Saturday, May 31, 2008

Bapak, Terima Kasih!

Assalamualaikum..






Kasihnya ibu membawa ke syurga..
Kasihnya ayah berkorban nyawa...



Buat ayahanda yang dikasihi..
Anakmu kini di perantauan mencari rezeki...
Sebagai manamu dahulu sanggup berkorban...
Demi sesuap nasi untuk ibu dan juga anakmu...
Dan sungguh, baru ku tahu..
Susahnya dan perit apa yang telah kau lalui...
Bau ku sepeti bau mu pulang dari kerja...
Baru ku sedar ayah, kita serupa!

Duhai Ayah,
Biar jasamu tidak sehebat ibu...
Namun tanpamu siapalah aku...
Dari titisan keramatmu, maka terbentuk aku..
Mewarisi darah tanah rencong, nenek moyangku...

Ayah, tanpamu siapalah aku kini...
Engkau setia berkorban demi kebahagiaanku...
Tanpa mengira kesenanganmu, anak-anak engkau dahulukan...
Dan hasilnya kini, kami berjaya di bidang masing2...

Jika sekeping kertas itu sebagai buktinya....
Maka sekeping kertas itu tiada nilainya dengan keringatmu..
Kerna tanpa basah peluhmu, penat jerihmu...
Tak mungkin ku memilik sekeping kertas itu...

Ayah, kini ku berterima kasih...
Atas setiap kali sebatan yg kau berikan...
Atas setiap tamparan yang kau lampiaskan...
Atas setiap kemarahan yang kau hamburkan...
Kerna akhirnya, itu semua membuatkan aku menjadi seorang lelaki...
Lelaki yang mengerti dan memahami akan tanggungjawabnya...

Ayah, setiap hari-hari yang kau lalui..
Tidak lain tidak bukan hanya untuk isteri anakmu...
Kini tiba masa kami... pada jalan yang kami lalui..
Untuk memenuhi kehendak dan impianmu...
Dalam menjalani hari-hari yang akan kau hadapi...

Ayahku, engkaulah pahlawan...
Engkaulah perwira...
Engkau sentiasa terhebat di hatiku...
Ayah, aku sayang kamu...
Tak mungkin aku melupakan jasa-jasamu...
Setiap keringat dan darah yang mengalir..
Takkan ku persiakan... akan ku balas dengan keringat dan darah jua...
Demi kebahagianmu dan ibu... agar senang kamu melihat...
Hasil dari bajakanmu itu....

Selamat Hari Lahir Ayahku!
Selamat Hari Ayah!
Allah Selamatkan Kamu!

Wassalamualaikum...

p/s : Selamat Hari Lahir Ayahku~ 31 Mei :)

Dan.. Selamat Pengantin Baru jugek kat Che Nur Alifah serta Kak Wira.. hehe.. :P..Oops... lupe lak.. i'll be away to Melaka for a week starting on Monday.. so if u wanna reach me, mobile only please.. :P~ daaaa....

Tuesday, May 20, 2008

Situasi Semasa : Penin aku penin!!!!

Assalamualaikum..


kita semua sepakat~~
di kampung la pening lalat~
mengucapkan selamat~~
pengantin baru~~


Wassalamualaikum...

- hahaha.. dah lama x wat short & misterious post ni kan.. ekeke.. nak kupas? silaa silaaaa.. jangan pening dah... O Allah, save us... save 'us'.. save our country..

Saturday, May 17, 2008

Warisan - Sudirman

Assalamualaikum....



Warisan


Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini


Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan


---

Wassalamualaikum....

Seboleh2, Fi Sabilillah... Alif, Ba, Ta..

Friday, May 16, 2008

Guru Oh Guru...

Assalamualaikum...

Bersempena hari guru, terimalah..

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.


GURU OH GURU

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum manjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

*Nukilan SN Dato Usman Awang*

Selamat Hari Guru diucapkan kepada seluruh guru-guru, termasuk bakal guru, bekas guru, para lecturer dan para ustaz-ustazah di Malaysia... Terima Kasih cikgu! :)

Wassalamualaikum..

