Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2008

Salam Lebaran 1429

Assalamualaikum, Di kesempatan yang ada ini, saya ucapkan selamat menyambut hari raya aidil fitri, maaf zahir dan batin... Sekiranya ada salah dan silap mahupun terkasar bahasa, janganlah disimpan di dalam hati... buanglah yang keruh ambillah yang jernih.. maafkanlah sesama kita... kerana bila kita memaafkan seseorang, tidak mustahil, satu hari nanti orang akan memaafkan kita atas sesuatu perkara yang mungkin kita telah lakukan... Buat rakan-rakan yang bertugas di perantauan mcm aku ni, kalau pulang ke kampung tu berhati-hatilah... bagi yang naik kenderaan awam, jaga harta benda anda jangan sampai tercicir atau tertinggal... kalau berjalan tu, waspada dengan penyeluk saku.. bagi yang memandu sendiri, berhati-hatilah di jalan raya.... biar lambat asal selamat... kalau nak cepat pon, biar selamat jugak.. rancangkanlah perjalanan anda... Mudah-mudahan Aidil Fitri kali ini penuh bermakna buat kita semua.. bagi yg terasa sedih, kecewa, gelisah, janganlah kalian bersusah hati.. inilah ujian ...

Pembangunan Bandar Mekah Menuju 2010

Assalamualaikum.. Td baru je dpt e-mel dr kawan.. dlm tu ade gambo-gambo pembangunan bandar Mekah, dari sekarang menuju ke 2010 nanti.. Nak jadi camtu nanti ke tidak ke, bukan kita yg tentukan, Allah yang menetukan.. kita cuma merancang aje.. Lihatlah.. Apa pendapat kalian? Wassalam.. :)

Benarkah Ahmad Ismail Racist?

Salam... Nin dia aku bawak mai.. depa dok tuduh Ahmad Ismail ni rasis la apa la tapi depa dok putaq alam apa yang dia dok kata hat betui..... Ni aku tunjuk kat hampa semua... Apa raa Tsu Koon.. apserenapete... dok pi bakaq sana bakaq sini buat apa... siyyeyyyy... Wassalamualaikum..

Melayu Racist? Cina & India?

Salam.. Ni aku amik dari blog Tun Mahathir.. "Pohon Maaf" 1. Baru-baru ini Kerajaan dan Timbalan Perdana Menteri serta Menteri-Menteri sibuk memohon maaf kepada orang Cina dan India kerana apa yang dikatakan kata-kata yang dianggap sebagai terlalu perkauman (racist) yang telah disebut oleh beberapa pemimpin Melayu. 2. Sebenarnya orang Melayu sekarang amat takut jika mereka diberi label "racist". Mereka menulis dalam akhbar yang orang Melayu bukan racist. Demikianlah ketakutan mereka sehingga apabila hak mereka di buruk-burukan dan diserang, mereka tidak berani mempertahankan diri mereka. 3. Malang bagi TPM dan Kerajaan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi setelah memohon maaf secara terbuka permohonan maaf daripada pemimpin tertinggi Umno ditolak oleh pemimpin-pemimpin kaum berkenaan. Mereka menuntut supaya orang yang perkatakan perkataan yang dilabel "racist" sendiri memohon maaf. 4. Satu lagi peristiwa yang memalukan ialah apabila Kerajaan hantar seorang Ment...