Tuesday, January 31, 2012

Andainya 'Dia' masih bersama kita....

Assalamualaikum..,

Allahumma solli 'ala saiyyidina Muhammad, wa 'ala alihi wa sohbihi ajma'in...

Lirik dalam bentuk teks : http://pastebin.com/jhD3WpMm 

Maka sungguh benar lagu ini....

Amat susah kita untuk menyamai penghulu kita, Nabi Muhammad Rasulullah S.A.W dalam apa-apa jua perkara sekalipun. Tapi ini tidak bermakna kita tidak boleh mencuba sedaya upaya untuk menerima dan mengamalkan apa yang Rasulullah S.A.W telah ajarkan... Mudah-mudahan kita semua di kalangan umat Baginda yang akan diberi syafaat oleh beliau di akhirat kelak.

Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad Sollallhu 'alaihi wassallam.....

Wassalam...

Bagaimanakah aku di'sana' nanti? Tatkala mengaku diriku merinduimu ya Rasulullah... tapi aku terus bergelumang dengan maksiat dan dosa... Adakah aku ini layak diberikan syafaat oleh mu? Ya Allah, bimbinglah aku ke arah Mu sebagaimana telah Engkau bimbing Penghulu Kami Rasulullah S.A.W... Ya Allah, temukanlah diriku dengan Kekasih-Mu di dalam mimpi ataupun sedar supaya dengan itu, mudah-mudahan aku mendapat syafaat darinya dan mendapat keampunan dan kasih sayang-Mu, Ya Allah.... Amin...

No comments: