Skip to main content

Kenaikan Harga Minyak

Assalamualaikum...

Sewaktu sedang berehat-rehat menunggu waktu makan malam pada 4 Jun 2008, aku tiba2 dikejutkan dengan berita mengenai kenaikan harga petrol sebanyak RM0.78 sen seliter. Ini menjadikan harga asal RM 1.92 seliter telah meningkat menjadi lebih kurang RM 2.70, satu peningkatan yang agak drastik. Pastinya berita macam ni mengejutkan semua pihak. Pada makan malam hari berkenaan, rata-rata rakan peserta kursus asyik membincangkan perkara yang sama. Semasa di dalam kelas apatah lagi, masih kedengaran sembang2 mengenai harga minyak yang telah dinaikkan secara mendadak. Malah, pada keesokan paginya, kebanyakan peserta tidak lepas dari membawa senaskhah akhbar ke dalam kelas untuk membaca perkembangan lanjut mengenai isu ini.

Sudah tentunya, perkara ini amat mengejutkan. Sehari sebelum itu, kawan aku ada dok canang-canang bahawa harga petrol akan naik pada bulan Ogos. Sambil berseloroh, kami membincang akan langkah2 persediaan awal untuk menghadapi kenaikan dalam masa 2 bulan. Ada yang mencadang untuk naik motosikal saja, ada pula yang suruh naik basikal. Tapi rupa2nya, "perancangan" kami itu nampaknya terpaksa ditimbang untuk digunapakai lebih awal akibat pengumuman serta merta tersebut. Tambahan pula kadar kenaikan yang lebih tinggi, membuatkan guruan menjadi serius dan keadaan suka beransur2 menjadi benci.

Barulah hari ni aku faham, apa disebalik amanat Pak Lah pada kakitangan JPM pada Isnin sebelumnya. Di dalam amanat tersebut, beliau mencadangkan supaya rakyat berjimat cermat dalam menggunakan elektrik. Kata beliau, semasa beliau di Jepun, beliau melihat kebanyak rumah di Jepun gelap2 belaka pada waktu malam kecuali hanya satu lampu sahaja dibuka. Beliau menyuruh rakyat mengamalkan apa yang org Jepun amalkan, yakni gunakan elektrik apabila betul2 perlu sahaja, jika ada di dapur, pasang hanya lampu dapur, dan jika tiada di dapur, maka tutuplah lampunya. Rupa-rupanya, beberapa hari selepas itu, kadar tarif elektrik telah dinaikkan serentak dengan keputusan kenaikan harga minyak. Sungguh aku terlepas pandang pada amaran awal Pak Lah kali ini, memandangkan beliau selalu bercakap mengenai soal jimat cermat. Nampaknya "Dasar Pandang Ke Timur" oleh Tun M, masih relevan pada zaman Pak Lah kini, dengan beliau sendiri menggalak rakyat meniru Jepun dalam hal-hal ini.

Baik, kita kembali ke persoalan kenaikan harga minyak. Seperti mana yang kita maklum, kenaikan ini telah membangkitkan kemarahan banyak pihak. Walaupun alasan yang diberikan berkenaan masalah kenaikan harga minyak secara global, namun kebanyakan rakyat masih tidak dapat menerima kenaikan dengan harga yang mendadak sedemikian. Walaupun telah diterangkan bahawa apa yang terjadi ialah subsidi yang telah ditarik balik, bukan harga yang dinaikkan, tetapi setelah sekian lama subsidi diberikan, sudah tentulah kita akan berasa terbebam dengan "penarikan balik subsidi secara mendadak" ini. Seperti sebelum ini, "penarikan subsidi" ini berlaku dalam kadar yang rendah, sepeti RM 0.03 sen dan paling tinggi RM 0.30 sen. Namun pada kali ini, pada fikiran kebanyakan orang, "penarikan balik subsidi" ini tidak masuk akal, tambahan pula dalam keadaan ekonomi dunia yang menuju kemerosotan dan krisis makanan dalam negara sendiri (sebagai contoh)..