Ucapan khas Selamat Hari Guru dutujukan kepada :
- Abang Wadi, sepupu aku yg la ni dok ngajaq di SK Sri Andalas.. hehe..
- Guru-guru SMK Sultan Badlishah Kulim, especially yg ngajaq aku thn 1998-2002
- Guru-guru SK Sri Limau, yg aku bersekolah dr 1992-1997
- Guru-guru Tadika Perpaduan Kelang Lama.. hehe.. ni sesi 90/91 dulu..
Hanya Allah yang dapat membalas jasa cikgu semua..

Sunday, May 11, 2008

Warkah untuk ibuku..

Assalamualaikum,

Mak, dikala ini, anak mak yg sorang ni rindu sangat dekat mak...
Kalau boleh chek nak balik, cium tangan mak, peluk mak...
Masakan tidak mak, dulu masa chek kecik mak selalu peluk chek, cium chek....
Chek suka sangat masa mak buat macam tu dulu....
Chek rasa selamat sangat.... Chek rasa senang sangat....
Kalau boleh, chek nak pi balik zaman tu...
Nak macam tu selama-lamanya....

Mak, ingat dak dulu.. Chek selalu dok menyusahkan mak...
Chek dok selalu mintak barang yang bukan-bukan...
Majalah, komik, mainan.. apa saja...
Bila mak tak belikan, chek ingat mak tak sayang kat chek.....
Chek rasa macam chek ni bukan anak mak...
Tapi lama-lama, mak beli jugak....
Walaupun terpaksa pakai duit belanja dapoq yg bapak bagi.....
Mak, maafkan anak mak yg sorang ni sebab dah banyak bagi susah mak...

Mak, chek ingat dulu.. chek kalau boleh tak suka mak mai sekolah..
Konon-konon chek malu... Mak chek tak lawa...
Chek malu, konon-konon nanti orang kata check manja dengan mak...
Tapi la ni kalau boleh, chek nak mak ada selalu di-sisi chek...
Chek tak kisah dah orang nak kata apa pon..
Biaq la orang kata chek anak manja ka, dok bawah ketiak mak ka..
Mak chek x lawa ka, gemuk ka...
Janji mak ada bersama dengan chek... Chek tak heran dengan depa semua...
Bukan depa yang melahirkan chek, tapi mak!

Mak, dulu chek suka cakap kasaq dengan mak...
Chek ingat, bila mak marah, mak memang tak suka dekat chek...
Chek ingat bila mak bletiaq, mak saja nak bagi sakit hati chek...
Tapi mak, la ni baru la chek tau....
Merdunya sora mak dok marah chek...
Seronoknya bila dengaq mak beletiaq...
Sebab chek tau, mak marah, beletiaq.. semua untuk kebaikan chek...
Dulu bila mak marah "bertuah la hang niii, awat ceredik sangat!!"
Chek rasa saket hati.. chek ingat mak saja nak perli...
Tapi la ni, chek suuka hati sangat bila mak marah macam tu...
Sebab chek tau, sebeneaqnya tu mak dok doa kat chek kan?
Dan doa mak ni paling makbul sekali...

Mak, chek la ni risau sangat...
Dulu masa kecik mak dok boleh jaga chek..
Dok suap makan sampai badan chek besaq tempayan...
Ada duit ka takdak duit ka, kami adik beradik tak pernah rasa lapaq..
Tapi la ni, bolehka chek jaga mak macam tu??
Adaka jaminan chek tak lupa dekat mak??
Chek takut mak.. chek takut chek terlupa.....
Bolehka chek balas balik apa yang mak dah buat kat chek selama ni??
Kalau kata la ni, boleh lagi laa... chek hari-hari dok ingat kat mak...
Tapi kalau kata nanti chek dah bertemu pasangan idop, chek takut.....
Takut sangat akan terabaikan mak dgn bapak....
Dari dengan tu, ampunkanla chek siap-siap mak...
Dan doakanla chek supaya tak akan lupa pada mak dan bapak sampai chek mati...

