Skip to main content

Kembali Bertugas!

Assalamualaikum..

Yeah! Kembali Bertugas! hehe.. setelah hampir seminggu beraya di kampung, hari ini aku kembali bertugas di ofis seperti biasa. Perjalanan pulang ke Kajang dari Kulim semalam agak lancar dan tiada kesesakan. Dengar katanya, hari Sabtu jalan sesak teruk tapi semalam ok la pulak. Mungkin semua orang pakat 'merancang' perjalanan dan ambil keputusan balik awal sehari untuk elak kesesakan.. tup..tup tengok, sesak pulak Sabtu.. ye lah, rakyat Malaysia sekarang ni bijak-bijak belaka merancang perjalanan sampai semua nak balik pada hari yang sama.

Alhamdulillah, walaupun ada yang tersekat dan terhenti dek kesesakan, yang penting adalah tiba ke destinasi dengan selamat. Semalam, aku mulakan perjalanan dengan pi ambik Miji di rumah dia. Pastu aku pi Penang plak, amik abang sedara aku, lepas tu baru kami meneruskan perjalanan menuju ibu kota. Perjalanan seawal 7 pagi tu memang agak lancar dan terkawal. Kereta adalah lebih dari biasa tapi tiada kesesakan. Kami berhenti kejap di Sg. Perak sbb miji nak sarapan, tapi malang pulak, hentian R&R Sg. Perak sedang di renovasi. Mau tak mau, miji hanya beli roti je la kat Petronas sambil aku ambik peluang ke tandas dan isi minyak. Tandas pon jem teruk.. ramai beratur pakat nak melepaskan hajat.. maunye tak beratur, dlm tandas ada 2 pintu je...

Sepanjang perjalanan pulang tu, aku dgn Miji sempat la dok usha2 gelagat para pemandu kita. Ada yang memotong sebelah kiri lah, ada yang laju sangat lah, ada yang pelan sangat lah.. macam-macam ada la pendek kata.. Kami teringat kat Pendi bila tgk orang yang main potong sebelah kiri.. Pendi masa balik beraya aritu macam tu lah.. asyik nak potong kiri je.. apa la hang ni Pendi, buek malu oghang Gopeng jah.. sabo la sikit memandu tu.. nak memotong ikut kanan ok, bukan kiri... Lepas tu aku ngan Miji pon dok usha gak la keta-keta yang dipandu oleh aweks-aweks (yang solehah ok.. hehehe....) layannnn... mmmuahaha... sambil dok gelak-gelak tu kami tekejut tiba2 ada keta aweks ni bawak laju nak mampuih.. dah la bawak VIVA hijau.. kami time tu tgh speed dalam 120kmj ada la kot... dia selamba ja potong kami.. agak-agak aku dlm 130-140kmj kot... mak aih cik kak... macam nak mencabar je nih...

Tapi takpa, kami pon ikut ja laa dari belakang dengan kadar biasa... ikut punya ikut, tengok-tengok keta VIVA tu mcm nak potong sebelah kanan lagi sedangkan dia dah ada di lane kanan.. haih, x cukup laju ke lagi tu sampai nak memotong.. dah la depan dia tu keta BMW.. eksyen plak VIVA tu kan... dengan rasa tercabar, aku dah ikut style Pendi la plak... tgk kiri line clear, taruk signal, tros aku tukaq haluan ke kiri dan pecut ke depan (jalan 3 lorong okay..) then masuk balik lane tengah.. hambek.. puaih hati.. kami pon dok sebut laa.. lenkali cik kak, nak potong jugak buat camtu.. toksah dok follow2 camtu bahaya.. nak pi ke kanan camna lagi, kang terlanggaq divider, abang-abang ni jugak yang susah (ceewahh.. ekeke)

Yang peliknya, bila kami dah slow down, dan rasa tercabar tu hilang kami tengok di lane kanan tu selamba ja BMW tu laju.. ada crest.. agak2 geng kerabat kot... memang laju la kan.. tengok kat belakang dia, eh VIVA yang sama jugak.. follow laju.. lepas tu belakang VIVA tu pon ada satu lagi 4WD pon sama laju... pelik jugak kami, depa ni race ka apa.. sbb dalam VIVA tu memang cik kak- cik kak belaka... pikiaq punya pikiaq, kami buat konklusi, yang VIVA tu sebenaqnya kerabat jugak.. so depa follow je la Bimmer depan tu... patut la laju semacam, kalau kena Speedtrap pon x kesah apa... ya la kan, kerabat... hehe..