Penstrukturan semula subsidi ini (sila rujuk Kenyataan Media ini dan Lampiran ini serta Lampiran ini ) disertakan dengan bayaran tunai tahunan kepada pemilik motosikal dan juga kenderaan persendirian yang lain. Namun demikian, secara jujur, nilai tunai tersebut tidaklah dapat meringankan beban rakyat setelah penstrukturan ini. RM 150 setahun tidaklah mencukupi untuk penunggang motosikal kerana setelah penstrukturan ini, harga full tank bagi motosikal Honda Ex-5 adalah kira-kira RM 8. Jika seminggu kita mengisi minyak 2 kali, telah menjadi RM 16. Dan RM 16 darab 4, menjadikan RM 64 sebulan. Jika setahun, menjadi RM 768. Ini bermakna, kita terpaksa menanggung lebihan sebanyak RM 618 setahun yakni hampir 90% daripada kos. Disebabkan kita sudah terbiasa dengan harga subsidi, kenaikan ini pasti agak memeritkan setiap dari kita.

Apa-pun jua, ini adalah fenomena dunia sekarang ini. Hampir di seluruh dunia menghadapi masalah yang sama. Hanya yang membezakan ialah pengurusan kewangan setiap negara yang membolehkan rakyatnya dibantu dengan subsidi untuk meringankan beban, sama seperti kita sebelum ini. Tapi malangnya nasib kita, kerana kenaikan serta merta ini nyata amat memeritkan walau apa jua alasan yang diberikan. Oleh yang demikian, kita berharap Kerajaan dapat mengkaji semula harga kenaikan ini dan menaikkan harga tersebut secara sedikit demi sedikit. Kenaikan harga minyak akan menambah kos overhead untuk bidang2 pembuatan dan pertanian. Sudah tentu harga barang makanan, harga barang2 keperluan, dan tiket bas akan menjadi lebih mahal atas alasan minyak ini. Demi mencapai matlamat pengurangan subsidi untuk memanfaatkan golongan yang susah, bolehlah kita mengkaji semula projek-projek yang ada sekarang supaya dana tersebut dapat digunakan untuk menolong mengurangkan beban rakyat. Sebagai contoh, untuk mengatasi masalah ini, pengurangan di sudut lain oleh Kerajaan boleh dilakukan seperti pengurangan hasil pintu, pengurangan cukai jalan dan sebagainya.

Namun yang demikian, kita sebagai rakyat haruslah kembali muhasabah diri dengan apa yang terjadi. Benar, ia adalah yang direncanakan kerajaan, namun dari sudut yang lain terimalah ia sebagai dugaan daripada Allah untuk melihat hamba-hambanya yang sabar. Adakah dengan kenaikan harga minyak ini kita tidak boleh hidup terus? Janganlah kita tersilap langkah dan emosi dalam hal ini, kerana jika tersilap langkah dalam beremosi, keadaan yang lebih buruk mungkin boleh berlaku. Oleh yang demikian, saya ingin menasihati semua termasuk diri saya sendiri sipaya sentiasa kita berdoa memohon yang terbaik untuk negara kita. Ingatlah, senjata ampuh umat Islam adalah doa, kerana inilah janji Allah buat kita semua; "Berdoalah, nescaya Aku perkenankan". Selain itu, marilah kita sama-sama menghadapi masalah ini dengan bijak. Apa salahnya berjimat sedikit selepas ini. Kurangkan berjalan-jalan dengan kenderaan sendiri, sebaliknya gunakan pengangkutan awam sebagai alternatif. Mungkin bagi mereka yang selalu makan di luar pada waktu rehat selepas ini, boleh lah mengamalkan makan di kantin atau kafeteria, demi berjimat cermat. Banyak lagi cara untuk berjimat cermat, namun jangan pula dipaksa. Berjimat dan berbelanjalah ikut kemampuan masing-masing. Mudah-mudahan akan ada sinar di hujung jalan, akan kembali seperti sediakala, Insya Allah..

Wassalam..