Mak,
takdak wanita lain paling chek sayang selain daripada mak..
sebab chek tau, sayang pada maklah kunci syurga buat chek...
chek rela menjadi 'hamba' pada mak....
chek akan ikut segala apa yang mak kata...
sebab chek tau, itulah jalan yang terbaik buat chek..

Mak, doakanla kejayaan chek, dunia dan akhirat....
Ampunkanla segala salah silap chek..
Chek x mau bila chek mati nanti, chek mati sebagai anak derhaka...
Mak, doalah anak mak ni jadi pemuda yang soleh...
mudah-mudahan dapat menolong mak & bapak 'satu hari' nanti...

Terimalah hadiah chek buat mak (dan bapak skali... hehe)

Ya Allah Ya Tuhanku, Ampunkanlah dosa-dosa ibu dan ayahku.. ampunkanlah dosa-dosa ketika mereka masih muda, dosa-dosa mereka kini dan dosa-dosa mereka yang akan datang... Ya Allah, kurniakanlah kesihatan dan kesenangan, ketenangan dan keaman terhadap kedua ibu bapaku... Ya Allah, permudahkanlah urusan mereka semasa di dunia dan di akhirat.. Panjangilah umur mereka agar dapat mereka beribadat kepada-Mu.. Ya Allah kurniakanlah mereka darjat dikalangan orang-orang yang Engkau kasihi.. Ya Allah, kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihi aku semasa aku masih kecil... Ya Allah, janganlah Engkau matikan mereka melainkan dengan terampunnya dosa-dosa mereka dan dalam keadaan Islam dan beriman...Ya Allah, jauhilah mereka dari siksa kubur dan api nerakamu.. Sebaliknya Ya Allah, tempatkanlah mereka dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.. Kurniakanlah mereka syurgamu di akhirat kelak.... Amin Ya Allah, Amin Ya Rahmaan, Amin Ya Rahiim...

Wassalamualaikum


Selamat Hari Ibu, Mak, 11 Mei
Selamat Hari Lahir, Mak, 14 Mei
Selamat Hari Lahir, Bapak, 31 Mei

Mother - Sami Yusuf

Mother - Sami Yusuf
--------------------

Blessed is your face
Blessed is your name
My beloved
Blessed is your smile
Which makes my soul want to fly
My beloved
All the nights
And all the times
That you cared for me
But i never realised it
And now it’s too late
Forgive me

Now i’m alone filled with so much shame
For all the years i caused you pain
If only i could sleep in your arms again
Mother i’m lost without you

You were the sun that brightened my day
Now who’s going to wipe my tears away
If only i knew what i know today
Mother i’m lost without you

Ummahu, ummahu, ya ummi
Wa shawqahu ila luqyaki ya ummi
Ummuka, ummuka, ummuka ummuka
Qawlu rasulika
Fi qalbi, fi hulumi
Anti ma’i ya ummi
Mother... mother... o my mother
How i long to see o mother
“your mother, your mother, your mother”
Is the saying of your prophet
In my heart, in my dreams
You are always with me mother

Ruhti wa taraktini
Ya nura ‘aynayya
Ya unsa layli
Ruhti wa taraktini
Man siwaki yahdhununi
Man siwaki yasturuni
Man siwaki yahrusuni
‘afwaki ummi
Samihini...
You went and left me
O light of my eyes
O comfort of my nights
You went and left me
Who, other than you, will embrace me?
Who, other than you, will cover me?
Who, other than you, will guard over me?
Your pardon mother, forgive me


Saturday, May 10, 2008

Berbuat Baik kepada Ibu Bapa

Assalamualaikum...

Marilah sama-sama kita melihat satu lagi topik yang perlum diambil berat oleh setiap muslimin dan muslimat... mudah-mudahan dengan apa yang dipaparkan disini dapat memberi kesedaran dan pemahaman dalam mematuhi perintah Allah.

