Saturday, December 30, 2006

Raya Qurban 1427 & Tahun Baru 2007

Salam...

Hehe.. esok, yakni pada 31 Disember 2006, maka kita seluruh umat Islam di Malaysia akan menyambut ketibaan Aidil Adha... Aidil Adha akan lebih bermakna bagi mereka yg ketika ini sedang menunaikan Haji di Makkah dan berstatus tetamu Allah.. Mudah2an, mereka yg menunaikan haji pada tahun ini, akan mendapat haji yg mabrur, haji yg diterima dan diredhai Allah.. Juga diucapkan, jika selamat perginya, maka selamat juga pulang ke tanah air nanti..

Dalam sejarah umat Islam, ibadah haji bukanlah sesuatu yg baru. Malah, puak2 arab sebelum kedatangan Islam pon mengerjakan haji, tetapi ibadat mereka itu telah ditambah dgn perbuatan syirik yakni meletakkan patung2 disekeliling Kaabah dan menyembahnya dgn harapan patung2 itu memberi bantuan kepada mereka. Jika dilihat kembali, sejarah haji adalah signifikan kepada peristiwa2 yg dilalui oleh Nabi Ibrahim A.S, bapa kepada kaum Arab dan Yahudi.

Sbg contoh, Kaabah yg ditawaf para penunai haji adalah perintah Allah kepada Nabi Ibrahim supaya mendirikannya. Diriwayatkan juga (kalo x silap.. kalo silap, mintak tlg betulkan), Nabi Ibrahim setelah dibinanya Kaabah, beliau telah mengelilingi Kaabah dan seperti mana apa yg dilakukan oleh jemaah haji pada ketika ini, itulah yg diambil dr Nabi Ibrahim. Peristiwa Hajar mencari2 air dgn berlari2 kecil antara Safa dan Marwah, juga diabadikan didalam ibadah haji dgn perbuatan sa'ie. Begitu juga dgn korban binatang ternakan, juga untuk mengingatkan kita mengenai peristiwa Nabi Ibrahim A.S yg mahu menyembelih anaknya Nabi Ismail A.S atas perintah Allah. Juga, ibadah melontar adalah suatu simbol dan pengulangan apa yg dilakukan oleh Nabi Ibrahim (atau Nabi Ismail atau kedua2 mereka, x ingat dah, tlg betulkan) yg melontar batu ke arah syaitan yg cuba menimbulkan kesangsian terhadap Nabi Ibrahim supaya tidak menyembelih anaknya, Nabi Ismail, seterusnya tidak menunaikan perintah Allah.

Perbuatan wukuf di pdg Arafah juga merupakan suatu pengingatan kita terhadap 2 insan ciptaan Allah, yg diturunkan dari syurga, tercampak ke bumi nan asing dan terpisah antara kedua kekasih itu. Ya, merekalah Nabi Adam A.S dan Hawa, ayah dan bonda kita bg seluruh umat manusia. Mereka, akibat terpedaya oleh Syaitan telah melanggar suruhan Allah, lalu dihumbankan ke bumi sbg balasan, dan dipisahkan antara keduanya. Namun, telah ditakdirkan akan bertemu jua mereka di satu tempat bernama Arafah, dan inilah apa yg jemaah haji kita ingati semasa wukuf di Arafah. Spt mana Adam dan Hawa bertemu antara satu sama lain, begitulah jua para jemaah Haji dari seluruh ceruk dan rantau, bertemu di suatu tempat yg sama bernama Arafah. Di padang Arafah, semua lelaki dan wanita adalah sama antara satu sama lain.. yg lelaki berihram putih, begitu juga wanita. Tiada lg perbezaan, harta, pangkat dan kedudukan. Semuanya sama disisi Allah, berdoa untuk dibersihkan dosa, spt mana putihnya buku spt mana buku amalan bayi yg baru lahir.

Setiap amalan yg dijalankan dlm kerja haji memerluan pengorbanan. Bukan hanya korban binatang ternakan, malah pengorbanan dr setiap aspek. Sebagai contoh, anak2 tercinta yg ditinggalkan oleh ibu bapa mereka kerana pergi menunaikan haji, membelanjakan harta sbg tambang/modal untuk perjalanan menunaikan haji, mengorbankan masa sebulan atau lebih dgn meninggalkan kerja dunia, dan pergi untuk menjadi tetamu Allah. Inilah contoh2 pengorbanan yg dilakukan para jemaah haji.. banyak lagi jika mashu kita senaraikan, namun umumnya, inilah yg dinamakan pengorbanan demi Allah.. Sanggup belanja apa segala kerana Allah.. dgn itu sesuai sekali dgn panggilan Aidil Adha sbg Hari Raya Qurban, selain panggilan Hari Raya Haji..

