Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2010

Barang yang lepas..

Tiap insan hai tidaklah kekal Tentu kembali dimana berasal Janganlah sedih hai janganlah pilu Serahkan pada Allah yang satu Salam, Tadi aku baru lepas tengok cerita Nasib Labu Labi.. Biasala, cerita sapa lagi kalau bukan cerita arahan my Allahyarham Datuk punya friend, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Kehebatan beliau sebagai seorang seniman yang versatile tak dapat dinafikan lagi. Setiap hasil karyanya cukup hebat dan tidak keterlaluan dikatakan lahir daripada hasil tangan seorang yang genius. Di sebalik berkarya untuk berhibur, aku percaya Allahyarham mempunyai method tersendiri dalam menyebar nasihat ke arah kebaikan. Kalau tak percaya, perhati dan hayati lagu ni betul-betul... " ...Barang yang lepas jangan dikenang kalau dikenang tentu menangis ooo... " Barang yang lepas Hai jangan dikenang Kalau dikenang Meracunlah diri Tiap insan hai tidaklah kekal Tentu kembali dimana berasal Janganlah sedih hai janganlah pilu Serahkan pada Allah yang satu* Ooo dunia ibaratnya roda Naik...

SS Mufti Perak dedah kisah kerajaan perpaduan..

Salam, Petikan dari Utusan Malaysia.. Harussani dedah keangkuhan Pas BANGI 4 Mac - Setelah berdiam diri hampir dua tahun selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria hari ini meluahkan apa yang terbuku di hati. Beliau menceritakan keangkuhan Pas Perak yang menolak mentah-mentah cadangan penubuhan kerajaan perpaduan di negeri itu, walaupun secara dasarnya ia diperkenan oleh Sultan Perak, Raja Azlan Shah dan juga dipersetujui oleh kepimpinan tertinggi parti itu. "Apabila dikemukakan cadangan penubuhan kerajaan campuran antara Pas dan Barisan Nasional (BN), Pesuruhjaya Pas Perak, Ahmad Awang terus berkata, kita tidak akan bersekongkol dengan orang Islam (UMNO) yang zalim, lebih baik berkawan dengan kafir (DAP). "Saya tanya hadis dan ayat mana yang dipakai kerana setahu saya ada hadis mengatakan tolonglah saudara kamu yang zalim dan dizalimi. Saya kata jika BN ini zalim, saya tawarkan wakil rakyat Pas menjadi Menteri Besar dan yang lain akan jadi E...