Anugerah Juara Lagu 25 (AJL 25)

Salam, 

Anugerah Juara Lagu  - dah 25 kali diadakan.. maksudnya dah 25 tahun.. Sama macam umoq aku. Tahun ni aku rasa banyak lagu yang sedap masuk peringkat akhir. Dan persembahan malam tu rasanya antara yang terbaik sebab ada plak persembahan artis-artis evergreen seperti M.Nasir, Nash, Sharifah Aini, Ziana Zain dan Siti Nurhaliza. Lagu-lagu yang dipertandingkan pulak bukan sebarangan. Sering kedengaran di corong-corong radio dan juga di kaca tv. Semuanya telah berakhir dan keputusannya adalah seperti berikut :

1. Persembahan Terbaik

 
Hanyut - Faizal Tahir


2. Vokal Terbaik & Tempat Ketiga

Noktah Cinta - Hafiz


3. Tempat Kedua

 
Drama King - Meet Uncle Hussain ft. Black


4. Tempat Pertama (Juara Lagu AJL 25)


Tolong Ingatkan Aku - Ana Raffali

Keputusan ini nampaknya agak memeranjatkan. Aku rasa ramai yang menjangka lagu yang disampaikan Faizal Tahir (samada Hanyut atau Selamat Malam) bakal memenangi juara AJL 25 kali ini, tetapi nampaknya jangkaan tersebut amat meleset. Walaupun persembahan Faizal Tahir nampak lebih bertenaga daripada peserta lain malam ini, namun pendatang baru mainstream muzik tanah air, Ana Raffali, nampaknya berjaya memikat hati para juri. Lagu ciptaan beliau sepenuhnya yang bertajuk "Tolong Ingatkan Aku" itu nampaknya berjaya memukau mereka untuk memberikan kemenangan kepadanya.

Pada aku, artis yang menghasilkan lagu dan lirik serta menyanyikan sendiri lagu tersebut memang artis yang kita mahukan sebab apa yang mereka nyanyikan itu adalah datang dari hati mereka sendiri. Ana Raffali, Faizal Tahir, Yuna dan ramai lagi artis yang mempunyai kebolehan seperti mereka harus dihargai kerana mereka ini serba boleh, dan tak mustahil boleh mengikut jejak Tan Sri P. Ramlee. Secara keseluruhannya, AJL 25 agak menghiburkan dan penuh kejutan!

Tahniah buat yang menang!

Wassalam..

Pssttt.... Nak dengar semua lagu2 yang dipertandingkan? KLIK SINI.. xD

Comments