Kalau pihak lagi satu tu, konfem ke buleh turun harga minyak? di Selangor pon bermacam pulak alasannya... Kalau buleh baguslah... kalau tak, tak baguslah....

Comments

Popular posts from this blog

Sollu 'ala Rasulillah habibil Mustofa..... Maulidur Rasul S.A.W

Assalamualaikum... Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad, wa 'ala alihi, wasohbihi wabarik 'alaih.. 12 Rabi'ul Awwal Tahun Gajah, lahirlah penghulu kita Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.... Kita sebagai ummat beliau seharusnya mencuba untuk mencontohi akhlak dan budi pekerti beliau sebanyak mana yang kita mampu..... Hari ini 12 Rabi'ul Awwal 1433 Hijrah, kita memperingati hari kelahiran beliau sebagai bukti kita kasih dan cintakan beliau.... Dan untuk mencapai maksud kecintaan itu, kita hidupkanlah sunnah Rasulullah S.A.W sebanyak mana termampu dan yang boleh kita lakukan... Berselawatlah kepada  beliau, mudah-mudahan urusan kita dipermudahkan dunia dan akhirat... The Chosen One In a time of darkness and greed It is your light that we need You came to teach us how to live Muhammad Ya Rasool Allah You were so caring and kind Your soul was full of light You are the best of mankind Muhammad Khaira Khalqillah Sallu ‘ala Rasulillah, Hab

Lagu nie... hehee...

Salam... Minggu lepaih aku tgk citer apa tah nama dia kat tv1 tu.... alaa.. yg citer Minang tu... Nun disana cintaku kot tajuk dia.. (amboi tajuk..huhu..) hehee... menarik jugak cerita ni sbb depa cakap bahasa Minang... seb baik ada subtitle, paham la jugak kan... yg aku suka sket kt cerita ni adalah lagu tema dia.. hehe.. cam best saja dengaq walau aku x tau makna dia yg tersurat dan tersirat camtu... nih aku jumpa kat tenet lagu dia.. ada lirik asai dan transliterasi ke bahasa Melayu, tapi aku still x dpt tangkap makna tersirat dia... hehee.. meh kita dengaq sepam lagu ni... Mudiak Arau (Edited pada 1 Disember 2009 -- Link yang lama dah rosak.. hehe..) Anak urang sabuak andaleh yo mamak oi singgah ka rumah Si sutan mudo.. si sutan mudo Singgah ka rumah.. hai si sutan mudo.. si sutan mudo Bia habih hai bialah tandeh yo kanduang oi Hati den kanai.. hai kaba'a juo.. kaba'a juo Hati den kanai.. hai kaba'a juo.. kaba'a juo Indak dapek hai musim manyiang, ya tuan hai.. Musi

Asal Bangsa Melayu?

Salam... Semalam, kita telah dikhabarkan bahawa istilah Bahasa Malaysia akan digunakan bagi menggantikan Bahasa Melayu... Alasan yang diberikan oleh kabinet kerajaan Malaysia ialah untuk menguatmantapkan (hahaha.. istilah baru ke nih? sori aku mereka-reka sket.. lol) hubungan antara kaum dan integrasi antara rakyat berbilang kaum. Kalau tak silap aku la kan, dulu isu ni pernah panas dengan bantahan dari beberapa pihak yg risau akan bahasa Melayu ini akan hilang identitinya. Ada berpendapat Bahasa Melayu perlu dibiarkan seperti mana yang dituturkan dan bukan dibakukan tanpa usul periksa hingga menjadi pelik perkataan-perkataan itu. Kadangkala, sebutan Melayu itu hilang Melayu nya bila ia ditutur tanpa intonasi dan lenggok yg mencerminkan bahasa melayu... ini terjadi bila ia ditutur dgn cara yang 'dull', straight, plain dan tiada jiwa di dalamnya... Bahasa Melayu ditutur dgn lenggok Cina dan India.. dimana lagi Melayunya? Oleh itu agak tepat jugaklah langkah kerajaan menggantikan