Perjalanan di simpang KL dan Shah Alam diteruskan dan kami amik jalan ke Klang. Lebuhraya ke Kelang agak lengang dan tak banyak kenderaan. Mungkin lebih ramai yang pulang ke sekitar KL berbanding Kelang. Abang sedara aku bertugas sebagai guru di Kelang, so kami akan hantaq dia dulu lah sebelum balik ke Kajang. Kami berjaya sampai ke Kelang kira-kira pukul 11.45 pagi. Disebabkan jarang pergi ke Kelang, memang kami tak tau macam mana nak ke Kajang lepas tu. Nasib baik la HTC aku neh ada GPS. Dengan menggunakan GPS dlm HTC aku ni, sedikit sebanyak membantu kami menuju ke arah destinasi dengan berkesan... dan ya, ia memang berkesan dan efektif. Aku jadi semacam teruja pulak dengan teknologi GPS ni.. patutlah ramai sekarang ni nak pasang GPS, rupa-rupanya ia amat mudah dan berguna di saat-saat kita memerlukannya. Sesampainya di rumah, aku cuma berehat dan siap-siap apa yang patut sebab esoknya nak mula kerja dah.

Pagi tadi aku masuk ofis dengan semangat raya. Kuih bahulu yang mak aku beli untuk rakan sekerja dah aku edarkan dekat semua. Aku bawak dalam 15 bungkus, cukup-cukup untuk staff tingkat 2 saja, itupun tak termasuk 4 orang pengurus dan big boss. Apa boleh buat, sebab benda ni memang tak dijangka. Ingatkan boleh save 2 bungkus untuk kegunaan sendiri, tapi tak cukup pulak. Terpaksa aku turun balik, pegi amik dalam kereta 2 bungkus yang aku save tu.. ye lah, kita mesti adil dalam hal ni. Yang membuatkan tak cukup ni sebab aku pun tak rancang nak bagi-bagikan kuih ni tapi sebab haritu masa balik kampung makcik aku ada order lebih, mak aku pulak nak amik dalam 10 bungkus saja lagi.. tapi aku la tiba-tiba rasa macam nak bawak balik ke ofis sikit.. terus kira-kira amik dalam 20 bungkus.. jadi mak aku ambik beberapa bungkus saja, dan selebihnya untuk aku bawak balik ke sini.

Macam biasa tugas harian aku, mula-mula check e-mail tengok apa yang baru, apa yang kena buat, apa yang kena sedia. Kemudian, aku akan 'kemaskini' apa 'yang patut'. Hari ini, aku hanya 'kemaskini' perkara yang 'dua hari lepas'. Semalam tak ada pula 'apa yang patut' untuk 'dikemaskini'. Ya lah, dalam sedikit masa lagi, mungkin akan ada 'sesuatu' dan mungkin selepas itu barulah akan bertambah sibuk dengan tugas-tugas yang bakal mendatang. Member sekerja aku masih ramai yang bercuti. Kalau dikira-kira balik, sebelah aku (2 Unit) hanya ada 4 orang manakala di sebelah sana (2 Unit) hanya ada 5 orang. Selebihnya ialah para pengurus (3 orang) dan Pengarah. Keadaan di ofis cukup tenang dan damai sekali. Masa yang baik untuk membaca dan mempelajari sesuatu yang baru.

Petang tadi pulak aku pi ke Alamanda, untuk settlekan installment bulanan. Orang pon tak ramai sangat hari ni. Jadi sempat jugaklah aku beli 2-3 barang untuk kegunaan peribadi. Jalan pun kurang sibuk sebab aku keluaq ofis pon dah dekat pukul 5.45 petang. Singgah di Alamanda lagi adalah dalam 45 minit. Bila dah balik ke rumah, dah dekat2 pukul 6.30. Memang jalan pun agak lengang, mungkin sebab ramai lagi yang masih bercuti. Jadi pemanduan pun berjalan lancar tanpa ada sebarang gangguan yang tidak diingini. Inilah dia hari pertama kembali bertugas. Esok pasti lebih sibuk dari hari ini sebab ramai yang dah mula masuk bertugas dan ini bermakna lebih ramai akan menggunakan jalan raya dan akan menambah kesesakan. Kerja pun akan bertambah sebab ragamnya bakal bertambah!

