Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2010

Salam Agregat 4 -2 ~ Malaysia Tanah Tumpahnya Darahku!

Salam, Garuda parah dibaham Harimau Malaya Malaysia menjuarai piala AFF Suzuki edisi 2010 . Setelah berhempas pulas semasa di peringkat kumpulan, laluan Malaysia tampak sukar di awal persaingan. Bermula dengan kekalahan 1 - 5  di Gelora Bung Karno (GBK), Malaysia seterusnya seri dengan Thailand 0-0 sebelum bangkit membenam Laos dengan jaringan 5 - 1. Seterusnya, Malaysia yang hampir-hampir terkeluar daripada saingan, berjaya menempatkan diri di pusingan Separuh akhir apabila Indonesia berjaya mengalahkan Thailand dalam perlawanan akhir peringkat kumpulan. Malaysia layak dengan menduduki tempat kedua di bawah Indonesia. Bakal lawan Malaysia di Separuh Akhir ialah Vietnam, juara AFF Cup sebanyak beberapa kali. Pemain ke-12 Malaysia Namun, semangat anak buah Rajagopal tidak luntur sama sekali. Perlawanan Separuh Akhir pertama di Bukit Jalil, Malaysia berjaya menewaskan Vietnam dengan 2 - 0. Inilah semangat juang yang ditunjukkan para pemain muda negara dibantu oleh pemain "...

Edisi Posmen : Dari Pintu Ke Pintu....

Andai kata aku seorang Posmen, pintu ini akan aku kunjungi jua! Salam, Apa edisi posmen? Mana ada edisi posmen kat sini... Hehehe..   Dari pintu ke pintu tu lirik lagu Kumpulan Fotograf la... Ke Pintu Kasih Mu tajuk dia... Tadi pagi masa pi keja, aku dengaq Suria FM.. Tetiba depa pasang lagu ni.. Lama tak dengaq, truih search kat Youtube.. hahaha....  Layan la nohhhh........ Edisi Youtube : http://www.youtube.com/watch?v=_Hwraq1ZDL8 Fotograf - Ke Pintu Kasih Mu Jernih berkilauan bagai titisan embun menghujan Hening alam rasa bila namamu aku lafazkan Ku saksikan dengannya hati penuh rindu yang syahdu Dan berbisik tentangnya hasrat jalinan cinta kasih Dan dari pintu ke pintu Jangan di langsiri Dengan tabir kelam Buka luaskan dengan cahaya Segala dan semuanya Tetapkan ku genggam Penuh kepasrahan Dan tanpa resah Terhadap cinta Di saat bercinta datang berbagai bayang bayang menjelma Dan kerna saktinya cinta ku teguh tidakkan luruh...

Kenapa orang lain takmau meniaga macam dia meniaga?

Salam, Pagi ni aku terbaca dalam forum CARI dan teruih check berita asal dekat KOSMO . Cuba pakat baca tengok : Jual murah pun boleh untung Oleh FAUZI MOHD. berita@kosmo.com.my ORANG ramai tidak putus berkunjung ke kedai milik Sinah untuk membeli pelbagai jenis makanan dan minuman di Kampung Losong Atap Zin, Kuala Terengganu semalam. KUALA TERENGGANU – Percaya atau tidak, segelas teh ‘O’ yang biasanya dijual pada harga 80 sen secawan hanya dijual pada harga 30 sen manakala milo ais yang biasanya dijual pada harga RM1.50 dijual hanya 80 sen segelas oleh seorang peniaga di Kampung Losong Atap Zin di sini. Menariknya, peniaga tersebut, Sinah Sulaiman (gambar), 50, bertindak menjual semua jenis minuman di kedainya pada harga di bawah RM1. Menurut Sinah, harga minuman yang dijual di kedainya tidak pernah berubah sejak 20 tahun lalu walaupun harga beberapa bahan mentah seperti gula dan susu telah beberapa kali naik dalam tempoh tersebut. “Selain minuman, saya juga menjual lebih...

Kepommm!!!! Gurururururrrruhsssshhhhhhh#########!!!

Salam, Dia pecah betui-betui kat ayat cerita pasai Explosion dan Warning.. Tajuk entry adalah bunyi tayar aku sedang pecah pada pagi tadi. Masa nak pi opis, aku mcm biasa amik lorong kiri untuk belok ke kiri jika tiada kenderaan. Di sebelah dah ada kereta panjang beratur, tapi ruang masih ada dan selalu aku buat mcm tu tak ada masalah. Tapi hari ni aku taktau silap tang mana. Skill Fujiwara Takumi yang aku mastered dah beberapa bulan nampaknya bertukar menjadi tragedi. Dengan sedikit sentuhan ke bahu jalan, tayar aku meletop dengan tiba-tiba ....Oh, baru aku teringat, semalam aku bubuh angin dalam tayar sehingga cekang dan mantap! Hehe.. Mau tak mau, melayang dalam RM 300 lebih tadi sebab tukaq tayar baru sebijik + ganti tayar lama akibat kejadian lain yang berlaku beberapa bulan sebelum itu. Itu baru meletop yang pertama. Meletop kedua ialah apabila aku nak buat call guna henpon aku, tiba-tiba baki tinggai RM 0.01. What the flip?? Kalau tgk entry lepas memang aku punya reload ...

Instant Prepaid Topup... Instant? Mengarut!

Salam Instant Prepaid Topup : Tambah Nilai Pra-Bayar Segera Kan? Segera tu maksudnya.. Apa itu segera.... tidak berlengah-lengah lagi, cepat, gesa-gesa, lekas-lekas: marilah kita pergi ~; segera - segera sl segera : pergilah engkau kembali ~ sampaikan kataku ini; bersegera cepat-cepat, lekas-lekas, tergesa-gesa: kami pun ~ menukar pakaian; bersegera- segera sl bersegera; menyegerakan 1. melekaskan, mencepat-kan: Tunku meminta Britain menambah bantuan dan ~ pengirimannya; 2. menggesa (meminta) supaya lekas-lekas: maka Ben-dahara dan Seri Nara Diraja ~ orang mem-buat istana; kesegeraan keadaan segera : ~ usaha di peringkat persekutuan utk melaksanakan perubahan; penyegeraan perihal (proses, perbuatan atau tindakan) menyegerakan: kajian itu mengaitkan vitamin C dgn ~ pemulihan serangan sakit jantung. -- Kamus Dewan Edisi Empat. Kalau kita buat "Instant Prepaid Topup" padam jam 9.45 Malam semalam sehingga hari ini jam 7.00 pagi masih belum lagi diterima, ada...

Change, we must!

Salam All, This is my 353rd blog post since I start blogging in 2003. A lot of thing has changed. Among all, now i think it is time for me to use my real name in my blog. I've also changed the domain and now, this blog could be accessed directly from this address : http://azhar.osman.my -- Don't you think its cool? I think it does... hehe.. Apart from that, I think that I should just make this blog as simple and minimal as possible. This is something I really wanted to do since the last few months, but just to make it perfect, I wait till its 7th birthday which is on 1st December 2010. Yes, on the same day, 7 years ago I started this blog in a hope someone would take their time and read my thoughts... I wanted to share my life and opinion to everyone who are willing to spend their time for that purpose. For those, who had been reading my blog since it was first published, I would like to thank you all very, very much! You may know me or you may not. You might have just reach...