Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2008

Salam Ramadhan 1429 ~ 2008

Assalamualaikum~ Ahlan.. ahlan wa sahlan.. marhaban Ramadhan... Alhamdulillah, ku panjatkan kesyukuran ke hadhrat-Mu Ilahi kerana telah menemukan aku semula dengan Ramadhan. Ramadhan, bulan penuh berkah, bulan penuh maghfirah.. bulan yang terdapat pada malamnya satu malam yang lebih baik dari seribu bulan... Betapa besarnya kurniaan dan limpahan rahmat yang Allah kurniakan di bulan Ramadhan. Bersama-samalah kita mencarinya dengan menjalani ibadah puasa dengan betul serta mematuhi segala larangan dan suruhannya serta marilah jua kita tambahkan amalan-amalan sunat mudah-mudahan mendapat balasan yang baik kelak, di dunia dan akhirat. Wassalamualaikum..

Kemerdekaan ke 51 - Perpaduan Teras Kejayaan

Assalamualaikum.. Pertama-tama sekali, aku nak ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada rakan-rakan yang sedang dan telah berkonvo pada sepanjang minggu yang lepas dan pada 23 & 24 Ogos ini. Majlis konvokesyen mungkin sekali dalam seumur hidup, tapi apa yang lebih penting ialah kemanisan daripada kejayaan yang dicapai. Hargailah dan syukurilah nikmat yang Allah berikan kepada kita. Melangkah naik ke pentas untuk menerima ijazah merupakan satu kepuasan yang akan dirasakan setelah hampir 4-5 tahun bertungkus lumus dalam mengharungi ranjau, onak dan duri bergelar pelajar. Aku jugak nak ucapkan terima kasih dekat Jijy yang mana pada minggu lepas dah selamat belanja kami makan dlm birthday party dia. Walaupun dinamakan 'birthday party' tapi tak ada 'parti liar' seperti yang disangkakan. Aku jugak nak ucapkan selamat kembali dan semoga cepat sembuh kepada sahabatku Radin yang mengalami sedikit masalah kesihatan semasa program Outbound TNB. Semoga dalam keadaan sihat sentias...

JALUR GEMILANG!

Assalamualaikum... JALUR GEMILANG TIDAK SEHARUSNYA DIKIBARKAN SECARA TERBALIK!!! WALAU DALAM APA JUA KEADAAN SEKALIPUN, SEKIRANYA ANDA TIDAK BERPUAS HATI DENGAN KERAJAAN, JANGAN SAMPAI MEMBUAT TINDAKAN BODOH SEPERTI MENGIBARKAN JALUR GEMILANG UPSIDE-DOWN KERANA IA MENGGAMBARKAN PENGKHIANATAN KEPADA NEGARA!!! KIBARKAN JALUR GEMILANG DENGAN BETUL TANDA CINTAKAN TANAH AIR!! SSEBAGAI BANTAHAN TERHADAP "IDEA  DAN KEMPEN GILA" GILA TERSEBUT, SILA KIBARKAN JALUR GEMILANG DENGAN CARA YANG BETUL DI BLOG ANDA. INI BUKTI KITA CINTAKAN NEGARA WALAU DALAM APA JUA KEADAAN. JANGUN CAMPUR ADUKKAN ISU POLITIK SEMPIT DALAM KESETIAAN KEPADA NEGARA!!! Wassalam..

Soal & Jawab

Salam... Adakah tapak tanganmu berkeringat, hatimu berdebar kencang dan suaramu tersekat di dadamu? Itu bukan Cinta, itu SUKA. Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan mata darinya? Itu bukan Cinta, itu NAFSU. Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu ia ada di sana? Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN. Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang diinginkan semua orang? Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN. Adakah kamu tetap mengatakan kamu menyintainya kerana kamu tidak ingin melukaihatinya? Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN. Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan matanya membuat hatimu melompat? Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA. Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana kamu mengambil berat tentangnya? Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN. Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiap hari hanya dia yang kamu fikirkan? Itu bukan Cinta, itu DUSTA. Adakah kamu rela memberikan semua perkara yang kamu senangi untuk kepentingan dirinya? Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI. Tetapi Adakah k...