Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2011

The Chosen One

Salam, In a time of darkness and green It is your light that we need You came to teach us how to live Mohammed ya rasool Allah You were so caring and kind You're so wise full of light You are the best of mankind Mohammed khairo khalq illah Salu ala rasool ellah Habibi el mostafa Peace be upon the messenger the chosen one From love you returned away In all nigh you would pray Truthful in every word you say Mohammed ya rasool Allah Your face was brighter than the sun Your beauty equaled by no one You are Allah chosen one Mohammed khairo khalq illah Salu ala rasool ellah Habibi el mostafa Peace be upon the messenger the chosen one I'll try to follow your way And do my best to live my life As you taught me I pray to be close to you On that day and see you smile When you see me Salu ala rasool ellah x3 Habibi el mostafa x2 Peace be upon the messenger the chosen one x3 Apa yang menarik, selain daripada lagu tu sendiri adalah music video dia. Bagi aku, boleh dikatakan krea

Surat Khabar Lama : Hubungan Mahathir - Anwar

Protege & Mentor Salam,   Ummi Hafilda Ali Tadi sempat tengok video Ummi Hafilda Ali yang buat press conference, katanya nak saman Anwar, Azmin, Shamsidar, Wan Azizah, Karpal Singh dan lain-lain kerana didakwa menyembunyikan kebenaran dalam kes Anwar Ibrahim. Seperti mana yang kita semua sedia maklum, Anwar telah dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 2 September 1998. Kejadian ini amat mengejutkan negara pada ketika itu. Kalau tak silap aku, pada masa pemecatan Anwar tu, ramai antara kita ni tak berapa nak kenai internet lagi. Baca paper pun tak mungkin 100% faham apa yang terjadi. Hanya setahun-dua selepas itu kita disajikan dengan cerita-cerita sensasi dari pelbagai pihak setelah dunia IT mula berkembang dan ramai di antara kita mula mendapat akses berita melalui internet. Sehari sebelum pemecatan Anwar (1 September 1998), PM ketika itu, Tun Mahathir telah membayangkan dalam satu program wawancara dengan RTM bahawa beliau bersedia menerima perletakan

Anugerah Juara Lagu 25 (AJL 25)

Salam,  Anugerah Juara Lagu   - dah 25 kali diadakan.. maksudnya dah 25 tahun.. Sama macam umoq aku. Tahun ni aku rasa banyak lagu yang sedap masuk peringkat akhir. Dan persembahan malam tu rasanya antara yang terbaik sebab ada plak persembahan artis-artis evergreen seperti M.Nasir, Nash, Sharifah Aini, Ziana Zain dan Siti Nurhaliza. Lagu-lagu yang dipertandingkan pulak bukan sebarangan. Sering kedengaran di corong-corong radio dan juga di kaca tv. Semuanya telah berakhir dan keputusannya adalah seperti berikut : 1. Persembahan Terbaik   Hanyut - Faizal Tahir 2. Vokal Terbaik & Tempat Ketiga Noktah Cinta - Hafiz 3. Tempat Kedua   Drama King - Meet Uncle Hussain ft. Black 4. Tempat Pertama (Juara Lagu AJL 25) Tolong Ingatkan Aku - Ana Raffali Keputusan ini nampaknya agak memeranjatkan. Aku rasa ramai yang menjangka lagu yang disampaikan Faizal Tahir (samada Hanyut atau Selamat Malam) bakal memenangi juara AJL 25 kali ini, tetapi nampaknya jangkaan tersebut amat meleset

Bye 2010! Welcome 2011!

Salam, 2011 Dah Menjelma! Tahun baru menjelma lagi. Tahun 2011 bakal disambut dengan penuh keazaman dan penuh tekad bagi sebilangan besar kita di negara ini. Memang menjadi satu kelaziman, kita sentiasa bercita-cita untuk memenuhi impian dan perancangan yang kita telah tetapkan bagi masa hadapan. Persoalannya, mampukah kita jayakan perancangan tersebut? Mudah-mudahan kita dipermudahkan segala urusan untuk mencapai apa yang dirancangkan. Bagi aku, tahun 2011 ni agak penting. Pada tahun ini, aku rasakan negara kita akan mengalami satu lagi perubahan besar semenjak 2-3 tahun kebelakangan ni. Yang aku maksudkan ialah kemungkinan besar pilihan raya umum akan dijalankan serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak yang mana dewan undangan negerinya akan mencapai tempoh matang dan berakhir samada di hujung suku pertama 2011 ataupun pada awal suku kedua 2011. Semuanya tampak kian terang dan jelas. Jadi aku harapkan pada tahun 2011 ni, kita boleh memilih kerajaan yang dapat memberi manfaat