Sunday, March 18, 2007

Perihal Sambutan Maulud Nabi

Salam... smile-emote.gif

Ermm... dlm dok bz wat projek ni, aku terbaca plak soal-jawab agama ni kat paper... meh tgk apa dia...


Perayaan Maulid Nabi

Bersama: MOHD YUSOF ABAS

SOALAN: Setiap kali bulan Rabiulawal terutama pada 12 haribulan, ramai di kalangan kita mengadakan majlis perayaan Maulid Nabi di setiap surau dan masjid. Adakah tidak cukup atau memadai dengan upacara sambutan yang dilakukan oleh pihak kerajaan?

– Latif Abu Bakar,

Lahat Datu.

JAWAPAN: Amalan sambutan Maulidur Rasul itu bukan semestinya dilakukan oleh kita semua, tetapi bila perkara itu dianggap baik dan sunat dan kebanyakan ulama juga mengatakannya sunat, maka ramai yang melakukannya atau menyertai majlis sambutan tersebut. Ini adalah kerana mereka ingin mendapat pahala dan keberkatan daripada amalan itu. Sehingga banyak pendapat ulama besar dan muktabar menggalakkannya kerana ia tidak salah jika ditinjau dalam masalah ini. Dalam hal ini Imam As-Sayuti mengatakan amalan tersebut adalah baik dan akan diberi pahala serta ganjarannya kerana bertujuan melahirkan akan kebesaran Junjungan Nabi kita s.a.w. Begitu juga Syaikhul Islam Sayid Dahlan bahawa selawat dan berdiri kerana membesarkan Nabi adalah amalan baik lagi mulia. Imam Subki pernah membaca nasyid yang memuji kebesaran Nabi saw. sambil bangun berdiri. Juga menurut kata Syeikh Abu Syamah guru kepada Imam Nawawi amalan sambutan maulid itu adalah sebaik-baik bidaah pada masa ini dengan mengadakan jamuan untuk orang ramai di samping dapat melahirkan perasaan kasih sayang terhadap baginda Rasulullah. Oleh itu mereka yang melakukan perbuatan tersebut juga sepatutnya mensyukuri nikmat Allah terhadap utusan rahmat-Nya yang telah diutuskan kepada umat manusia seluruhnya. Menurut kata Al-hafiz Ibnu Hajar Asqalani amalan tersebut ada asasnya dalam sahihain (Bukhari Muslim). Sebab itu amat dikesali mereka yang tidak dapat mengambil atau memahami asas tersebut sehingga ulama besar Syaikh Hasan Basri pernah berkata, kalau saya ada memiliki emas seperti Bukit Uhud pasti aku ingin belanjakannya untuk membaca sejarah peristiwa kelahiran Rasulullah. Satu lagi peristiwa sejarah yang tercatat tidak boleh dilupakan begitu sahaja, bahawa Abu Lahab pernah dihargai kerana membebaskan hambanya Thuwaibah lantaran terlalu gembira mendengar berita kelahiran Muhammad yang disampaikan kepadanya oleh Thuwaibah. Sehingga Abu Lahab mendapat keringanan daripada azabnya dan diberinya minum air yang keluar daripada jarinya pada hari tersebut. Peristiwa tersebut diceritakan sendiri oleh bapa saudara Nabi iaitu Al-Abbas.

Jadi alangkah ruginya umat Islam yang menolak amalan perayaan tersebut kerana Abu Lahab jelas bukan Islam tetapi masih juga mendapat penghargaan dari Tuhannya kerana memuliakan hari kelahiran pemimpin umat manusia Nabi Muhammad. Wallahualam.


-Sumber : Utusan Online

Alahai, hinggakan begitu sekali kebesaran Nabi Muhammad SAW... Abu Lahab yg gembira sbb kelahiran Baginda pon, Allah kurangkan azab dia.. apa tah lagi kita... rugi la sapa x sambut sambutan ni... Walaupun bidaah, inilah bidaah hasanah... bidaah yg baik... adakah kita kafir dgn hanya berselawat kepada Nabi Muhammad SAW pada ulang tahun hari kelahiran Baginda? birthday org len leh plak wat makan2, kasi2 hadiah.. tp birthday Nabi kita sendiri? ada jaa nnt suara2 sumbang kata ni bidaah la, sesat lah.. jatuh kafir lah... heh, mengarut la derang ni... dimana sesatnya bila kita berselawat kepada Nabi?

Ulama'-ulama' terdahulu dah membenarkan dan menganggap perkara ini sebagai sunat, jadi tak salah la kita ikut serta dlm perayaan maulid nnt.. apa yg kita kesal, bila ada ulama'-ulama' "zaman IT" yg konon kembali kepada Al-Quran dan Sunnah membidaahkan perkara ini dan terus mengatakan perkara spt ini sesat.. konon Nabi sendiri x buat, kita x buleh buat.. Allah... patut depa ni tgk video Syaikh Nuruddin Banjari yg cerita pasai Rasulullah SAW dan Saidina Umar mengenai bidaah ni... Sini aku embed video dari youtube pasai ceramah dia...



Bida'ah itu bukan Hukum


Kenapa guna istilah bida'ah hasanah?

Haa.. kalo nak tgk siri full dia, leh klik kat arrow http://www.youtube.com/sufiedinburgh

Ok, jadi setakat ni dulu nak post.. saja post awai2 sbb dah terbaca dlm Utusan Online td.. nnt nak dekat2 maulud ni, nnt kita dengaq la org cerita pasai sambutan maulud ni bidaah dholalah la dan sebagainya.. sbb tu rasan2nya patut aku post dulu.. Maulud Nabi kali ni jatuh pada 31 Mac .. jadi, marilah kita melebihkan selawat ke atas Rasulullah SAW, lebih dari hari2 lain yg kita biasa lakukan... Selawat serta Salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W...

Wassalam.. wink.gif

ps: rapid development in progresss~~~Pout___G_.gifHomer_Simpson_is_suing__d_oh_.gif

4 comments:

jhazkitaro said...

salam ukhwah dari bumi Dublin..

Tokapi said...

Salam ukhwah sedara... :)

pembaca_setia said...

salam ukhuwah from russia
it was juz on tyme wen i got to answer my fren's question on maulidur rasul.thanks 4d articles..

prnh juga dgr ceramah sal bida'ah ari tu..pelik btul kan org skrg..suke jatuh2kan bidaah nie..smpai kdg2 bnde elok pun nampak cam wat kije jahat..huhu

Tokapi said...

Salam ukhwah.. :)

kebiasaannya camtu lah.. cepat sgt depa nak hukum bidaah ni semua... mcm la tok2 guru dulu tu jahil sgt...

dlm hal maulid ni, x kan la selawat2 tu pon berdosa.. kita sambut dgn cara yg elok, insya Allah, x dak apa masalah...

bidaah hasanah x pa.. bukannya sesat pon kalo sambut maulud..

Wallahualam..