Bloggers United~!

Salam..

Ni apa ni bloggers united? team bola ka pa? ehehe.. bukan2.. bloggers united adalah satu team maya para bloggers, x kira sesapa pon yg ingin mempertahankan kebebasan dlm ber'blog'.

Logo Bloggers United

Seperti yg mana kita maklum, kebelakangan ini, pihak kerajaan seakan-akan fobia dgn kewujudan blog2 yg berani menghentam kerajaan dari pelbagai sudut. Dari sini, lahirnya satu trend baru dlm perjuangan politik, apabila internet digunakan secara extensive dan menyeluruh. Makin ramai penulis politik beralih arah dgn menulis dalam blog dan sebagainya. Medium internet dipilih kerana kebebasan yg secara naturalnya adalah ciri2 bg internet. Dunia tanpa sekatan dan sempadan. Tiada apa yg hendak dihadkan semasa menulis blog.. tulislah sepuas2 hingga jari jemari penat menulis, hingga kering idea di otak... tiada sebarang sekatan dikenakan oleh blog providers spt blogspot ini.. tambahan pula, bagi para penulis politik, menggunakan internet adalah cara yg mudah, murah, cepat dan penyampaian kepada audience yg lebih besar, berbanding dgn surat khabar dan buku2 spt sblm ini. Kemudahan ini juga membolehkan penulis dan pembaca berinteraksi secara terus di blog masing2 sgn comment2 yg ditulis dan melalui shoutbox, etc... satu pakej lengkap utk perjuangan politik alaf baru..

Namun, kita agak kecewa apabila terdengar ura2 untuk memaksa para blogger untuk mendaftarkan blog mereka, kira2 2-3 bulan yg lalu. Namun idea itu nmpknya tidak dipersetujui oleh ramai pihak, terutama para bloggers. Idea yg kononnya utk mengawal fitnah itu tidak buleh diterima sama sekali. Telah jelas, dlm perisytiharaan MSC, sudah dijamin "there will be no internet censorship". Ini bermaksud, kita bebas untuk menulis apa saja pandangan peribada kita kepada umum. Kenapa perlu disekat kebebasan ini? Mungkin sstgh blog yg berbaur "komunis" atau yg "menggalakkan rusuhan serta pergaduhan" perlu dipantau, tetapi bg sstgh blog yg cuma menyatakan sesuatu secara sinis, adalah tidak wajar untuk kita sekat. Come on lah, kalo ye pon fitnah, it will make no harm sbb cara yg ditulis adalah more on to satire.. sebuah satira, cerita dongeng yg sinis untuk tujuan menegur. Spt mana yg kita tau, x pernah satu pon cerita dongeng utk kanak2 yg kene ban.. so what's the point ntuk sekat dongengan internet jika benar ia hanya dongeng dan fitnah semata?

Dgr2 kisah, blogger Rocky Bru dan Jeff Ooi dah dikenakan saman.. begitu gak ngan pak sheikh (kickdefella).. dgr citer dah kene ugut.. apa ini semua? kenapa bertindak spt ini? bukankah internet medium yg bebas? kenapa mereka perlu disaman dan sebagainya? ini langkah tidak bijak kerajaan. Dgn adanya insiden2 seumpama ini, cukup untuk membuktikan ada kebenaran dlm dakwaan2 mereka.. jika tidak masakan kerajaan bersungguh2 mahu memantau blog2 semacam ini dan mahu mengawalnya.. jika tiada bayu bertiup, masakan pohon hendak bergoyang... jgnlah kerana kepentingan politik, kerajaan hendak menarik kebebasan semua blog2, terutamanya milik waganegara Malaysia.. x rock la camni.. kata lebih telus.. ni nampak cam nak kaver teloq jaa.. telus apaaa..... balik pi rebuih teloq lg baguih...

Aku bukan political writer.. dan jarang sekali la aku tulis pasai politik dlm blog ni.. sbb kalo bleh aku nak blog aku ni jd seneutral yg bleh.. sbb aku tau, kebanyakan pengunjung blog ni yg mai secara sengaja atau dak, mcm2 pahaman politik dia.. dan kebanyakan member2.. satgi x pasa2 ja, sbb politik x bertegoq sapa plak.. tp aku amat x bersetuju la ngan tindakan saman ke atas para bloggers, ugutan dan usaha untuk menyekat kebebasan besuara mcm ni.. byk lg cara lain selain cara2 yg disebutkan ni... adakalanya aku terpikiaq gak, betui kata Tun M.. kita la ni dah jd mcm 'police state'.. kawai punya terok.. takut apa pon x tau.. bukan ada reformasi (gerakan memusnahkan properties yg bangang tu) dah.. zaman tu dah berlalu.. generasi muda la ni lg berfikiran terbuka dan rasional.. setakat sindiran sinis dlm blog2, x akan membuatkan mereka merusuh... tapi mereka akan menggunakan kuasa yg ada pd mereka.. "MENGUNDI" dan dgn itu, aku secara suka2nya, meletakkan sticker "Blogger's United" kat blog aku ni untuk menyokong kebebasan ber'blog' dlm negara Malaysia terchenta ni.. huhu~

Sekian.. Wassalam..

PS : dah dekat 4 thn aku blogging, nmpknya scene blogging tanah air dah berubah.. drpd kesah simple2, la ni para bloggers become more serious ngan kehadiran political writer ke dlm scene ni.. ntah apa plak trendnya pada masa depan.. tungguuuuu.....

Comments

Azhar Ahmad said…
Huhuhuhu, radikalnya entri....

Saya penjawat awam, tak boleh terlampau keras... Walaupun teringin, senyap2 ok lahhh Hihihihihi

Apapun, jom join JAKUN01, klik kat sini --> http://azharahmad.com/project/
Tokapi said…
aik.. radikal ka.. ingat biasa ja.. huhu~

owh.. projek tu.. nnt saya pi tgk ok...
paan said…
kat maner nak dapat pelekat bloggers united nie???aku nak gak.hehehe
Tokapi said…
try check kat sini... >> http://rockybru.blogspot.com/2007/01/bloggers-united-no-fear.html

by the way, nak pakai imej kat atas tu pakai laa... ok jaa..

Popular posts from this blog

Tafsir Pimpinan Ar-Rahman

Sudah jauh daku mencari...

Another Year.... 2017