Assalamualaikum... Ini kisah yang terjadi di Singapura pertengahan tahun 2005, sewaktu seorang wanita yang dinamakan disini sebagai Datin Seri Handayani Mohamad masih lagi ada hayatnya. Menantunya, seorang didikan Inggeris, Benson Hedges (BH) telah berada direpublik itu atas urusan biasanya. Tanpa dirancang, Benson Hedges telah terserempak seorang wanita Malaysia, berdarah kacukan termasuk Melayu dan Burma, menjawat sebagai seorang peguam diKuala Lumpur, juga da urusan dikota raya yang dimajukan oleh Sir Stamford Raffles itu. Wanita ini ialah bekas teman wanita BH, maka mereka pun keluarlah bersama sama, pergi bercerita kisah masing-masing sewaktu makan malam. Ini diteruskan apabila mereka terus menikmati keghairahan pelbagai tarikan malam kota raya moden tersebut. Setelah menikmati beberapa minuman, tanpa sedar atau sebalik, mereka telah jatuh kedakapan masing-masing, melayari keindahan malam yang penuh cabaran yang kemungkinannya, pada ketika itu, kedua-dua insan ini gagal mengawal k...