Wassalam..

p/s : I'm back... i'm going to blog things often because it's been a while since I'm working... and yes, I'm still loving you.. no matter how, you'll always be inside my heart..

Comments

Popular posts from this blog

Sollu 'ala Rasulillah habibil Mustofa..... Maulidur Rasul S.A.W

Assalamualaikum... Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad, wa 'ala alihi, wasohbihi wabarik 'alaih.. 12 Rabi'ul Awwal Tahun Gajah, lahirlah penghulu kita Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.... Kita sebagai ummat beliau seharusnya mencuba untuk mencontohi akhlak dan budi pekerti beliau sebanyak mana yang kita mampu..... Hari ini 12 Rabi'ul Awwal 1433 Hijrah, kita memperingati hari kelahiran beliau sebagai bukti kita kasih dan cintakan beliau.... Dan untuk mencapai maksud kecintaan itu, kita hidupkanlah sunnah Rasulullah S.A.W sebanyak mana termampu dan yang boleh kita lakukan... Berselawatlah kepada  beliau, mudah-mudahan urusan kita dipermudahkan dunia dan akhirat... The Chosen One In a time of darkness and greed It is your light that we need You came to teach us how to live Muhammad Ya Rasool Allah You were so caring and kind Your soul was full of light You are the best of mankind Muhammad Khaira Khalqillah Sallu ‘ala Rasulillah, Hab

Lagu nie... hehee...

Salam... Minggu lepaih aku tgk citer apa tah nama dia kat tv1 tu.... alaa.. yg citer Minang tu... Nun disana cintaku kot tajuk dia.. (amboi tajuk..huhu..) hehee... menarik jugak cerita ni sbb depa cakap bahasa Minang... seb baik ada subtitle, paham la jugak kan... yg aku suka sket kt cerita ni adalah lagu tema dia.. hehe.. cam best saja dengaq walau aku x tau makna dia yg tersurat dan tersirat camtu... nih aku jumpa kat tenet lagu dia.. ada lirik asai dan transliterasi ke bahasa Melayu, tapi aku still x dpt tangkap makna tersirat dia... hehee.. meh kita dengaq sepam lagu ni... Mudiak Arau (Edited pada 1 Disember 2009 -- Link yang lama dah rosak.. hehe..) Anak urang sabuak andaleh yo mamak oi singgah ka rumah Si sutan mudo.. si sutan mudo Singgah ka rumah.. hai si sutan mudo.. si sutan mudo Bia habih hai bialah tandeh yo kanduang oi Hati den kanai.. hai kaba'a juo.. kaba'a juo Hati den kanai.. hai kaba'a juo.. kaba'a juo Indak dapek hai musim manyiang, ya tuan hai.. Musi

Asal Bangsa Melayu?

Salam... Semalam, kita telah dikhabarkan bahawa istilah Bahasa Malaysia akan digunakan bagi menggantikan Bahasa Melayu... Alasan yang diberikan oleh kabinet kerajaan Malaysia ialah untuk menguatmantapkan (hahaha.. istilah baru ke nih? sori aku mereka-reka sket.. lol) hubungan antara kaum dan integrasi antara rakyat berbilang kaum. Kalau tak silap aku la kan, dulu isu ni pernah panas dengan bantahan dari beberapa pihak yg risau akan bahasa Melayu ini akan hilang identitinya. Ada berpendapat Bahasa Melayu perlu dibiarkan seperti mana yang dituturkan dan bukan dibakukan tanpa usul periksa hingga menjadi pelik perkataan-perkataan itu. Kadangkala, sebutan Melayu itu hilang Melayu nya bila ia ditutur tanpa intonasi dan lenggok yg mencerminkan bahasa melayu... ini terjadi bila ia ditutur dgn cara yang 'dull', straight, plain dan tiada jiwa di dalamnya... Bahasa Melayu ditutur dgn lenggok Cina dan India.. dimana lagi Melayunya? Oleh itu agak tepat jugaklah langkah kerajaan menggantikan