Salam... Meh baca Utusan Malaysia hari ni...(23 November 2005) Kecelaruan seks serius -- Lelaki mahu jadi wanita banyak berlaku di asrama sekolah, IPT Oleh: ABDUL MUIN SAPIDIN dan RUBIAH NORDIN PETALING JAYA 22 Nov. - Masalah kecelaruan seks - fenomena mahu menjadi perempuan - didapati semakin serius berlaku di kalangan pelajar lelaki khususnya yang tinggal di asrama sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT). Kajian Institut Kajian Liberal, Universiti Tenaga Nasional (Uniten) di beberapa sekolah berasrama dan IPT sekitar Lembah Klang mendapati, bilangan kumpulan tersebut semakin bertambah seiring perkembangan manusia. Analisis data hasil kajian itu mendapati, terdapat lima hingga 10 peratus golongan homoseksual wujud di sekolah dan IPT - rata-ratanya beragama Islam. Ketua pasukan kajian itu, Mohd. Ariff Ahmad Tarmizi menegaskan, walaupun perangkaan itu agak sedikit bilangannya, tetapi jumlahnya semakin bertambah saban hari dan ia berlaku hampir di semua sekolah berasrama dan IPT. ``...
Inilah Kehidupan... Ada Dugaan, Rintangan Dan Cabaran... Penuh Perancangan... Namun Tuhan Yang Menentukan... Tuhan Rabbul 'Alamin..