Huhuhu.. hari ini juga, hari plg bermakna buat aku.. stiap tahun, hari ke-30 bulan Disember, adalah hari ulangtahun kelahiran aku.. yg mana thn ini dah masuk thn ke-21. Hehehe.. Alhamdulillah, ini aje ape yg aku dpt katekan.. still hidup, sihat wal-afiat lg setakat ni.. hurmm kalo thn lepas, ade gak sambutan secara x sengaja (kalo ingat balik post aku thn lepas pasal kuar malam, then naik kete terbabas smp pusing 720 darjah.. huhuhu..), tahun ni x ada apa2.. sbb aku pon baru ja balik ke kampung, nak raya haji la katakan.. hehe.. seingat aku, x penah la ada sambutan besday aku nih.. kalo ada pon skali la.. masa umoq 3 ka 4 thn tah.. haha.. masa tu byk gila dpt hadiah, dpt brg mainan arr plg byk.. best.. sepupu aku smua ada time tu.. sama2 raikan.. mmg syok zaman budak2...

Aku tringat lak kat tok aku.. tok Nu ngan tok Minah.. sejak aku lahir, aku x dak datuk (tok wan) dah, baik belah mak atau belah bapak.. ada tok pompuan ja.. tok Nu (belah mak) ngan tok Minah(belah bapak).. syg nya aku kat tok2 aku.. depa pon syg kat aku.. masa kecik2 kalo aku kena marah ngan mak aku, depa la dok defend.. punya la syg cucu.. aku pon nak naik lemak sket laa.. tp mak aku pon ajaq jugak, toksah dok kacau tok sgt.. aku tringat, kalo kecik2 mak aku marah, mesti aku lari dptkan tok aku.. pastu bila mak aku mai cari aku, tok aku pon defend la.. hehe.. syg kat tok aku.. syg sgt2.. Al-Fatihah kpd mereka (4-4 org skali).....

Hari ini kita hidup, tah satni ka, esok ka lusa ka, mggu depan ka thn depan ka, kita akan menemui ajal. Ajal itu pasti. Setiap yg bernafas itu pasti akan mati (kullu nafsin zaa iqatul maut). Cuma apa yg bezakan, saat dan ketika kita menemui ajal. Oleh itu, aku berpesan kpd diri aku dan sapa2 saja yg baca, marilah kita sama2 muhasabah diri, di hari yg baik, bulan yg baik bersempena tahun baru 2007 pulak tu supaya dpt kita tingkatkan keimanan dan ketaqwaan, mengakui segala kesilapan dan memohon ampun kepada Allah, mudah2an dimatikan kita dlm Islam dan Iman, serta dijauhkan dari seksa api neraka. Ya Allah, ampunilah kami sekeliannya, kurniakanlah kami kebaikan dan kesejahteraan dlm menmpuhi tahun baru ini.. Amin..

Ok, ni aje Selamat Hari Raya Aidil Adha, Selamat Tahun Baru, Selamat Bercuti.. hehe..

Err ni ade sket gambaq time kecik2.. hehehe.. :P (klik untuk gambaq full)

Ni gambaq first aku kot.. umoq brp hari tah.. seminggu ada kot.. hehe...
Gambaq masa umuq brp hari tah (hai, asl pls.. @me 7d/m/Png.. wakaka...)


Tok, aku, ina, abg lan..
Hehe.. ni gambaq aku dlm dakapan Tok aku (tok Nu) ngan spupu aku.. Abg Lan ngan Ina.. Ina ni sama umoq.. tp sbb aku lahir bln 12, masa kecik2 aku pggl kak ina.. wakakaka... (tahniah ina, nak kawen dah 6hb Januari ni.. huhuhu~...)


Besday aku masa umoq 3 thn kot..
Besday party aku yg pertama dan terakhir, umoq 3 thn.. ada sama spupu2 aku.. (kak shima, kak ati, abg sham, kak shi'ar,kak eda, abg apis, abg wadi, kak shinar, abg lan, ina..). Tgk helmet ataih tikaq tu.. 2 bijik tu dok ada lagi smp la ni kat umah aku.. wakaka.. dah seasoned beb helmet tu, pak & mak aku still dok pakai.. hehehe..

Wassalam..

P/S : *Dean CoIT, Dr Sharif mengerjakan Haji thn ni.. sama2 doakan kesejahteraan beliau, moga mendapat haji yg mabrur...
*Lalala.. besday.. yeay2.. suka nya hatiku~ owh owh... :)


3 comments:

Anonymous said...

tahniah la kapis... dah 21 dah... bila nak menom2 lagi? nasihat2 ko takkan ku lupa la kapis...

ko dah final sem dah.. cedey la camni~~ aku nak cepat keje gak wei :P
- cruxidex -

Anonymous said...

Yea...Yea...Kapis dah tua...kapis dah tua...kapis dah tua..gilerler kapis, zaman memuda hang mmg ranggi gila...kekecik ada join klubbing ka? hahahaha, just kidding

ucop said...

uih~ dah tua dah dia :D bila open table? ekeeke