Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2009

Hang Tuah & Tun Teja cakap utara..... (18SX)

Salam Heheheee... hampa semua tengok dulu.. aku tamau cerita lagi.... Wassalam... p/s : Org Penang kata "Macam Siyyeyyy...", Orang Kedah kata "Macam Pelaaqqq...". HahahHAhaHAhahHAhaHAAHahahhaAHhahahAHahahaAHahhaaaa.... UPDATE : Kot hampa rasa tak cukup, mai pi tengok lagi siri kedua... Hang Tuah utara dgn mak dia.. >> HANG TUAH UTARA II

RECAP : "We have the numbers"

Salam As I was wandering around the net, I found this interesting short clip on youtube.. Well, just a recap I guess... Everyone knew what happened the next day... ;) Wassalam... p/s : The moral of the story is "Once a liar, always a liar.."

Penerangan mengenai dasar liberalisasi & ekonomi

Salam, Ramai di antara kita tidak memahami tujuan sebenar dasar liberalisasi yang diperkenalkan oleh kerajaan baru-baru ini. Ada yang menuduh dasar tersebut sebagai cubaan untuk menghakis hak istimewa Bumiputera dan ada juga yang melihat kerajaan sebenarnya tunduk pada gesaan-gesaan anti-Bumiputera. Perkara yang sama turut dibangkitkan oleh Syed Munawar semasa menerumah YAB Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Tun Razak semasa wawancara khas 100 hari bersama PM yang disiarkan oleh RTM 1 pada 12 Julai yang lepas. Bagi yang terlepas untuk menonton penerangan dan jawapan oleh Perdana Menteri mengenai isu ini, anda bolehlah menonton video yang disediakan di bawah. Sekiranya anda berhajat untuk menonton keseluruhan rancangan tersebut, anda boleh berbuat demikian dengan melawat url berikut : http://www.pmo.gov.my/?menu=watch&page=1735&v=95 Marilah kita menilai jawapan yang diberikan oleh Perdana Menteri sebelum membuat apa-apa keputusan mengenainya. Wassalam...

100 Hari Dato' Sri Najib

Salam, 100 Hari Perdana Menteri ke-6 Hari Sabtu lepas merupakan genap 100 hari Dato' Sri Najib menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-6. Sepanjang 100 hari tersebut, banyak perkara yang telah dilakukan beliau yang mana mendapat reaksi yang berbagai-bagai di kalangan rakyat Malaysia. Ada yang bersetuju dan berterima kasih, ada pula yang menghina dan mengeji kerana mereka menganggap apa yang disebut dan diperkatakan oleh beliau hanyalah retorik dan modal politik semata-mata. Bagi penulis, reaksi yang bercampur-campur ini adalah lumrah dan merupakan satu cabaran bagi setiap pemimpin yang memimpin sesebuah negara. Apatah lagi, negara kita ini adalah negara yang berbilang bangsa dan mempunyai kebudayaan yang pelbagai - jadi tidak hairanlah jika setiap perkara yang dilakukan tidak dapat memuaskan hati semua pihak. Bermula sejak diangkat menjadi Perdana Menteri, beliau telah mengejutkan semua pihak dengan pengumuman pembebasan 13 tahanan ISA dari kem Kamunting . Pembebasan tersebut termasuk...

More than words...

Salam Orang kebanyakan adalah orang ramai ataupun kita sebut kebanyakan orang. Ramai orang mengunjungi blog chedet.cc Sebelum........ Selepas........... Setakat jam 7.00 petang, 10 Julai 2009, ramai telah mengundi blog yang dikunjungi ramai tersebut. Ramai bukan? Ramai ialah majoriti. Majoriti adalah...? Fikir sendiri saudara saudari... Wassalam.. p/s : Aku orang kebanyakan... ;)

Kenapa Chin Peng tak boleh balik Malaysia

Salam Beberapa minggu yang lepas, blog ini telah memaparkan kecaman terhadap sesetengah pihak yang mendesak kerajaan supaya membenarkan pengkhianat negara, Chin Peng pulang ke Malaysia. Alasan mereka, Chin Peng bukanlah pengganas tetapi adalah pejuang kemerdekaan. Begitu juga alasan mereka, sesetengah pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) yang lain seperti Shamsiah Fakeh dibenarkan pulang. Jadi mengapa tidak Chin Peng? Agensi berita nasional, BERNAMA melaporkan hari ini 1Malaysia Best Platform To Build Resilience, Unite People, Says Former IGP KUALA LUMPUR, July 4 (Bernama) -- The 1Malaysia concept is the best platform to build the resilience of Malaysians and unite the people of various races, former Inspector-General of Police Tun Hanif Omar said. "That is the only way we can be strong in accordance with the constitution," he said on the "Sembang-Sembang Sejarah" (History Chat) session organised by the Malaysian Historical Society at Wisma Sejarah, here, Saturday....