." Salam, Dalam minggu lepas aku ada cakap pasal 1Melayu 1Bumi . Gerakan penyatuan Melayu tersebut amat digeruni oleh parti politik bukan Melayu, terutama sekali DAP. Hari ini, Dato' Sri Najib Tun Razak meminta Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya meninggalkan DAP. Perkara ini tentu sekali bukan perkara yang main-main. Di dalam ucapan yang sama, DS Najib juga telah menyatakan bahawa masa depan " Malay sia" lebih terjamin dengan BN melalui kepimpinan UMNO. Dalam erti kata lain, ini juga mungkin satu "pelawaan" kepada PAS untuk menyertai BN, walaupun kita sudah boleh mengagak perkara ini buat masa dan ketika ini adalah sedikit sukar. Laporan berita tersebut : 30 April, 2011 15:46 PM Najib Minta PAS Keluar Pakatan Pembangkang KUALA TERENGGANU, 30 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta PAS keluar daripada pakatan pembangkang yang jelas tidak memperjuangkan agenda bangsa, ...

Fatah & Hamas : Perang Dah Tamat?

Salam, Hari ini terbaca dalam berita menyatakan Hamas dan Fatah telah menamatkan persengketaan : Fatah Dan Hamas Berdamai….. Tamatkan Persengketaan KAHERAH 29 April – Parti Fatah pimpinan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas semalam memeterai perjanjian dengan musuh ketatnya, Hamas untuk menamatkan perseteruan berlarutan antara mereka. Kedua-dua pihak juga bersetuju membentuk sebuah kerajaan interim menjelang pilihan raya dalam tempoh setahun. Israel yang menganggap Hamas sebagai sebuah pertubuhan pengganas tidak menyenangi perjanjian tersebut yang dirundingkan secara rahsia di Mesir. Rejim Zionis itu berkata, perjanjian Fatah-Hamas tidak akan menjamin keamanan di Asia Barat dan Abbas perlu terus memulaukan pergerakan berhaluan Islam yang memerintah Genting Gaza sejak 2007 selepas mengusir Fatah dalam satu perang saudara. Mencapai perpaduan Palestin dianggap penting untuk memulihkan sebarang prospek penubuhan sebuah negara Palestin merdeka, tetapi kuasa Barat enggan berurus...

1Melayu, 1Bumi

Dua jiwa satu hati? Salam, 1Melayu , 1Bumi? Utusan Malaysia pada 20 April 2011 telah menerbitkan sebuah artikel bertajuk " Ayuh! Gerakkan segera 1Melayu, 1Bumi " karangan pengarang Zaini Hassan. Tulisan ini, pada pendapat aku telah disalahertikan sama sekali setelah ligat diputar oleh media-media alternatif lain seperti The Malaysian Insider dan Malaysiakini . Ini telah menyebabkan Perdana Menteri sendiri terpaksa mengeluarkan kenyataan berikut ( 1Melayu, 1Bumi pandangan peribadi penulis ), umum melihat kenyataan Utusan Malaysia ini sebagai kenyataan tersirat yang dikeluarkan UMNO sendiri. Malah, Tun Dr Mahathir yang kita kenal tidak gentar dituduh 'racist' sekalipun menyatakan "gerakan" ini tidak baik untuk negara ( Gerakan 1Melayu, 1Bumi tidak baik untuk negara: Dr Mahathir ). Persoalannya, apakah yang dikatakan oleh pengarang ini tidak benar sama sekali? Bagi aku, apa yang dikatakan oleh pengarang ini hanya cerminan yang telah sekian lama dimai...

Dua Jiwa Satu Hati :)

Salam, Seronok betul tengok petikan video ni. Mesra sungguh ;) Mudah-mudahan perkara ini boleh menjadi kenyataan... :) Wassalam...

We should be proud....

Salam, Take a look at this (use mouse scroll button to zoom-in) : The website says : EF EPI Country Rankings English proficiency is highest in Europe as a whole. All the very high proficiency countries and all but one of the high proficiency countries are found there. However, the trend does not hold for all European countries: Spain, Italy and Turkey fall behind their neighbors.  Asia has a range of English proficiency levels from high in Malaysia to very low in Vietnam and Indonesia . The wealthier Asian countries tend to have higher levels of proficiency, as would be expected from their higher rates of school attendance and greater investment in private English courses.  Latin America has the lowest level of English proficiency of any region. Only Mexico and Argentina score above low proficiency. Historically weaker school enrollment levels, more political unrest, and low levels of government investment in education are all contributing factor...

Bukan Cinta Biasa remix Nobody

Salam, Dato' Siti dgn lagu Bukan Cinta Biasa remix Nobody Ni video ABPBH 2010.... Dato' Siti Nurhaliza menyanyi lagu Bukan Cinta Biasa remix dengan lagu Nobody. Enjoy... Wassalam...