Di dalam Al-Quran, terdapat ayat-ayat berkaitan yang menyuruh umat Islam menunaikan hak masing-masing terhadap ibu bapa. Antara intipati suruhan tersebut dirangkumkan dalam rangkaian ayat-ayat Quran di bawah...

Berbuat baik kepada ibu bapa

Dan (ingatlah wahai Muhammad), ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israil (dengan berfirman): "Janganlah kamu menyembah melainkan Allah, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu-bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, serta orang-orang miskin dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat". Kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil dari kamu dan sememangnya kamu orang-orang yang tidak menghiraukan perjanjian setianya.



Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri


Dan tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "ah", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan-santun).


Serta (diperintahkan daku) taat dan berbuat baik kepada ibuku, dan Ia tidak menjadikan daku seorang yang sombong takbur atau derhaka.


Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).


Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibubapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal salih yang Engkau redhai dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)".

Dan banyak lagi ayat-ayat yang membincangkan hal-hal berkaitan suruhan dan tanggungjawab terhadap kedua ibu bapa. Seperti mana hadis yang mahsyur, berbuat baik kepada ibu itu sepatutnya dilebihkan sedikit daripada bapa, seperti mana diisyaratkan dalam hadis berikut..

Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah. Pada siapakah aku mesti berbuat baik? Jawab Rasulullah, ibumu, kemudian ibumu , kemudian ibumu, kemudian bapamu" (Sunan Abu Dawud: hadis 2438.)

Oleh yang demikian, marilah sama-sama kita perhatikan kembali akan dosa-dosa kita terhadap kedua ibu bapa dan marilah sama-sama memohon ampun jika ada salah dan silap.. jika selama ini kita terlupa akan tanggungjawab kita terhadap mereka, marilah sama-sama kita jalankannya..

Wassalamualaikum..

Friday, May 02, 2008

Bersatu....

Salam..

Mari kita fikir sejenak...



Bersatu
Album : Senyum
Munsyid : Raihan
http://liriknasyid.com


Menjadi harapan untukku menyaksikan
Umat yang bertuah ini kembali bersatu hati

Hilangkan yang keruh ambillah yang jernih
Tiada yang lebih berharga selain dari perpaduan

Lupakanlah segala persengketaan
Hubungkan kembali tali persaudaraan

Karena orang beriman itu bersaudara
Saling bertolong bantu berkasih mesra
Agar generasi kita di masa hadapan
Bangga dengan apa yang kita wariskan

Bersatu kita teguh
Bercerai kita roboh
Yang berat sama dipikul
Yang ringan dijinjing sama

Sepakat membawa berkat
Asas hidup bermasyarakat
Amalkan hidup yang sehat
Selamat dunia akhirat




"Atas semangat kemanusiaan dan keamanan sejagat, kami atas nama rakyat Malaysia dari pelbagai kaum dan keturunan serta fahaman politik yang berbeza-beza, berkongsi rasa, cita dan perjuangan dengan seluruh rakyat Palestin yang mempertahankan hak di bumi kelahiran mereka.

Kami menggesa seluruh warga dunia agar turut serta menyuarakan dan memberikan sumbangan dalam bentuk apa sahaja sehingga rakyat Palestin dapat hidup dengan aman dan damai di negara yang berdaulat"


- Dr Mahathir Mohamad & Allahyarham Fadzil Noor, 8 Mei 2002 [Syarahan Perdana `Palestin dan Kemanusiaan' di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di Kuala Lumpur]

Teruskan berfikir wahai saudara-saudara ku...

Wassalam..

Thursday, May 01, 2008

Che Det Returns : The Blog

Salam...

Mantan Presiden UMNO dan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah memulakan blog beliau sendiri... sila lawati di :

http://www.chedet.com



Digarhayu Tun Mahathir!!! Mudah-mudahan sentiasa memberi pandangan bernas buat tatapan dan percambahan fikiran anak muda...

Wassalam