Uncle Kit Siang yg Baik Hati~~~~~~

Salam..

owh owh.... 'baiknyer' Kit Siang~~~~~



Owh owh... Melayu terbela di bawah DAP! Owh Owh~~ baiknyer dier......

Wassalam..

Comments

Anonymous said…
ulamak baru PAS, nama dia Ustaz Lim Kit Siang...

Takeee Beeerrrr !!!
Garden said…
Saya tidak tahu samada anda Pro BN atau Pro yang satu lagi. Walau bagaimanapun berdasarkan pada tulisan anda saya melihat anda memang anti DAP. Ye, saya akui LKS memang berfikiran corak Dinosaur, dan juga kes DAP mahu pulaukan Majlis Angkat Sumpah Menteri Negeri baru-baru ini menunjukkan ketidak matangan mereka dalam memegang teraju pemimpin.

Sila ke blog ini dan baca apa yang wakil DAP telah tuliskan, dan juga baca di dalam komen section "We will wear songkok".

http://tengchangkhim.blogspot.com/

Pada masa sekarang ini, rakyat sudah bangkit, mereka sudah tahu kuasa yang ada pada tangan mereka, jadi rakyat sudah matang. Mereka tidak takut lagi akan sergahan "out of date" UMNO/BN berkenaan Ketuanan Melayu ataupun kemajuan. Bukan UMNO/BN sahaja yang boleh memberikan kemajuan. Kalau tidak pasti, sila berjalan ke Kelantan sana dan lihat sendiri dengan mata dan kepala kemajuan yang sedang dirasai oleh anak-anak Kelantan walaupun mereka sudah 18 tahun (dan menuju 22 tahun) berada di bawah pimpinan pemimpin yang UMNO/BN sendiri tidak dapat tandingi ketokohan Tok Guru Nik Aziz. Bandingkan dengan Terengganu yang mana adalah negeri pengeluar minyak. Jauh sekali lebih maju Kelantan yang miskin di bawah pimpinan PAS. Dasar yang dijuangkan PAS adalah lebih realistik dan mudah diterima tidak hanya oleh bangsa Melayu, malah oleh yang bukan Melayu. Kenapa dikala zaman teknologi ini masih ada lagi mahasiswa kita yang percaya kepada berita di dalam Utusan, Bernama, Berita Harian, NST dan The Star? Di luar sana, masyarakat lebih membaca kepada berita yang lebih ada kredibility seperti Malaysia Today, Rocky's Bru, Kickdefella, Husam Musa, HarakahDaily dan berbagai lagi blog politik yang tidak bias.

Tahukah anda...di akhbar yang PRO BN, mereka tidak dedahkan masalah Idris Jusoh masih lagi tidak diterima perkenan Sultan/Pemangku Sultan Terengganu untuk dilantik sebagai MB. Jadi, siapa kata BN itu hebat? Kalau hebat manakan ada masalah Idris Jusoh jadi MB?

Cuba layari YouTube berikut untuk ilmu extra:

1) http://www.youtube.com/watch?v=tAxO-3pqQag

2) http://www.youtube.com/watch?v=6TnF_U_yOKk

3) Siapa Kata Kelantan Mundur? http://www.youtube.com/watch?v=rXt8HOf5hfA

4) Menjelang PRU12 di Kelantan http://www.youtube.com/watch?v=eLcCtHe6-M0

Untuk pengetahuan anda, UMNO memang suka memainkan cerita lama berkenaan DEB dan Ketuanan Melayu kerana itu sahaja modal mereka. Islam Hadhari mereka kosong tiada pengisian, Masjid Kristal yang kononnya dimegahkan itu memang Allah jadikan barang untuk hiasan sahaja bilamana dibuat tanpa niat untuk beribadat kepada Allah. Cuba googlekan dan baca ceritanya kenapa masjid itu kosong dan tidak jemaah. Satu pembaziran, yang mana membazir itu kawan Syaitan.

Melayu Penang perlu belajar daripada orang-orang Kelantan jika mereka mahu selamat. Sila baca apa Mufti Perlis ulas tentang orang-orang Kelantan.

http://drmaza.com/?p=217

Hanya Islam sahaja yang boleh membela Melayu Penang. Bukan UMNO. Kerana UMNO/BN selama ini adalah petualang yang menyebabkan mereka itu tergadai seluruh tanah mereka di sana. Kenapa kita perlu berjuang untuk Ketuanan Melayu sahaja, sedangkan Islam itu lagi tinggi daripada Melayu, bahkan di dalam Islam itu ada berbagai-bagai bangsa. Itu sudahpun lebih hebat daripada hanya Ketuanan Melayu sahaja. Semua bangsa dijaga sama rata oleh Islam. Kelantan telah buktikan, jenguklah ke sana dan belajar cara-cara mereka.

Mahasiswa perlu matang, kerana jika di pelajari daripada sejarah, mahasiswalah penggerak politik negara di kala dulu. Sekarang rakyat sudah bangkit, mereka adalah boss kepada wakil-wakil rakyat. Maka jika boss tidak puashati dengan prestasi DAP, maka akan datang di PRU13, maka DAP akan makan penendang boss. Itu rakyat boleh pastikan. Sementara itu, kita rakyat perlu pantau DAP agar mereka tidak lari daripada menjalankan kerajaan yang telus dan bersih, agar mereka tidak lagi jadi kerajaan anak beranak seperti Pak Lah dan KJ.

Sekian.

Popular posts from this blog

Tafsir Pimpinan Ar-Rahman

Sudah jauh daku mencari...

Another Year.... 2017